Isnin, 29 Disember 2014

Sorotan Peristiwa Besar, Bencana Alam 2014 Tahun Dukacita Malaysia


Pelbagai peristiwa besar menjadi sorotan utama dalam negara kita Malaysia. Seharusnya pelbagai peristiwa besar ini yang merupakan ujian, dugaan, dan cabaran buat negara kita dijadikan iktibar buat kita agar bersatu padu dengan mengenepikan segala hal dengan perbezaan pendapat, pegangan terutama berkaitan politik bukan hanya golongan marhaen tapi untuk semua pihak dengan mengekang keegoan dan tidak menabur fitnah yang memecah belahkan tanpa memastikan kesahihannya.


Satu demi satu episod besar terjadi di negara kita seharusnya ia dijadikan pedoman untuk kita lebih kuat menongkah segala kemungkinan mendatang, bukan hanya menuding jari menyalahkan sesiapa. Dugaan dan rintangan ini merupakan permasalahan bersama, ujian ini diturunkan menyeru agar masyarakat gembleng tenaga dan bersatu.


Pelbagai peristiwa besar terjadi di Malaysia membuka mata dunia mengenali negara kecil Malaysia secara lebih dekat. Bermula peristiwa besar yang menggemparkan negara dengan kehilangan pesawat MH370 milik MAS pada 8 Mac 2014 waktu Malaysia sehingga kini belum diketahui statusnya. Sepatutnya, musibah yang terjadi pada pesawat itu menyebabkan kita lebih dekat kepada Allah, lebih menghargai apa yang kita ada  terutama anak-anak kita yang akan menjadi penolong dunia akhirat kita. Kita terlupa walau bagaimana asyiknya kita menjenguk mencari khabar terbaru dan terkini, khabar itu akan mengikut 'takdir' yang telah ditetapkan akan berlaku mengikut kehendakNya.


Belum redha tentang kehilangan pesawat MH370  satu lagi peristiwa besar yang menggemparkan negara yang sangat tragik dan tragis iaitu pesawat MH17 juga milik MAS ditembak di Ukraine bersempadan dengan Rusia pada 17 Julai 2014 bulan Ramadhan satu lagi tamparan besar buat MAS yang masih belum redha dengan musibah yang berlaku. Pesawat MH17 dari Belanda ke Kuala Lumpur dilaporkan ditembak dan mengorbankan seluruh penumpang dan anak kapalnya.





Ketika tragedi MH17, ramai yang mengeluh sambil bertanya, kenapalah yang menembak itu tidak memilih kapal terbang yang lain untuk ditembak? Kenapalah kapal terbang milik Malaysia juga menjadi pujaan mereka?  Bagai jatuh di timpa tangga. Sudahlah apa yang terjadi pada MH370 tidak selesai lagi, timbul pula MH17. Menerima takdir itu adalah sukar dan ianya adalah amalan orang muslim beriman, tetapi menerima dan juga mengetahui akan ada hikmah di sebalik takdir itu adalah amalan orang muslim yang beriman dan juga yang bijak berfikir.  Atau sekurang-kurangnya, jika kita tidak menganalisis, hati kita dengan penuh yakin mengetahui akan ada hikmah disebaliknya. Disebalik tragedi ini dalam pada Palestin menghadapi krisis yang sangat getir dan meruncing mereka masih menyebut nama Malaysia melalui peristiwa ini. Palestin dan Israel menyebut nama Malaysia pada hari yang sama dan kerana sebab yang sama! Allah menurunkan musibah ini kepada Malaysia kerana kita di Malaysia ini adalah pilihanNya. Jika kita melihat rakyat Palestin adalah manusia yang  terpilih, rakyat Palestin juga melihat kita sebagai manusia diluar Palestin yang terpilih.



Khalid Meshaal, Pemimpin Hamas:

Seperti mana kita bersedih akan kapal terbang Malaysia yang ditembak jatuh oleh pemberontak, begitu jugalah kami. Dan aku secara peribadi sangat bersedih di atas apa yang menimpa Malaysia kerana mereka adalah saudara kami dengan rakyatnya yang mulia dan kerajaannya yang rakyatnya yang mulia dan kerajaannya yang terhormat.


Bagaimana seorang yang sedang dalam ujian yang besar bagi diri, negara dan agamanya boleh berfikir tentang orang lain adalah sangat mengharukan.



Dari kisah mengenai dua pesawat tersebut sorotan bencana demi bencana melanda  negara dan yang terkini fenomena banjir besar melanda negara. Seperti diketahui umum, beberapa negeri di tanah air kini sedang bergelut dengan bencana banjir malah di sesetengah tempat, ia mencatat sejarah sebagai bencana terbesar sejak sekian lama. Bukan sahaja mangsa banjir, malah anggota keluarga dan waris mangsa berada dalam keadaan tak senang duduk memikirkan keselamatan orang tersayang yang berada jauh di kawasan terjejas banjir tanpa dapat dihubungi. Paling teruk terjejas banjir adalah negeri Kelantan di mana jajahan Gua Musang dan Kuala Krai lumpuh ekoran kenaikan paras air yang mendadak sehingga kampung Manik Urai hilang dalam peta Malaysia. Ia ibarat tsunami kecil melanda negara bezanya tsunami sebenar banyak mengorbankan nyawa dan harta benda. Banjir yang disebabkan fenomena kedudukan bulan yang berdekatan dengan bumi itu mengakibatkan air pasang besar di Pantai Timur serta hujan lebat terus menerus di Pantai Barat, demikian dilaporkan berbagai media tempatan





becerita mengenai mendia makin kita jenguk media, makin banyak keburukkan, kelemahan dan tuduhan pelbagai yang kita baca. Makin bertambahlah dosa. Dosa mengumpat fitnah situkang beri dan situkang dengar atau baca sama sahaja. Pernah dulu terfikir tanda-tanda akhir zaman iaitu fitnah berleluasa bagaimana ia disampaikan? Sekarang kita sudah tahu melalui pelbagai saluran media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan pelbagai lagi, bijaknya mereka menggunakan medium ini memudahkan mereka menyampaikan cerita yang tidak benar sehingga ia menjadi viral. Astaghfirullah..


Ingin diperjelaskan bahawa isu yang berlaku dalam negara kita ada kaitan dengan hadith Nabi S.A.W yang mengarahkan kepada kita untuk membaca dan menghafal ayat Surah al-Alkahf ayat 1-10. Bagi menghadapi ujian bencana banjir di Kelantan khususnya dan Malaysia secara amnya termasuk Pesawat AirAsia QZ8501 adalah dengan menghafal ayat 1-10 Surah Al-Kahf. Sebab apa? Kita adalah umat akhir zaman sedang bergelut dgn ujian yg pelik. Pelik, hairan, dan terus menerus...InshaAllah dengan membaca 1-10 ayat Surah al-Kahf, hujan akan berhenti turun dan bumi akan menelan air banjir, perancangan musuh Islam juga akan gagal. Ingat ini adalah pesanan Rasulullah S.A.W. Doa adalah senjata orang mukmin.

2014: kehadiranmu dinanti penuh debaran
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan.
Mengharap sinar, harapan dan senyuman.
Namun siapa sangka...
Kau menduga..Kau menguji kami penuh cabaran.

-Mac 2014
Perginya MH370 tanpa berita..
Perginya penuh tanda tanya..
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak.

-April 2014
Empangan kami kering
Alam tidak sudi memberi kami air..
Catuan air hingga berbulan-bulan lamanya..
Mengajar kami untuk tidak membazir..
Tidak cukup dengan itu..
Alam seolah-olah memarahi kami..

Jerebu menduga kami..
Seksanya hidup menyedut udara kotor..
Mungkin dari kesilapan dan kehilafan kami sendiri..

-Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa..
Hati kami bagai direntap..
Perginya MH17 tidak kembali..
Kami terduduk..
Menangisi dan meratapi perginya Mh17..
Seolah-olah orang tersayang berada di sana..

-September 2014
Satu persatu Kau bongkarkan
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa..
Kebocoran kertas soalan UPSR..
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa..

-Disember 2014
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi..
Air banjir yang membawa kemusnahan..
Meruntun hati kami..
Namun kami tahu..
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu..

Kini..
Saudara kami QZ8501 juga telah pergi
Membuat kami bersedih lagi..
Membuat kami meratapi dan mengenang kembali MH370 dan MH17..
Betapa Kau sayangkan kami..
Kau hantarkan petandaMu...petunjukMu...ujianMu
Agar kami mengingatiMu..
Supaya kami tidak lupakanMu..

Namun..
Tetap jua kami buta..
Buta dalam menilai cinta agungMu..
Kami alpa kepadaMu..
Kami jauh daripadaMu..
Kami kejam dengan bumi..
kami abaikan saudara kami..
Kami pentingkan diri!
Kerana kuasa, harta dan kedudukan..
Kerana merasakan dunia ini milik kami..

2015..
Kembalikan sinar, harapan dan senyuman kebahagiaan kami..
Bawalah air matamu 2014..
Pergilah bersama derita 2014..
Bersihkanlah kesan hitammu 2014 
MH370 Kami masih menantimu..
MH17 kami harap kamu tenang di sana..
QZ8501 kami harap kamu damai di sana..
Buat mangsa banjir
Tabahkan diri dan kuatkanlah hatimu..
Buat pengajaran kami terima kasih 2014..
kami ambil iktibar atas semua yang berlaku..


Akhir kata, kemunculan orang-orang Timur yang disabdakan Rasulullah S.A.W. mungkin hampir tiba untuk memberi kejutan pada dunia. Masa untuk fasa kebangkitan Islam mungkin sudah hampir. Tiada siapa pun mengetahui. Memang impian kita untuk Salahuddin Al Ayubbi yang pernah membuka Palestin satu waktu dulu, ada untuk membela nasib saudara kita di Palestin. Atau impian kita untuk Sultan Muhammad Al Fateh yang pernah menawan kota Konstantinopal (Turki) satu waktu dulu, ada untuk memenangkan kita dan Palestin. tetapi semuanya telah tertulis bukan dua susuk tubuh ini yang akan membantu kita di zaman ini. 


Untuk pengetahuan, dua susuk tubuh ini adalah orang bukan Arab yang digeruni oleh orang Kafir dan dikagumi oleh orang Islam hingga ke hari ini. Hinggakan paderi-paderi  Kristian berdoa supaya tiada lagi al Fateh baru yang akan dilahirkan di dunia ini. Mereka juga adalah golongan penghafal Al Quran

Demikian  “Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.” Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti). 

Masa untuk fasa kebangkitan Islam mungkin sudah hampir. Tiada siapa pun mengetahui. Adakah kemungkinan orang Timur yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W juga orang bukan Arab? Wallahualam gst malaysia

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa