Khamis, 2 Oktober 2014

Minyak Naik!??


Hari ini, mana-mana pejabat mahupun di depan rumah ketika menyidai baju, di facebook dan di whatsapp, tajuk harga minyak naik memang sangat popular. Marah sana-sini pun, hidup tetap perlu diteruskan. OK, biasalah untuk kita break untuk seketika bila kejadian macam ni jadi dengan tiba-tiba. Tapi lepas tu, kita kembali fokus kepada matlamat hidup kita untuk diri sendiri, keluarga dan ummah yang telah kita tetapkan. Sebabnya.. cakap apa pun dan panjang mana pun cakap, minyak tetap naik dan barang-barang keperluan kita akan mengikut naik. Rujuk lah petrol price malaysia
Jadi, eloklah kita ubah daripada memikir kenapa dia naik kepada bagaimana nak mengatasi kenaikkan tersebut. Tambahkan ilmu bagaimana nak menaikkan ekonomi diri sendiri dan keluarga. Bak kata Warren Buffe, The More You Learn, The More You Earn.
Sedang berfikir tentang minyak naik semalam, saya terfikir tentang cara untuk menambahkan pendapatan untuk subscriber emel saya. Selama ini pendapatan saya adalah dari dunia internet sepenuhnya. Bagus juga jika saya kongsikan bagaimana saya melakukannya untuk mereka yang berminat dalam bidang ini. Tapi tulah.. kita tak tahu samada bidang ini adalah untuk kita atau tidak. Maka sebab itu saya mahu adakan kelas 'Mengintai' untuk sesiapa nak lihat samada Perniagaan Internet ini untuk mereka atau tidak. 
Intai bagaimana saya melakukannya dan kemudian buat keputusan samada ianya sesuai atau tidak untuk diri sendiri.

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa