Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Ahad, 30 November 2014

Upin Ipin Punya Pasall.....



Last weekand lps ada karnival Upin Ipin. Memang cite ni agak dah basi but aku just nak story berkenaan tentang animasi kartun upin ipin yang sudah sebat imenjadi rencah dalam zaman kanak-kanak  sekarang. Berbeza dengan zaman kita dlu kita membesar dengan kartun dari Jepun dan US ia sesuatu yang baik kerana diakui pembawakan watak dari kartun upin dan ipin menjadi ikutan dan sandaran kanak-kanak. So tidak hairan kalau mereka excited nk tengok animasi kartun itu dari dekat but timbul cite kurang enak tentang penganjuran. For my kids because ayahnya dah promised nak bawak jadi kena pegila tgk walau sekejap tp pegi dengan motor ler dua beradik tu. Ibu dengan baby hakim stay di rumahItupun nasib baik naik motor memang setiap penjuru tpt di PICC pakced dengan parking, dewan everythinglaa

 see full giler dengan people



Ramai pengunjung merungut dengan masalah dewan karnival yang kecil sehingga menyebabkan pengunjung terpaksa berasak-asak. Ditambah pula dengan masalah parking yang sesak menyebabkan ada yang terpaksa parking di sisi jalan kaki bukit dan terpaksa  juga berjalan jauh untuk menuju ke tapak karnival.  “Dahlah datang jauh-jauh, parking sesak. Nak kena naik bukit pula. Akal ada ke? Buat karnival untuk kanak-kanak tetapi tempat macam tu, berhimpit-himpit, berlaga lelaki perempuan. Kepala budak-budak disikut je dengan orang tua yang berpusu-pusu dalam hall. Setiap lima minit ada saja pengumuman budak-budak hilang parents. Parents hilang anak. Tak selamat langsung,” luahnya dengan rasa yang sangat kecewa.

 muka selebek sebab dapt tengok dari jauh jerr



Hopefully pihak penganjur dapat improve  jika buat function camni lagi moga dapat prepare tempat yang lebih proper.



Emmm 2/11/14 its my son's besday Danish Haikal. He's already 7 years moga anak lebih sukses, konsisten dan istiqamah antara Dunia dan Akhirat amin.

Isnin, 24 November 2014

Peraduan #NamaSiapaHebat Kereta Kompak Proton



Kalau tengok pada tajuk once semua orang dah tahu kereta tersebut adalah Proton Iriz dan winner die adalah remaja India dari kolej swasta berumor 20 tahun Rishalaini A/P Alagapan. Walaupun  mr hubby  dapat consolation prize it's ok dari tak dapat apa bukan kena bayar pun nak sertai cuma bagi idea nama jer and description why you give that name.




Daripada 44,650 lebih penyertaan di mana 92% daripadanya dihantar menerusi dalam talian dan selebihnya melalui kiriman pos hanya seratus lebih dipilih sebagai pemenang dah kira nasib baik sangat. Congrats mr hubby cuma dia macam ralat sikit dia cakap dia ada bagi nama banyak termasuk nama Iriz cuma ejaan dia Iris la then decription dia kurang power tak banyak penerangan. Nak tahu why dipilih Iriz sebagai nama kereta kompak proton nie Iris merupakan bahagian pada mata manusia yang bertanggungjawab mengawal jumlah kemasukan cahaya pada retina yang boleh dianggap sebagai simbolik pada “elemen semula jadi dari Proton untuk melihat penumpang di dalam kenderaan.”




Abjad “Z” telah menggantikan “S” bagi memberikan sebutan yang lebih segar. Malah Proton juga mendakwa nama ini menjadi pilihan utama untuk menarik minat lebih ramai sasaran pembeli khususnya generasi muda. So winner  peraduan ‘Nama Siapa Hebat’ milik Rishalaini berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu Proton Iriz 1.6 Premium CVT bestkan and well done to my mr hubby en. Nan.

Murid Berprestasi Cemerlang


Sudah dengar pada tajuk pun dah cukup membanggakan ibu dan ayah. At least ibu tahu ability anak ibu dan ibu tahu anak ibu never give up dan sentiasa mencuba yang terbaik. Gembira betul Haikal pada Hari Anugerah Kecemerlangan tuh tak sabar dia nak ke sekolah pada hari itu. Memang dah awal2 die inform ayahnya yang dia akan dapat hadiah tak kira la hadiah ape pun tapi kids kalau dengar nak dapat hadiah mesti excitedkan.Tapi before that aku dah tahu because cikgu die dah inform aku tru whatsapp. Ibu bangga atas usaha haikal dan terima kasih pada gurunya yang mengajar  dengan sabar kalau ikut ibu yang jd guru memang orang dengar macam meroyan la terjerit terlolong ..memang salute pada profesion seorg guru yang penuh kesabaran.


Becerita mengenai  si sulungku ini Danish Haikal memang seorang slow cool dtg lambat school pun stil slow cool parent nie yg macam rebut taufan gelabah. Dan kalau anak sulung  memang orang akan cakap kalau anak sulung ibarat eksperimen bagi ibu ayah dalam mencorakkan perkembangan mereka. Segala kesan dan akibat kita boleh lihat then barulah kita boleh improve pada anak berikutnya. Jadi jika dia menunjukkan kecemerlangan yang baik mungkin akan jadi ikutan buat adik-adiknyawalaupun tak semua macam tu tapi kebanyakkannya adalah macam tu it’s like example or role model. Dan tak semua permulaan yang baik akan end up yang baik so kita monitor consistency dan agar mereka istiqamah dan yang paling penting  attidude dalam keseimbangan untuk duniawi dan ukhrawi wah panjang bebenor explaination aku.


Haikal pada awal examnya penggal pertama memang teruk sehingga guru kelasnya cikgu fariza melahirkan rasa sedih kerana dia bukan hanya guru kelas tapi mengajar subjek bahasa inggeris tapi untuk subjek tersebut Haikal dapat 0% it’s like cikgunya tak ajar apa2 kat Haikal. Tapi bagi result kelas agama kelas petang KAFA gred yang dia dapat majority dalam A dan B so resultnya amat baik dan bagus untuk kelas KAFA aku proud sangat walaupun result untuk kelas pagi amat merudum.So terubatlah dengan result KAFA aku sudah cukup bangga. 


But for kelas pagi i must do something so aku arrange timetable utk die mainly untuk subjek die lemah seperti BM, BI dan MAT. Subjek seperti Sains Teknologi, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab result dia ok namun tidaklah cemerlang so aku focus utk 3 subjek tersebut.Aku spend time for one hour je paling cepat 1/2 hour takut kids cepat bosan ini hanya agar dia dapat improve dan dapat menguasai three main subjects  tersebut aku buat selang sehari. Namun tidaklah hari2 hadap because kids’s  attention hanya bertahan dalam 10 hingga 15 minit sj lepas tu dia fikir nak main so be creative.



So alhamdulillah ia agak effective  dan cikgunya pun sangat impress dengan pencapaiannya. Ini semua atas usaha dan kerajinan Haikal ia lebih kepada sikap seseorg  sama ada nak atau tak nak berubah atau masih mahu ditakuk lama. But we must make sure perihal seperti solat bacaannya betu dan .bacaan ayat2 lazim lancar dan sebagainya So Ibu really proud of you Danish Haikal. 

Ahad, 23 November 2014

Jadual Cuti Sekolah



Agar cuti sekolah menjelma terbuang dengan perkara tidak berfaedah ini let me share timetable for your kids sebagai panduan. Manfaatkan cuti sekolah yang ada dengan aktiviti yang berguna dan tidak dihabiskan dengan perkara yang sia2 . Happy School Holiday all.....

Selasa, 18 November 2014

Reasons To Eat Fruit


Ramai anak-anak memang tak suka makan sayur because pahit katanya why not kita tukarkan sumber nutrien tersebut kepada buah-buahan sebab mengandungi banyak vitamin dan sumber mineral untuk badan keran ia antioksida. I think not only kids all people like sebab buah ada rasa masam, manis so tidak terlalu plain pahit seperti sayur. So we can explain to kids why we must take fruits in our meals. Jadikan ia sebagai rutin harian dalam permakanan

Rabu, 12 November 2014

Siapakah Huma Hatun

 

Huma Hatun adalah seorang wanita yang sangat saya kagumi. Ibu yang hebat dengan gaya fikir yang bijaksana. Jika boleh, saya mahu duduk rapat dengannya dan belajar serta menuntut darinya bagaimana beliau mendidik seorang yang sehebat anaknya. Mungkin tidak semua orang kenal siapa wanita yang jarang disebut dizaman kita ini.

 

Dari tangannya, lahirlah seorang Sultan yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al Fateh. Penakluk Kota Konstantinopal yang dikagumi oleh seluruh dunia Islam dan digeruni oleh Dunia Barat pada ketika itu.
 
Nah, semua orang berfikir untuk jadi hebat, seorang itu tentu punya tanda -tanda akan jadi hebat dari lahir. Mestilah dia kelihatan terserlah sejak dari lahir. Saya nasihatkan, banyakkanlah membaca dan mengkaji mereka yang hebat ini dari kecil. Kebanyakkannya adalah seperti kanak-kanak biasa sahaja.
 
Kenalilah dan ketahuilah bagaimana mereka yang hebat ini dididik supaya kita boleh belajar darinya. Supaya kita boleh mendidik anak kita dengan jalan yang serupa. Kita akan dapati bahawa mereka juga seperti kita. Melalui susah payah dalam mendidik anak mereka. Barulah kita ketahui mereka yang hebat ini ketika kecil sama sahaja seperti kanak-kanak biasa dengan nakal dan helahnya jika tiba waktu belajar dan sebagainya. Sama sahaja seperti anak kita. Mungkin anak kita yang ada itu lebih baik dari anak-anak mereka. 
 
Muhammad al Fateh merupakan anak keempat. Jika kita yang biasa-biasa ini mungkin sudah tidak berapa 'panas' bab mendidik jika dah sampai anak yang ke empat. Potensi dan harapan kita lebih letakkan pada anak pertama. MasyaAllah.. ini tidak terjadi pada ibu hebat ini. Beliau melihat semua anak-anaknya mempunyai harapan yang besar. Setiap anak dididik seistimewa yang mampu. Dugaan demi dugaan ditempuhi keluarga ini bila anak yang telah dididik dan menjadi dewasa dan tiba masa untuk melihat harapan tersimpan untuk terkabul, anak itu meninggal satu persatu!

Selasa, 11 November 2014

Rasulullah saw Merindui Umat Kita Umat Akhir Zaman

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "siapakah yg paling luar biasa imannya?"
 
Para sahabat menjawab, "malaikat,ya Rasulullah."
Balas Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."
 
Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi,ya Rasulullah."
Rasulullah berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
 
Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
 
Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."
 
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. 
Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
 
Rasulullah saw diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "sesungguhnya, aku rindukan mereka...ia adalah ummat kita kami juga sangat menrindui Rasulullah saw
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Beauty Heart Kids

Lihat this boy budak pun ade perasaan kasih dan sayang. This is little pretty kind boy with fat heart.


Isnin, 10 November 2014

Jangan Menegur Isteri Depan Anak

  

Elakkan Menegur Isteri di hadapan Anak-Anak
Asas prinsip ini adalah ibubapa seboleh-bolehnya elakkan berselisih di hadapan anak-anak kerana ia akan memeri kesan negaif kepada mereka.

Jika Suami sering memberi komen negatif, tegur atau marah Isteri di hadapan anak-anak, mereka meneladaninya. Walaupun niat Suami adalah untuk membetulkan perbuatan Isteri, ia tetap akan memberi kesan yang tidak baik

Anak-anak akan menyaksikan yang Ayah mereka tidak menghormati Ibu. Bagi mereka, Ibu dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan untuk dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, mereka akan 'mengambil tempat' Ayah mereka untuk menegur, komen, marah dan tidak hormat Ibu mereka. Mereka tidak menghormati Ibu mereka kerana terikut-ikut sikap si Ayah

Maka tidak hairanlah majoriti anak-anak di Akhir Zaman ini tidak mematuhi arahan Ibu mereka. Segala suruhan Ibu mereka, disambut dengan sikap 'acuh tak acuh' sahaja. Ini kerana rasa hormat anak-anak terhadap Ibu mereka telah tiada.


Promosikan Isteri di hadapan Anak-anak

Suami seharusnya sering mengiktiraf kredibiliti Isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita amat menghormati Isteri kita di hadapan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibu mereka seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kelihatan berwibawa dan dihormati anak-anak.


Ibu yg dihormati akan dipatuhi Anak-anak

Tindakan mempromosikan Isteri kepada anak-anak seakan memberi satu 'mandat' kepada Isteri dalam mendidik mereka. Secara tidak langsung, Suami telah mempermudahkan Isteri untuk membantu Suami itu sendiri dalam mendidik anak-anak

Ahad, 9 November 2014

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi
nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ........
kengkadang siaran indonesia ....
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke
kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/2006 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli
kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ....
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
suasananya........
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ......
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ....?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...

sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa
ibu kita, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam
lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya
anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripadammbaca surat ini,
insyaAllah. Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini.
Surat ini dibacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di
Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika
itu.

So, hargailah Mak anda selagi mereka masih ade didunia ini. kerana bagi sy
mak adalah segala². I Love You Bonda..

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
- Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

- *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

- 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

- Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

- Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

- Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

- *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

- Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

- Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

- Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnail laihirojjiun, ,, then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

- *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

- *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

- Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

- Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

- Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

- *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

- *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

- Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
- Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah
- Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

- Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
- *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa