Ahad, 14 Disember 2014

Kesan Anak Yang Tidak Dididik Dengan Al-Quran Sejak Kecil





1- MASALAH AKIDAH

Oleh kerana Al-Quran adalah sumber perlembagaan Umat Islam, jadi jika seseorang itu tidak kenal dengan Al-quran, jarang membukanya, tidak tahu pula membacanya, bagaimana dia dapat mengukuhkan akidahnya?



2- ISLAM HANYA PADA NAMA

Apakah yang akan terjadi kepada Umat Islam jika mereka semua tidak mahir membaca Al-Quran, apatah lagi memahaminya?Al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar disia-siakan dan dibuang begitu sahaja. Akhirnya mereka yang tidak berstatus Islam yang mengambilnya dan mengkajinya dan merekalah yang berjaya dalam bidang mereka.Umat Islam pula hanya berstatuskan Islam, tetapi tidak dapat membacanya, apatah lagi menghayatinya. Tinggallah Islam hanya pada nama sahaja.



3- MASALAH AKHLAK

Al-Quran mempunyai kuasa melembutkan hati manusia seperti mana yang berlaku kepada Saidina Umar dalam kisah pengislaman beliau.Orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan lembut dan terang hatinya. Berbeza pula orang yang tidak pernah menyentuh Al-Quran, bagaimana hatinya akan lembut? Begitu juga jika ibu bapa inginkan anak-anak tidak keras hati, senang menerima nasihat, hiasilah hati mereka dengan Al-Quran sejak kecil.




 4- MASALAH PELAJARAN

Orang yang sentiasa mendampingi Al-Quran akan kelihatan lebih terkehadapan dalam pelajaran kerana bukan hati mereka sahaja terbias dengan cahaya Al-Quran, malahan akal mereka juga biasa beroperasi untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran.



 5- SUKAR MENDAMPINGI MAJLIS-MAJLIS ILMU

Mereka yang tidak biasa membuka Al-Quran akan liat untuk mendampingi majlis-majlis ilmu berbanding mereka yang biasa dengan Al-Quran yang sentiasa dahagakan ilmu dan rindukan majlis-majlis ilmu.





6- SUSAH MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI SAHABAT BAIK.

Bagaimana seseorang itu hendak menjadikan Al-Quran sebagai sahabat karibnya jika dia tidak dibiasakan bersahabat dengan Al-Quran sejak dari kecil? Tetapi, jika ibu bapa telah membiasakan anak-anak dengan Al-Quran sejak dari kecil, InsyaALLAH anak itu tidak akan kekok untuk menjadikan Al-Quran sebagai teman baiknya yang akan diziarahinya saban hari dengan membaca dan mentadabburnya.





7- BERHATI KERAS

Hati lalai dan leka dengan hiburan dan hal-hal dunia akan keras dan hitam dari mengingati Allah. Tetapi hati yang biasa dengan Al-Quran sejak dari kecil, InsyaALLAH akan mudah terima hidayah Allah dan bimbingan dari manusia.





8- Tidak Menjamin Mahir Membaca Al-Quran Di Masa Hadapan

Anda tidak dapat menjamin anak anda akan mahir membaca Al-Quran jika anda menghantarnya ke sekolah dan bukan anda sendiri yang mengajarkannya. Tetapi jika anda membiasakan anak anda dengan Al-Quran dan mula menghafalnya, InsyaAllah anak anda akan mahir Al-Quran dan seterusnya mudah dalam matapelajaran yang berkaitan dengan Al-Quran dan agama.





9- Nilai Ilmu Dan Rohani

Al-Quran bukan hanya mempunyai nilai ilmu yang tinggi dikejar oleh barat. Malahan Al-Quran penuh dengan nilai kerohanian yang mendekatkan diri hamba dengan Allah SWT. Jika anak-anak tidak kenal dengan Al-Quran sejak dari kecil, bagaimana agaknya dia akan dapat memiliki kedua-dua nilai dan asset yang berharga ini?





10- Langkah Untuk Memahami, Mentadabbur Dan Mengamalkan Al-Quran

Mempelajari Al-Quran bukan sekadar untuk membaca dan menghafal sahaja. Malahan kita mestilah memahami apa yang terkandung dalam Al-Quran, mentadabburnya dan mengamalkannya. Jika tidak, kita tidak ubah seperti keldai yang membawa kitab di belakangnya, ia tidak tahu nilai ilmu di dalam kitab itu, ia hanya memikulnya sahaja. Apabila anak anda sudah menghafal Al-Quran sejak dari kecil lagi, InsyaALLAH dia akan mudah untuk meneruskan langkah seterusnya untuk mentadabbur dan memahami Al-Quran seterusnya mengajarkannya kepada orang lain.




sumber: Islamic Parenting

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa