Selasa, 16 Disember 2014

SSC Babywearing



Sebelum guna SSC (Soft Structured Carrier) memang aku ada guna yang non ergonomic babycarrier tapi yang mengendongnya bukan akulah tapi selalunya my husband. Memang babycarrier yang jenis macam nie murah but kurang proper terutama dari segi keselesaan baby atau toddler dan juga badan kita mudah mendapat sakit belakang. Aku penah cite penggunaan babywearing yang ergonomic dan kesan babycarrier yang non ergonomic pada baby dan toddler. Cuma gambar dia dah hilang ekoran terdelete sebelum ini di store google plus. So untuk recall I will story again bagi yang ingin tahu dan plan nak pakai jumpsac ini. Before this aku pun hanya dengar taklimat now aku dah pakai pun SSC nie. 

Sebenarnya penggunaan babywearing biasa yang hanya meyokong punggung mcm crotch carrier tu boleh menambahkan masalah Hip Dysplasia jika baby tersebut ada masalah ini. Apa itu Hip Dysplasia iaitu keadaan tulang pinggul yang tidak stabil atau terkehel biasa terjadi semasa bayi yg baru lahir. Oleh itu jika mengendong bayi dalam keadaan paha dan kaki berjuntai mangakibatkan gangguan pada soket pinggul bayi. Di mana bayi akan mengalami masalah kesukaran berjalan. Bayi yang terkena Hip Dysplasia  tidak mengalami apa2 kesakitan.




Babywearing Faedah untuk anak:

  • membantu tumbesaran- anak yg dikendong lebih senang ‘preserve body heat’ dia, so dia tak banyak membakar lemak sendiri untuk memanaskan badannya. So lagi senang naik berat badan. Terutama bayi kecil dan pramatang. Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang selalu dikendong ‘KANGAROO CARE’ lebih cepat naik berat badannya. Kangaroo care, dalam konteks bayi pramatang juga, bagus untuk merangsang pernafasan bayi dan mengelakkan ‘sleep apnoea’ syndrome (di mana bayi berhenti bernafas tanpa rangsangan)

  • merangsang deria- sentuhan, penglihatan, bau, rasa, pernafasan- sebab anak sentiasa dekat dgn kita, dia disentuh selalu, dia boleh nampak sekeliling ‘sama level’ dgn org dewasa, dia boleh bau dan ‘rasa’ kita. Semua tu boleh bantu merangsang bayi

  • membantu anak membesar menjadi lebih yakin dan berdikari- camana tu? Haa… kalau masa kecik kita sentiasa ada dekat baby (atau baby rasa macam mak dia sentiasa ada bila dia perlukan maknya- sebab mak dia gendong dia la kan?), dia akan rasa lebih yakin bila dia besar nanti. Dia akan sentiasa tahu yang mak dia akan sentiasa ada bersamanya (walaupun tak secara fizikal) dan akan sentiasa menyokongnya. Logik tak? So, kalau ada makcik2 yang tegur- kau kendonglah selalu, nanti anak kau nak menempekkkk je- ermmm makcik, baby memang perlukan maknya lepas lahir, dekat 9 bulan atau lebih jugak lah, lepas tu dia pandailah dia berdikari… *makcik tak pernah dengar pasal NINO ke? Nine in Nine out? <– ececeh… jgn la cakap camtu nanti makcik terasa hati laks ishhh…

  • melegakan kembung perut- bayi baru lahir la especially, selalu kembung perut. Bila dah kembung, melalak je la kerjanya. Letak, nangis. Dukung, diam.. Adeh.. letih dik… mak nak rehat jugak. Jadi, apa penyelesaiannya? Gendong lah.. letakkan dia dalam prompt up position (tummy to tummy)- tegak; pakai dia rapat2.. inshaAllah legalah dia. Kita pun boleh la tido sambil peluk baby *make sure baby tak jatuh tau?* dan tangan kita pun tak lenguh… Laki pun tak tension. Aman bahagia ;)

Babywearing Faedah untuk ibu bapa:

  • Membantu ibu bapa menjalankan aktiviti harian- semua benda boleh buat! Masak, mencuci, shopping… you name it- semua boleh buat inshaAllah. So takde alasan takleh buat kerja rumah sebab baby asyik nak dukung je…
  • Mengurangkan kecederaan pada tangan, tulang belakang dan lain2 anggota badan- self explanatory
  • Membantu ibu bapa bersenam dan mengeluarkan peluh! Bayangkan banyak mana kalori boleh dibakar dengan berjalan dengan ‘beban’ 10-20kg kat belakang… fullamak.. kejap je selim melim…

  • Memudahkan pemantauan anak, especially kat shopping complex atau mana2 tempat yg crowded. Tak larat dah nak baca pasal budak kecik yang hilang kat mall. Sedih hati mak. Pakailah mereka, gendong mereka, jangan bagi mereka berkeliaran. Please lah…

  • Tak payah tolak stroller kat tempat sempit (eee lemas tengok orang tolak stroller kat Baby Fair), or naik escalator- bahaya tau- kadang2 tayar stroller tu terlekat bila dah sampai atas/bawah- boleh terbalik stroller tu.. cian baby! Lagi satu… most babies tak suka baring/ duduk dlm stroller. Mesti nak dukung gak. So, babywear la senang skit.Tambah sikit penggunaan stroller mengundang bahaya ada kes baby kena kipnap tanpa parent sedar pun so beware.

First time try SSC nie memang bestlah sangat. Kita akan akan rasa badan kita seperti langsing although memang aku selim melimkan disebabkan badan kita dalam posisi menegak dan mengurangkan keregangan pada bahagian belakang badan. So it’s was good for parent right. Then for baby dan toddler penggunaan babywearing yang ergonomic akan support bahagian peha so kaki tidak berjuntai atau tergantung so give bad effect  for baby or toddler seperti yang telah diceritakan.  And baby or toddler rasa seperti didukung dan dipeluk dan yang paling penting rasa selesa dan selamat. Penggunaan yang non ergonomic babywearer mengakibatkan tekanan daya pada celah kangkang kanak-kanak tersebut & menyebabkan sendi pinggul mengalami masalah So harap adalah kiranya company babywearing yg ergonomic sudi nak membayar aku atas review aku yang terbaik dan terhebat ini...hahahah …walhal mereka sudah untung besar….huhuh…












see baby Hakim feel sangat selesa dan lena dibuai mimpi.......

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa