Ahad, 9 November 2014

3 Melaun Sengal

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk bertiga tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt seperti yg Tok Imam sangkan" .

Maka, apabila hampir masuk waktu Maghrib, pegilah malaun bertiga tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali di situ. Ali bagi alasan nak cover malu, "Alahai Tok Imam ni..org baru nak cari feel"..Tok Imam pun bagi jawapan mengena balik, "Feel pekebendanya. Nak azan ni satu kg boleh dgr kamu nak mencari feel."

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, sbb baru lepas marah si Ali pasal azan, tok imam angkat takbir sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Sebelum masuk kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun gi amik wuduk baru. tenangkan hati katanya. mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut. Bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...Alahaiiii..


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa