Rabu, 12 November 2014

Siapakah Huma Hatun

 

Huma Hatun adalah seorang wanita yang sangat saya kagumi. Ibu yang hebat dengan gaya fikir yang bijaksana. Jika boleh, saya mahu duduk rapat dengannya dan belajar serta menuntut darinya bagaimana beliau mendidik seorang yang sehebat anaknya. Mungkin tidak semua orang kenal siapa wanita yang jarang disebut dizaman kita ini.

 

Dari tangannya, lahirlah seorang Sultan yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al Fateh. Penakluk Kota Konstantinopal yang dikagumi oleh seluruh dunia Islam dan digeruni oleh Dunia Barat pada ketika itu.
 
Nah, semua orang berfikir untuk jadi hebat, seorang itu tentu punya tanda -tanda akan jadi hebat dari lahir. Mestilah dia kelihatan terserlah sejak dari lahir. Saya nasihatkan, banyakkanlah membaca dan mengkaji mereka yang hebat ini dari kecil. Kebanyakkannya adalah seperti kanak-kanak biasa sahaja.
 
Kenalilah dan ketahuilah bagaimana mereka yang hebat ini dididik supaya kita boleh belajar darinya. Supaya kita boleh mendidik anak kita dengan jalan yang serupa. Kita akan dapati bahawa mereka juga seperti kita. Melalui susah payah dalam mendidik anak mereka. Barulah kita ketahui mereka yang hebat ini ketika kecil sama sahaja seperti kanak-kanak biasa dengan nakal dan helahnya jika tiba waktu belajar dan sebagainya. Sama sahaja seperti anak kita. Mungkin anak kita yang ada itu lebih baik dari anak-anak mereka. 
 
Muhammad al Fateh merupakan anak keempat. Jika kita yang biasa-biasa ini mungkin sudah tidak berapa 'panas' bab mendidik jika dah sampai anak yang ke empat. Potensi dan harapan kita lebih letakkan pada anak pertama. MasyaAllah.. ini tidak terjadi pada ibu hebat ini. Beliau melihat semua anak-anaknya mempunyai harapan yang besar. Setiap anak dididik seistimewa yang mampu. Dugaan demi dugaan ditempuhi keluarga ini bila anak yang telah dididik dan menjadi dewasa dan tiba masa untuk melihat harapan tersimpan untuk terkabul, anak itu meninggal satu persatu!


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa