Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Selasa, 30 Disember 2014

Sumbangan Mangsa Banjir

Seperti yang dimaklumi banjir besar melanda negara terutama di wilayah pantai timur amat terkesan buat mereka yang terlibat kerana kehilangan hampir keseluruhan harta benda di samping tempat berpaut. Oleh itu atas dasar keprihatinan itu pihak syarikat Tunnelbiz melalui website www.terpakai.my bersedia untuk mengerakkan satu INISIATIF BANTUAN MANGSA BANJIR bagi bersama-sama meringankan beban mangsa banjir selain berganding bahu dengan pasukan keselamatan dalam menghadapi bencana ini...


Jika ada di antara anda ingn menderma barangan keperluan terpakai yang berkeadaan sangat elok, boleh digunakan seperti barang elektrik dan pakaian bolehlah disalurkan dengan mengiklankan di www.terpakai.my dan kami akan terus foward iklan ini ke badan2 kebajikan dan pasukan keselamatan banjir. Perkhidmatan pengiklanan adalah percuma. Ini adalah untuk saudara mara kita yang kurang berkemampuan dan amat merasai keperitan atas ujian getir ini. Harap ramailah pihak sudi membantu.






Isnin, 29 Disember 2014

Sorotan Peristiwa Besar, Bencana Alam 2014 Tahun Dukacita Malaysia


Pelbagai peristiwa besar menjadi sorotan utama dalam negara kita Malaysia. Seharusnya pelbagai peristiwa besar ini yang merupakan ujian, dugaan, dan cabaran buat negara kita dijadikan iktibar buat kita agar bersatu padu dengan mengenepikan segala hal dengan perbezaan pendapat, pegangan terutama berkaitan politik bukan hanya golongan marhaen tapi untuk semua pihak dengan mengekang keegoan dan tidak menabur fitnah yang memecah belahkan tanpa memastikan kesahihannya.


Satu demi satu episod besar terjadi di negara kita seharusnya ia dijadikan pedoman untuk kita lebih kuat menongkah segala kemungkinan mendatang, bukan hanya menuding jari menyalahkan sesiapa. Dugaan dan rintangan ini merupakan permasalahan bersama, ujian ini diturunkan menyeru agar masyarakat gembleng tenaga dan bersatu.


Pelbagai peristiwa besar terjadi di Malaysia membuka mata dunia mengenali negara kecil Malaysia secara lebih dekat. Bermula peristiwa besar yang menggemparkan negara dengan kehilangan pesawat MH370 milik MAS pada 8 Mac 2014 waktu Malaysia sehingga kini belum diketahui statusnya. Sepatutnya, musibah yang terjadi pada pesawat itu menyebabkan kita lebih dekat kepada Allah, lebih menghargai apa yang kita ada  terutama anak-anak kita yang akan menjadi penolong dunia akhirat kita. Kita terlupa walau bagaimana asyiknya kita menjenguk mencari khabar terbaru dan terkini, khabar itu akan mengikut 'takdir' yang telah ditetapkan akan berlaku mengikut kehendakNya.


Belum redha tentang kehilangan pesawat MH370  satu lagi peristiwa besar yang menggemparkan negara yang sangat tragik dan tragis iaitu pesawat MH17 juga milik MAS ditembak di Ukraine bersempadan dengan Rusia pada 17 Julai 2014 bulan Ramadhan satu lagi tamparan besar buat MAS yang masih belum redha dengan musibah yang berlaku. Pesawat MH17 dari Belanda ke Kuala Lumpur dilaporkan ditembak dan mengorbankan seluruh penumpang dan anak kapalnya.





Ketika tragedi MH17, ramai yang mengeluh sambil bertanya, kenapalah yang menembak itu tidak memilih kapal terbang yang lain untuk ditembak? Kenapalah kapal terbang milik Malaysia juga menjadi pujaan mereka?  Bagai jatuh di timpa tangga. Sudahlah apa yang terjadi pada MH370 tidak selesai lagi, timbul pula MH17. Menerima takdir itu adalah sukar dan ianya adalah amalan orang muslim beriman, tetapi menerima dan juga mengetahui akan ada hikmah di sebalik takdir itu adalah amalan orang muslim yang beriman dan juga yang bijak berfikir.  Atau sekurang-kurangnya, jika kita tidak menganalisis, hati kita dengan penuh yakin mengetahui akan ada hikmah disebaliknya. Disebalik tragedi ini dalam pada Palestin menghadapi krisis yang sangat getir dan meruncing mereka masih menyebut nama Malaysia melalui peristiwa ini. Palestin dan Israel menyebut nama Malaysia pada hari yang sama dan kerana sebab yang sama! Allah menurunkan musibah ini kepada Malaysia kerana kita di Malaysia ini adalah pilihanNya. Jika kita melihat rakyat Palestin adalah manusia yang  terpilih, rakyat Palestin juga melihat kita sebagai manusia diluar Palestin yang terpilih.



Khalid Meshaal, Pemimpin Hamas:

Seperti mana kita bersedih akan kapal terbang Malaysia yang ditembak jatuh oleh pemberontak, begitu jugalah kami. Dan aku secara peribadi sangat bersedih di atas apa yang menimpa Malaysia kerana mereka adalah saudara kami dengan rakyatnya yang mulia dan kerajaannya yang rakyatnya yang mulia dan kerajaannya yang terhormat.


Bagaimana seorang yang sedang dalam ujian yang besar bagi diri, negara dan agamanya boleh berfikir tentang orang lain adalah sangat mengharukan.



Dari kisah mengenai dua pesawat tersebut sorotan bencana demi bencana melanda  negara dan yang terkini fenomena banjir besar melanda negara. Seperti diketahui umum, beberapa negeri di tanah air kini sedang bergelut dengan bencana banjir malah di sesetengah tempat, ia mencatat sejarah sebagai bencana terbesar sejak sekian lama. Bukan sahaja mangsa banjir, malah anggota keluarga dan waris mangsa berada dalam keadaan tak senang duduk memikirkan keselamatan orang tersayang yang berada jauh di kawasan terjejas banjir tanpa dapat dihubungi. Paling teruk terjejas banjir adalah negeri Kelantan di mana jajahan Gua Musang dan Kuala Krai lumpuh ekoran kenaikan paras air yang mendadak sehingga kampung Manik Urai hilang dalam peta Malaysia. Ia ibarat tsunami kecil melanda negara bezanya tsunami sebenar banyak mengorbankan nyawa dan harta benda. Banjir yang disebabkan fenomena kedudukan bulan yang berdekatan dengan bumi itu mengakibatkan air pasang besar di Pantai Timur serta hujan lebat terus menerus di Pantai Barat, demikian dilaporkan berbagai media tempatan





becerita mengenai mendia makin kita jenguk media, makin banyak keburukkan, kelemahan dan tuduhan pelbagai yang kita baca. Makin bertambahlah dosa. Dosa mengumpat fitnah situkang beri dan situkang dengar atau baca sama sahaja. Pernah dulu terfikir tanda-tanda akhir zaman iaitu fitnah berleluasa bagaimana ia disampaikan? Sekarang kita sudah tahu melalui pelbagai saluran media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan pelbagai lagi, bijaknya mereka menggunakan medium ini memudahkan mereka menyampaikan cerita yang tidak benar sehingga ia menjadi viral. Astaghfirullah..


Ingin diperjelaskan bahawa isu yang berlaku dalam negara kita ada kaitan dengan hadith Nabi S.A.W yang mengarahkan kepada kita untuk membaca dan menghafal ayat Surah al-Alkahf ayat 1-10. Bagi menghadapi ujian bencana banjir di Kelantan khususnya dan Malaysia secara amnya termasuk Pesawat AirAsia QZ8501 adalah dengan menghafal ayat 1-10 Surah Al-Kahf. Sebab apa? Kita adalah umat akhir zaman sedang bergelut dgn ujian yg pelik. Pelik, hairan, dan terus menerus...InshaAllah dengan membaca 1-10 ayat Surah al-Kahf, hujan akan berhenti turun dan bumi akan menelan air banjir, perancangan musuh Islam juga akan gagal. Ingat ini adalah pesanan Rasulullah S.A.W. Doa adalah senjata orang mukmin.

2014: kehadiranmu dinanti penuh debaran
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan.
Mengharap sinar, harapan dan senyuman.
Namun siapa sangka...
Kau menduga..Kau menguji kami penuh cabaran.

-Mac 2014
Perginya MH370 tanpa berita..
Perginya penuh tanda tanya..
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak.

-April 2014
Empangan kami kering
Alam tidak sudi memberi kami air..
Catuan air hingga berbulan-bulan lamanya..
Mengajar kami untuk tidak membazir..
Tidak cukup dengan itu..
Alam seolah-olah memarahi kami..

Jerebu menduga kami..
Seksanya hidup menyedut udara kotor..
Mungkin dari kesilapan dan kehilafan kami sendiri..

-Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa..
Hati kami bagai direntap..
Perginya MH17 tidak kembali..
Kami terduduk..
Menangisi dan meratapi perginya Mh17..
Seolah-olah orang tersayang berada di sana..

-September 2014
Satu persatu Kau bongkarkan
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa..
Kebocoran kertas soalan UPSR..
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa..

-Disember 2014
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi..
Air banjir yang membawa kemusnahan..
Meruntun hati kami..
Namun kami tahu..
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu..

Kini..
Saudara kami QZ8501 juga telah pergi
Membuat kami bersedih lagi..
Membuat kami meratapi dan mengenang kembali MH370 dan MH17..
Betapa Kau sayangkan kami..
Kau hantarkan petandaMu...petunjukMu...ujianMu
Agar kami mengingatiMu..
Supaya kami tidak lupakanMu..

Namun..
Tetap jua kami buta..
Buta dalam menilai cinta agungMu..
Kami alpa kepadaMu..
Kami jauh daripadaMu..
Kami kejam dengan bumi..
kami abaikan saudara kami..
Kami pentingkan diri!
Kerana kuasa, harta dan kedudukan..
Kerana merasakan dunia ini milik kami..

2015..
Kembalikan sinar, harapan dan senyuman kebahagiaan kami..
Bawalah air matamu 2014..
Pergilah bersama derita 2014..
Bersihkanlah kesan hitammu 2014 
MH370 Kami masih menantimu..
MH17 kami harap kamu tenang di sana..
QZ8501 kami harap kamu damai di sana..
Buat mangsa banjir
Tabahkan diri dan kuatkanlah hatimu..
Buat pengajaran kami terima kasih 2014..
kami ambil iktibar atas semua yang berlaku..


Akhir kata, kemunculan orang-orang Timur yang disabdakan Rasulullah S.A.W. mungkin hampir tiba untuk memberi kejutan pada dunia. Masa untuk fasa kebangkitan Islam mungkin sudah hampir. Tiada siapa pun mengetahui. Memang impian kita untuk Salahuddin Al Ayubbi yang pernah membuka Palestin satu waktu dulu, ada untuk membela nasib saudara kita di Palestin. Atau impian kita untuk Sultan Muhammad Al Fateh yang pernah menawan kota Konstantinopal (Turki) satu waktu dulu, ada untuk memenangkan kita dan Palestin. tetapi semuanya telah tertulis bukan dua susuk tubuh ini yang akan membantu kita di zaman ini. 


Untuk pengetahuan, dua susuk tubuh ini adalah orang bukan Arab yang digeruni oleh orang Kafir dan dikagumi oleh orang Islam hingga ke hari ini. Hinggakan paderi-paderi  Kristian berdoa supaya tiada lagi al Fateh baru yang akan dilahirkan di dunia ini. Mereka juga adalah golongan penghafal Al Quran

Demikian  “Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.” Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti). 

Masa untuk fasa kebangkitan Islam mungkin sudah hampir. Tiada siapa pun mengetahui. Adakah kemungkinan orang Timur yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W juga orang bukan Arab? Wallahualam gst malaysia

Isnin, 22 Disember 2014

Basket's Toys


Dua2 anak teruna aku mase kecik memang perangainya sama kot suka duk bakul mainan time main2 tu. Tapi dalam banyak2 bakul mainan mereka suka yang nie blue basket. Lepas duduk  lama2 dalam bakul dikumbahkan semua mainan tu… iskh2 letih koje asyik mengemas barang yang berterabur je. Kalau dlu Dania dan Haikal kecik lagi tapi sekarang sudah  besar boleh disuruh tolong kemaskan mainan. Kalau adiknya Hakim yang buat aku minta diorg kemaskan jugak tapi tengok mood merekalah.






Tapi gaya permainan Hakim lagi meletihkan die suka sangat tengok mainan jatuh dari tempat tinggi terutama bola. So kejenya memang selalu bertenggek dekat area tangga memang sangat membahayakanbut sekarang dia lagi expert orang nak amik memang dia marah. Kalau dlu masa Dania dan Haikal kecik2 memang suka main2 baling2 mainan dari tempat tinggi juga tapi masa tu duduk kat apartment. Tempat favourite mereka ialah  kat balcony sebab kat situ ade rumah kecik cam khemah aku letak semua toys diorang dalam tu. 






Cuma masalahnya lepas tu diorang main baling2 ke bawah habis rosaklah toys tu and memang aku dah tak kutip dah malu satu hal then maybe toys tu rosak kot kena baling. So semua mainan tu mungkin cleaner yang kutiplah. Confirm ramai lah orang marah sebab anak-anak aku main baling2 barang habis sepah2 maybe dia cakap apalah mak and ayahnya tak tengok anak-anak main baling2 mainan. Nasib baik bacolny tu tak menghadap tempat parking tapi surau kalau tidak abis kereta orang cuma risau kena orang time nak pegi solat kat surau .

Ahad, 21 Disember 2014

Ilmu Yang Perlu Ada Untuk Kanak-Kanak Generasi Hadapan



Memang sebagai parent kita sentiasa ingin memikirkan sesuatu yang terbaik buat anak-anak. Jika membaca penulisan Puan Lina kita akan sentiasa terfikir-fikir dan membuat persoalan "oh patut la, memang patut pun buat macam tu". Memang penulisan Puan Lina dalam Islamic Parenting sentiasa dijadikan rujukan. Perkongsiannya ringkas tapi padat merangkumi semua aspek.Terlampau banyak ilmu yang ingin kita cedok di dunia namun yang penting keseimbangan dunia dan akhirat. Yang paling penting anak-anak akan sentiasa istiqamah dengan apa yang mereka belajar dengan pengetahuan di sekolah, rumah mahupun dunia luar. Moga yang baik itu menjadi ikutan InsyaAllah.


Lagi 2 weeks sekolah akan bermula, memang betul pengalaman menghantar anak ke sekolah dan bila berjumpa ibu-ibu lain yang juga menghantar anak mereka, apa yang kita lihat mereka kelihatan sangat mengambil berat tentang prestasi anak-anak mereka disekolah. Antara topik yang hangat bila kami berjumpa sewaktu mengambil keputusan peperiksaan adalah, di mana hantar anak Tuisyen atau apa-apa  kelas tambahan bila mereka tahu akan keputusan anak masing2. Kita akan lihat, ibu yang ada anak yang lebih besar akan membandingkan prestasi anaknya yang kecil dengan anaknya yang besar itu ketika umur yang sama mereka sangat stress dengan keputusan jika ianya tidak seperti yang mereka harapkan. Tiada apa yang perlu dikejarkan dengan ilmu dunia yang berada di kurikulum sekolah itu samada apa pun nama sistem pentaksirannya sekarang atau yang akan datang nanti. walaupun kita tahu ia baik untuk majoriti, namun masing2 mahukan kelainan untuk anak-anak agar tidak terlalu bergantung pada penilaian atas kertas atau sekarang sudah online apa yang penting adalah kendiri mereka.


Cuba kita teliti apa yang ibu Sultan Muhammad Al Fateh, Huma Hatun berikan pada anaknya hingga anaknya menjadi seorang yang hebat moga menjadi ilham buat ibu bapa zaman sekarang. Meneliti dan menelurusi apa yang menyebabkan beliau hebat, adalah kerana ilmu yang ada padanya. Ilmu itu menyerlahkan aura kepimpinannya. Setiap raja boleh menjadi raja dalam negaranya sendiri tetapi tidak semua boleh menjadi raja yang memimpin rakyatnya atau tenteranya untuk menakluk negara lain. Raja seperti ini perlu aura yang lebih tinggi dari raja yang senang lenang duduk di singgahsana. Sultan Muhammad Al Fateh adalah Raja terbaik seperti yg disabdakan dalam hadis Rasulullah SAW yang  memimpin tentera yang terbaik.Jika beliau hidup dizaman ini, pernahkah kita terfikir apakah ilmu yang ibunya akan berikan kepada ‘al fateh junior’nya ini? Di bawah adalah apa yang difikirkan ilmu yang relevan dalam dunia yang semakin bergerak pantas, untuk anak-anak ketika masih kecil lagi yang berkemungkinan besar juga telah dikuasai oleh al Fateh.


Ini adalah perkongsian yang rasional dikongsi dari Islamic Parenting


Kemahiran Speed Calculation                                                                                                                        

Sultan Muhammad Al Fateh adalah seorang yang bijak dalam bidang Matematik, Sains dan Kejuruteraan. Asas yang perlu untuk penguasaan bidang ini adalah kemahiran pengiraan (calculation). Jika ia dipertingkatkan kelajuannya maka lebih tinggilah penguasaannya. Bukan mudah untuk menyusun sumber negara termasuk ketenteraan jika tidak tahu matematik dizaman yang tiada calculator dan komputer.




Kemahiran Speed Reading


Sultan Muhammad Al Fateh menguasai ilmu cabang Sains dan juga 6 bahasa! Ini semua pada umurnya 17 tahun. Sebahagian riwayat berkata pada umur 21 tahun. Jika dia tiada mempunyai kemahiran speed reading ini, mana mungkin dia menguasai banyak ilmu dengan waktu yang pendek.


Jangan terlalu lama membiarkan anak-anak memandang satu jarak yang sama pada waktu yg lama. Contohnya ipad atau tv.  Perkakasan yang melalaikan ini memang hebat dalam melalaikan dan merosakkan umat Islam. Speed reading memerlukan mata yang berkeadaan baik dan terlatih.


Kemahiran Mind Mapping


Sultan Muhammad Al Fateh adalah seorang perancang yang teliti. Sebelum beliau pergi ke Kota Konstantinopal, beliau telah memulakan dengan menghantar penyiasat ketenteraan lama sebelum beliau memimpin tenteranya ke kota itu bagi mengumpul pelbagai maklumat. Penyiasatan dan perancangan yang teliti ini perlu diajar kepada anak2 kita untuk dia merancang apapun yang diimpikan dalam hidupnya.


Kemahiran Pengurusan Kewangan


Pada ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fateh, negaranya itu mempunyai simpanan khazanah yg paling tinggi dalam dunia islam ketika itu. Ini menunjukkan bahawa beliau juga bijak dlm pengurusan kewangan. Jangan salah faham bijak matematik tidak semestinya bijak memguruskan kewangan. Kalau tidak, takkan kita mempunyai ramai lepasan siswazah yang bankrup sejurus sahaja mereka melangkah masuk bidang pekerjaan. Peratusnya pula semakin meningkat. Adakah kerana mereka tidak pandai matematik? Tidak.


Pengurusan kewangan ini perlu diajar sejak kecil. Financial Literacy for kids. Program ini popular untuk ibubapa bangsa lain. Contohnya interest,base rate compunding interest yang diamalkan oleh pihak kapitalis. Ia memang haram tetapi anak kita tetap perlu tahu bagaimana perkara haram ini berfungsi dan menyerap dalam kehidupan kebanyakkan orang islam sejak mereka dari kecil lagi. Ini kerana satu hari dia akan menguruskan kewangan dirinya sendiri, atau jika dewasa  kewangan keluarganya, perniagaannya, persatuannya dll.



Kemahiran Programming


Sultan Muhammad Al Fateh sangat bersungguh untuk memdapatkan ilmu teknologi tinggi dizamannya. Jika tidak, dia mungkin tidak berfikir untuk mendapatkan kepakaran membina meriam untuk ketenteraannya. Beliau adalah manusia pertama yang menggunakan teknologi meriam didalam peperangan.


Jika beliau hidup didalam teknologi maklumat ini, sudah pasti dia juga mahukan teknologi maklumat untuk umat Islam.


Mendiang Steve Jobs pernah berkata, “I think everybody in this country should learn how to program a computer — because it teaches you how to think. – Steve Jobs“


Mungkin rentetan dari itu atau kerana kesedaran yang telah ada sebelum itu, Masyarakat Barat telah pun mula mengajar programming untuk anak anak yang mereka panggil… Programming for Kids atau Coding for Kids.


Kini dunia lebih cepat ditakluk dengan menggunakan teknologi maklumat kita boleh lihat akan keperluan ini untuk umat Islam. Namun ia lebih sempurna jika ciri-ciri itu berlandaskan intipati al-Quran



sumber: Islamic Parentinghttp://epinjamanperibadi.blogspot.my/2015/03/bank-rakyat-personal-loan.html

Khamis, 18 Disember 2014

Doa Anak Soleh Penebus Ibubapa Dari Masuk Neraka




Nabi Musa A.S adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T.  Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah S.W.T. Nabi Musa A.S sering bertanya dan Allah S.W.T akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah S.W.T ; “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah S.W.T pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa A.S turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa A.S ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.


Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.


Tanya Nabi Musa A.S; “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.” sambungnya.


“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah S.W.T menurunkan wahyu kepada Nabi Musa A.S

‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” 

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T




Sumber: Islamic Parenting

Selasa, 16 Disember 2014

SSC Babywearing



Sebelum guna SSC (Soft Structured Carrier) memang aku ada guna yang non ergonomic babycarrier tapi yang mengendongnya bukan akulah tapi selalunya my husband. Memang babycarrier yang jenis macam nie murah but kurang proper terutama dari segi keselesaan baby atau toddler dan juga badan kita mudah mendapat sakit belakang. Aku penah cite penggunaan babywearing yang ergonomic dan kesan babycarrier yang non ergonomic pada baby dan toddler. Cuma gambar dia dah hilang ekoran terdelete sebelum ini di store google plus. So untuk recall I will story again bagi yang ingin tahu dan plan nak pakai jumpsac ini. Before this aku pun hanya dengar taklimat now aku dah pakai pun SSC nie. 

Sebenarnya penggunaan babywearing biasa yang hanya meyokong punggung mcm crotch carrier tu boleh menambahkan masalah Hip Dysplasia jika baby tersebut ada masalah ini. Apa itu Hip Dysplasia iaitu keadaan tulang pinggul yang tidak stabil atau terkehel biasa terjadi semasa bayi yg baru lahir. Oleh itu jika mengendong bayi dalam keadaan paha dan kaki berjuntai mangakibatkan gangguan pada soket pinggul bayi. Di mana bayi akan mengalami masalah kesukaran berjalan. Bayi yang terkena Hip Dysplasia  tidak mengalami apa2 kesakitan.




Babywearing Faedah untuk anak:

  • membantu tumbesaran- anak yg dikendong lebih senang ‘preserve body heat’ dia, so dia tak banyak membakar lemak sendiri untuk memanaskan badannya. So lagi senang naik berat badan. Terutama bayi kecil dan pramatang. Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang selalu dikendong ‘KANGAROO CARE’ lebih cepat naik berat badannya. Kangaroo care, dalam konteks bayi pramatang juga, bagus untuk merangsang pernafasan bayi dan mengelakkan ‘sleep apnoea’ syndrome (di mana bayi berhenti bernafas tanpa rangsangan)

  • merangsang deria- sentuhan, penglihatan, bau, rasa, pernafasan- sebab anak sentiasa dekat dgn kita, dia disentuh selalu, dia boleh nampak sekeliling ‘sama level’ dgn org dewasa, dia boleh bau dan ‘rasa’ kita. Semua tu boleh bantu merangsang bayi

  • membantu anak membesar menjadi lebih yakin dan berdikari- camana tu? Haa… kalau masa kecik kita sentiasa ada dekat baby (atau baby rasa macam mak dia sentiasa ada bila dia perlukan maknya- sebab mak dia gendong dia la kan?), dia akan rasa lebih yakin bila dia besar nanti. Dia akan sentiasa tahu yang mak dia akan sentiasa ada bersamanya (walaupun tak secara fizikal) dan akan sentiasa menyokongnya. Logik tak? So, kalau ada makcik2 yang tegur- kau kendonglah selalu, nanti anak kau nak menempekkkk je- ermmm makcik, baby memang perlukan maknya lepas lahir, dekat 9 bulan atau lebih jugak lah, lepas tu dia pandailah dia berdikari… *makcik tak pernah dengar pasal NINO ke? Nine in Nine out? <– ececeh… jgn la cakap camtu nanti makcik terasa hati laks ishhh…

  • melegakan kembung perut- bayi baru lahir la especially, selalu kembung perut. Bila dah kembung, melalak je la kerjanya. Letak, nangis. Dukung, diam.. Adeh.. letih dik… mak nak rehat jugak. Jadi, apa penyelesaiannya? Gendong lah.. letakkan dia dalam prompt up position (tummy to tummy)- tegak; pakai dia rapat2.. inshaAllah legalah dia. Kita pun boleh la tido sambil peluk baby *make sure baby tak jatuh tau?* dan tangan kita pun tak lenguh… Laki pun tak tension. Aman bahagia ;)

Babywearing Faedah untuk ibu bapa:

  • Membantu ibu bapa menjalankan aktiviti harian- semua benda boleh buat! Masak, mencuci, shopping… you name it- semua boleh buat inshaAllah. So takde alasan takleh buat kerja rumah sebab baby asyik nak dukung je…
  • Mengurangkan kecederaan pada tangan, tulang belakang dan lain2 anggota badan- self explanatory
  • Membantu ibu bapa bersenam dan mengeluarkan peluh! Bayangkan banyak mana kalori boleh dibakar dengan berjalan dengan ‘beban’ 10-20kg kat belakang… fullamak.. kejap je selim melim…

  • Memudahkan pemantauan anak, especially kat shopping complex atau mana2 tempat yg crowded. Tak larat dah nak baca pasal budak kecik yang hilang kat mall. Sedih hati mak. Pakailah mereka, gendong mereka, jangan bagi mereka berkeliaran. Please lah…

  • Tak payah tolak stroller kat tempat sempit (eee lemas tengok orang tolak stroller kat Baby Fair), or naik escalator- bahaya tau- kadang2 tayar stroller tu terlekat bila dah sampai atas/bawah- boleh terbalik stroller tu.. cian baby! Lagi satu… most babies tak suka baring/ duduk dlm stroller. Mesti nak dukung gak. So, babywear la senang skit.Tambah sikit penggunaan stroller mengundang bahaya ada kes baby kena kipnap tanpa parent sedar pun so beware.

First time try SSC nie memang bestlah sangat. Kita akan akan rasa badan kita seperti langsing although memang aku selim melimkan disebabkan badan kita dalam posisi menegak dan mengurangkan keregangan pada bahagian belakang badan. So it’s was good for parent right. Then for baby dan toddler penggunaan babywearing yang ergonomic akan support bahagian peha so kaki tidak berjuntai atau tergantung so give bad effect  for baby or toddler seperti yang telah diceritakan.  And baby or toddler rasa seperti didukung dan dipeluk dan yang paling penting rasa selesa dan selamat. Penggunaan yang non ergonomic babywearer mengakibatkan tekanan daya pada celah kangkang kanak-kanak tersebut & menyebabkan sendi pinggul mengalami masalah So harap adalah kiranya company babywearing yg ergonomic sudi nak membayar aku atas review aku yang terbaik dan terhebat ini...hahahah …walhal mereka sudah untung besar….huhuh…












see baby Hakim feel sangat selesa dan lena dibuai mimpi.......

Kaedah Hafazan Neuro Nadi – Kemampuan Menghafaz Al Quran Dengan Turutan Terbalik

 

1. Kanak-kanak perlu tahu nombor dan turutannya


Sebelum mempelajari teknik ini, kanak-kanak perlu tahu nombor dan turutannya . Untuk surah Juzuk Amma dia perlu tahu nombor 1- 47 kerana surah terpanjang dalam Juz Amma  mempunyai 47 ayat. Boleh juga bermula jika dia hanya tahu no. 1-3 sahaja tetapi hanya surah yang mempunyai 3 ayat sahaja yang boleh diaplikasikan dengan teknik ini. (Cth surah al Ikhlas)



2. Ajar kanak-kanak ‘mesra’ dengan nombor-nombor atau lebih baik ajarlah mereka matematik atau Mental Arithmetic seawal mungkin.


Ini supaya mereka mudah dan biasa dengan nombor dan boleh mengaitkan nombor itu dengan ayat al Quran. Contohnya mereka perlu lancar menjawab selepas nombor 8 adalah 9. Tetapi jika mereka masih perlu mengira dari 1..2…3…4 – 9 untuk mengetahui jawapannya adalah 9 (kebiasaan kanak-kanak awal pra sekolah adalah seperti ini), bermakna teknik ini belum lagi sesuai untuk mereka. Kita tidak mahu mereka sibuk mengira ketika sedang membaca dan menghafal al Quran. 

3. Kanak-kanak Perlu Dilatih Otak Kanannya untuk meningkatkan “Kemahiran Photographic” Memory Mereka


Latihan itu berguna untuk intro yang menyeronokkan  bagi kanak-kanak yang ingin didedahkan dengan Teknik Hafazan Nadi AlBahdadi ini. Mereka perlu diajar tentang menangkap memori untuk disimpan sebagai imej  visual dalam otak mereka supaya kemudian boleh mengeluarkan imej tersebut walaupun ianya telah tiada. Atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Photographic Memory’. Teknik Nadi Neurofisiologi ini memerlukan kanak-kanak mengingat apakah ayatnya dan dimanakah kedudukan ayat tersebut. Contohnya Surah An Naba’ dibawah ini.. posisi kedudukan ayat adalah seperti dibawah. Seorang kanak-kanak itu perlu dengan cepat perlu mengingat dan  mengetahui dibawah no. 3 adalah no. 6, atau kedudukan diatas nombor 8 adalah no. 5.  Kemudian kaitkan kedudukan nombor ini dengan ayatnya. Contohnya No. 5 posisinya adalah kedudukan tengah baris kedua dan ayatnya adalah “thumma saya’lamun”

4. Jika anak-anak telah mengenal nombor dalam Bahasa Arab adalah satu bonus


Oleh kerana al Quran dalam Bahasa Arab, setiap hujung ayat ada nombor ayat. Nombor ayat ini ditulis dalam Bahasa Arab. Jika mereka tahu nombor dalam Bahasa Arab ini, rujukan atau semakan senang dilakukan untuk mereka
Juga, cara ianya ditulis tidak seperti rumi dimana kita akan menulis nombor dahulu sebelum perkataan.

5. Jika anak-anak telah tahu membaca walaupun merangkak, ia juga adalah satu bonus

Walaupun anak-anak kita  tidak boleh membaca al Quran, ianya tetap boleh dilakukan kerana teknik ini menggunakan aktiviti berkumpulan. Permulaannya mereka mendengar 3X sebelum mengikut mengulang.. jadi ianya boleh diikuti oleh mereka yang tidak boleh membaca al Quran. Tetapi jika mereka sudah boleh membaca, proses ini boleh menjadi lebih mudah.


 

 

 

Sumber : Islamic Parenting



Ahad, 14 Disember 2014

Kesan Anak Yang Tidak Dididik Dengan Al-Quran Sejak Kecil





1- MASALAH AKIDAH

Oleh kerana Al-Quran adalah sumber perlembagaan Umat Islam, jadi jika seseorang itu tidak kenal dengan Al-quran, jarang membukanya, tidak tahu pula membacanya, bagaimana dia dapat mengukuhkan akidahnya?



2- ISLAM HANYA PADA NAMA

Apakah yang akan terjadi kepada Umat Islam jika mereka semua tidak mahir membaca Al-Quran, apatah lagi memahaminya?Al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar disia-siakan dan dibuang begitu sahaja. Akhirnya mereka yang tidak berstatus Islam yang mengambilnya dan mengkajinya dan merekalah yang berjaya dalam bidang mereka.Umat Islam pula hanya berstatuskan Islam, tetapi tidak dapat membacanya, apatah lagi menghayatinya. Tinggallah Islam hanya pada nama sahaja.



3- MASALAH AKHLAK

Al-Quran mempunyai kuasa melembutkan hati manusia seperti mana yang berlaku kepada Saidina Umar dalam kisah pengislaman beliau.Orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan lembut dan terang hatinya. Berbeza pula orang yang tidak pernah menyentuh Al-Quran, bagaimana hatinya akan lembut? Begitu juga jika ibu bapa inginkan anak-anak tidak keras hati, senang menerima nasihat, hiasilah hati mereka dengan Al-Quran sejak kecil.




 4- MASALAH PELAJARAN

Orang yang sentiasa mendampingi Al-Quran akan kelihatan lebih terkehadapan dalam pelajaran kerana bukan hati mereka sahaja terbias dengan cahaya Al-Quran, malahan akal mereka juga biasa beroperasi untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran.



 5- SUKAR MENDAMPINGI MAJLIS-MAJLIS ILMU

Mereka yang tidak biasa membuka Al-Quran akan liat untuk mendampingi majlis-majlis ilmu berbanding mereka yang biasa dengan Al-Quran yang sentiasa dahagakan ilmu dan rindukan majlis-majlis ilmu.





6- SUSAH MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI SAHABAT BAIK.

Bagaimana seseorang itu hendak menjadikan Al-Quran sebagai sahabat karibnya jika dia tidak dibiasakan bersahabat dengan Al-Quran sejak dari kecil? Tetapi, jika ibu bapa telah membiasakan anak-anak dengan Al-Quran sejak dari kecil, InsyaALLAH anak itu tidak akan kekok untuk menjadikan Al-Quran sebagai teman baiknya yang akan diziarahinya saban hari dengan membaca dan mentadabburnya.





7- BERHATI KERAS

Hati lalai dan leka dengan hiburan dan hal-hal dunia akan keras dan hitam dari mengingati Allah. Tetapi hati yang biasa dengan Al-Quran sejak dari kecil, InsyaALLAH akan mudah terima hidayah Allah dan bimbingan dari manusia.





8- Tidak Menjamin Mahir Membaca Al-Quran Di Masa Hadapan

Anda tidak dapat menjamin anak anda akan mahir membaca Al-Quran jika anda menghantarnya ke sekolah dan bukan anda sendiri yang mengajarkannya. Tetapi jika anda membiasakan anak anda dengan Al-Quran dan mula menghafalnya, InsyaAllah anak anda akan mahir Al-Quran dan seterusnya mudah dalam matapelajaran yang berkaitan dengan Al-Quran dan agama.





9- Nilai Ilmu Dan Rohani

Al-Quran bukan hanya mempunyai nilai ilmu yang tinggi dikejar oleh barat. Malahan Al-Quran penuh dengan nilai kerohanian yang mendekatkan diri hamba dengan Allah SWT. Jika anak-anak tidak kenal dengan Al-Quran sejak dari kecil, bagaimana agaknya dia akan dapat memiliki kedua-dua nilai dan asset yang berharga ini?





10- Langkah Untuk Memahami, Mentadabbur Dan Mengamalkan Al-Quran

Mempelajari Al-Quran bukan sekadar untuk membaca dan menghafal sahaja. Malahan kita mestilah memahami apa yang terkandung dalam Al-Quran, mentadabburnya dan mengamalkannya. Jika tidak, kita tidak ubah seperti keldai yang membawa kitab di belakangnya, ia tidak tahu nilai ilmu di dalam kitab itu, ia hanya memikulnya sahaja. Apabila anak anda sudah menghafal Al-Quran sejak dari kecil lagi, InsyaALLAH dia akan mudah untuk meneruskan langkah seterusnya untuk mentadabbur dan memahami Al-Quran seterusnya mengajarkannya kepada orang lain.




sumber: Islamic Parenting

Jumaat, 12 Disember 2014

Aktiviti Cuti Sekolah 2014

This year Haikal standard one so bermulalah rutin sebagai parent yang tidak lari mesti kena think about what activities should be do when school holiday. Masa cuti penggal pertama for one week aku hantar Haikal ke Kem Anak Soleh ingat Haikal membrontak tak nak pegi because for his age it’s too young untuk involve ape2 program or aktiviti seperti kem motivasi dan sebagainya because kem2 seperti tu we  need to face the crowd everytime and we have to stay in group. Tapi tak sangka Haikal sangat happy and enjoy siap cakap nanti cuti sekolah nak pegi masjid lagi. Meaning eksperimen aku untuk aktiviti cuti sekolah Haikal done and success. After this kalau nak hantar lagi tidaklah janggal. Memang give a good impact padanya dia jadi lebih berani and independent sketlah. It was good untuk umur sebayanya.


So masa cuti penggal kedua aku hantar Haikal lagi ke masjid untuk kem Sahabat Al Mizan for one week sebab tengok dia very happy tak tahulah ape dia buat tapi nampak agak terkesan jugaklah pada dirinya. I will story soon about kem2 motivasi yang Haikal join masa cuti sekolah. Then untuk cuti sekolah akhir tahun ni first week aku hantar dia ke masjid juga untuk kem motivasi  iaitu kem Mahabbah. And then fo 2nd week aku and husband decided want send him to ‘kampung” heheh di Melaka mahu hantar ke Besut aku terpaksa korbankan cuti memandangkan cuti kehabisan so bawa balik Melaka sajalah but Dania nak join juga tinggal budak berdua tu di kampung selama seminggu risau gak bargaduh berperang ke ape bila duk kampung and takut jadi lemak pulak stay di kampung dimanjakan nenek. So far nampak ok. So untuk 3rd and 4th week we’ll plan untuk hantar Haikal untuk kem Syabab di masjid so the whole school holiday 2014 for Haikal terisi lah dengan aktiviti yang positif. Maybe next year kami akan fikirkan aktiviti atau program seperti ini juga or hantar ke tahfiz or belajar seni pertahankan diri or maybe berkhatan.


sempat ber' pose sebelum naik cruise pak wan lak jadi photographer melayan kegedikkan kanak- pintar ini


Mase one week diorg di kampung macam2 lah aktiviti diorang selain boleh bangun lambat banyak hasil art yang diorg reka dengan lukisan …origami and macam2 lah di samping ada bapak sedara yang sudi nak melayan. Masa kat kampung cousin diorg juga turut pulan so ramai la sikit ape lagi gembira sangatlah diorg dekat kampung ramai rakyat jelata. Then mak ngah diorg bawak pegi jalan sekitar Melaka bawak pegi tempat history so bagus untuk knowledge diorang. 
 happy tak terkata...freedom ler tuh tak perlu bangun pagi2

 aktiviti lukisan sape paling da bomb

 first step gaya bersilat
 last2 tengok macam joget lambak la pulak....heheheh

pose tak abis2
 kemahsyuran Melaka yang aku suka seni tangga batunya
Muzium Melaka




Mewah kanak2 pintar ini bersantap

Hakim terlalu rindu pada kakak after a week kakak and abang stay di rumah nenek


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa