Isnin, 10 November 2014

Jangan Menegur Isteri Depan Anak

  

Elakkan Menegur Isteri di hadapan Anak-Anak
Asas prinsip ini adalah ibubapa seboleh-bolehnya elakkan berselisih di hadapan anak-anak kerana ia akan memeri kesan negaif kepada mereka.

Jika Suami sering memberi komen negatif, tegur atau marah Isteri di hadapan anak-anak, mereka meneladaninya. Walaupun niat Suami adalah untuk membetulkan perbuatan Isteri, ia tetap akan memberi kesan yang tidak baik

Anak-anak akan menyaksikan yang Ayah mereka tidak menghormati Ibu. Bagi mereka, Ibu dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan untuk dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, mereka akan 'mengambil tempat' Ayah mereka untuk menegur, komen, marah dan tidak hormat Ibu mereka. Mereka tidak menghormati Ibu mereka kerana terikut-ikut sikap si Ayah

Maka tidak hairanlah majoriti anak-anak di Akhir Zaman ini tidak mematuhi arahan Ibu mereka. Segala suruhan Ibu mereka, disambut dengan sikap 'acuh tak acuh' sahaja. Ini kerana rasa hormat anak-anak terhadap Ibu mereka telah tiada.


Promosikan Isteri di hadapan Anak-anak

Suami seharusnya sering mengiktiraf kredibiliti Isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita amat menghormati Isteri kita di hadapan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibu mereka seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kelihatan berwibawa dan dihormati anak-anak.


Ibu yg dihormati akan dipatuhi Anak-anak

Tindakan mempromosikan Isteri kepada anak-anak seakan memberi satu 'mandat' kepada Isteri dalam mendidik mereka. Secara tidak langsung, Suami telah mempermudahkan Isteri untuk membantu Suami itu sendiri dalam mendidik anak-anak


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa