Kenapa? Sebab masyarakat kita terlupa akan satu kemahiran yang perlu diajar pada anak mereka selepas mereka pandai membaca iaitu ‘speed reading’ atau ‘baca cepat’. Perkara yang bergerak atau datang perlahan tidak digemari otak. Cuba bercerita pada mereka secara perlahan. Contohnya, Paaaadaaaa suatuuuuu hariiiiiii….. tentu membosankan jugakan?
Adakala sistem otak akan hanya mula bekerja setelah kita memberi ‘pengenalan’ kepadanya. Contohnya, jika kita baru membeli sebuah kereta proton yang terbaru dengan warna terkini. Baru saja keluar dari kedai proton, dalam perjalanan balik ke rumah, kita lihat rupanya sudah ramai orang yang memiliki model baru yang kita pakai itu. Sebelum ini kita tidak perasan pun. Ini dinamakan ‘Reticular Activating System’. Kita akan lihat apa yang otak kita mahu mata kita lihat.
3. Postur Badan Ketika Membaca
Postur badan ketika membaca juga memberi kesan kepada kelajuan membaca kita. Contohnya jika kita membaca dalam keadaan baring, dengan buku diletakkan di dada, mata secara automatisnya berada diarah mudah untuk melihat tubuh tetapi dipaksa untuk melihat buku. Sukar untuk mata menumpukan pembacaan terutama di bahagian pertengahan ke bawah mukasurat buku tersebut. Mata kita akan cepat letih. Akhirnya kita akan tertidur dengan buku yang kita baca itu.
Membaca diatas meja yang terlalu rendah juga tidak bagus. Ia menyebabkan kepala tunduk terlalu ke bawah dan akan memenatkan kita. Kepala yang tunduk, akan terkeluar dari paksi leher menyebabkan urat leher terpaksa memegang berat kepala itu dengan lebih kuat. Berat kepala kita adalah lebih kurang 4 kg. Selepas
20 minit kemudian, kita akan berasa letih. Badan kita akan mula cuba untuk berkomunikasi kepada otak menghantar signal bahawa ia letih. Bermakna, ada 2 komunikasi sedang berlangsung dengan otak. Satu dari mata yang mengarah otak untuk memproses maklumat, dan satu lagi dari leher dan badan yang mengarah untuk mengubah kedudukan kerana penat. Ini akan menyebabkan kefahaman dalam menyerap apa yang dibaca makin kurang. Kita akan rasa letih dan hilang fokus untuk membaca dengan cepat dan tidak boleh mencapai kefahaman yang tinggi.
Semakin kurang tenaga untuk melakukan benda lain selain dari membaca buku, semakin laju dan tinggi kefahaman bacaan anda.
4. Kurangkan Mengulang Ketika Membaca
Kebanyakkan kita selalu mengulang baca sebanyak 30% dari keseluruhan waktu membaca kita. Ini adalah kerana kita mempunyai sikap ‘aku mahu mengetahui apa benda yang tak faham tu’. Contohnya kita tidak faham satu perkataan itu. Kita mula mengulang. Jika masih tidak faham, kita berhenti dan bertanya orang lain. Jika orang lain pun tidak dapat menjawab, kita mencari kamus atau mencari maksudnya di internet dengan menaipnya di google. Bila jadi begitu, otak kita akan menjadi letih dan cepat bosan dengan banyaknya perhentian.
Kurangkan mengulang jika anda tidak faham mana-mana satu perkataan, teruskan hingga habis perenggan. InsyaAllah anda akan tahu apa ceritanya selepas habis perenggan tersebut. Jika masih tidak faham, teruskan hingga habis satu mukasurat itu. Mengulang semula apa yang anda baca samalah dengan anda ‘reverse kereta’ anda setelah ianya dipandu laju. Ia akan menyebabkan anda jadi lambat. Anda telah membantutkan kelajuan yang digemari otak yang tengah keseronokkan membaca tadi.