Isnin, 27 Oktober 2014

Genius


Genius, aku mempunyai pendapat yang sama dengan Puan Lina Karim tentang meaning genius. Genius bermaksud sangat pintar atau kepintaran luar biasa. Ramai orang melihat perspektif genius dari pelbagai sudut yang berbeza. Ada yang cakap menulis awal dalam umur 2 tahun itu genius pandai membaca sebelum 3 tahun itu genius. Seperti puan Lina org melihat anaknya sebagai genius apabila anaknya boleh mengenal huruf pada umur 1 tahun, membaca dan menghafal Al Quran pada umur 3 tahun sehingga mendapat sijil hafazan 30 surah pada umur 3 tahun itu juga. Dilanjutkan dengan hafazan surah panjang pada umur 4 tahun, Darwisya berumur 6 tahun telah menghafal lebih 6 Juzuk Al Quran dan Darwish yang berumur 5 tahun telah menghafal lebih 3 Juzuk Al Quran setakat ini. Mereka juga boleh bertutur dan membaca dengan lancar dalam 2 bahasa pada umur 5-6 tahun iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Penguasaan bahasa ketiga iaitu Bahasa Arab adalah sederhana dan masih sedang belajar bahasa tersebut dari seorang guru Timur Tengah. Dalam bidang matematik pula, anak sulungnya pernah memenangi Top 40 Award dari 2000 peserta didalam pertandingan International Mental Arithmetic Competition pada  umur 6 tahun yang diadakan pada tahun 2012 . 



Sebenarnya meaning genius adalah lebih daripada itu. Ia lebih kepada kemampuan minda kanak-kanak menaakul dengan berfikir secara kritis dan kreatif apa yang dipelajari dalam aktiviti sehariannya bukan hanya mencedok bulat dengan apa yang mereka belajar. Jika anda menonton filem Hindustan “3 Idiots” tentu anda akan faham. Contohnya, aku mengatakan anak aku genius apabila aku memujuk Haikal berbuka puasa kerana kesian melihat die keletihan dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 ptg die berada di sekolah kadang-kadang dia tidak bersahur tetapi die tetap mahu terus berpuasa. Dia pernah bertanya kenapa awan itu terdiri dari kepulan asap yang padat bagaimana ia terbentuk menjadi kapas yang gebu. Dia pernah bagi tahu bahawa rakan perempuan sekelasnya enggan memakai tudung bukankah ia aurat jika menampakkan rambut. See kanak-kanak umur 7 tahun sekarang boleh menaakul apa yang dipelajari di sekolah. Haikal memang lambat membaca tetapi die gemar mempelajari aktiviti rekacipta dia buat origami bermacam2 jenis yang die pelajari dari youtube since umur 4 tahun lagi. Dia mencipta landasan kereta api yang tinggi berpusing2 spt roller coaster dari kotak2 yang dibuang oleh ayahnya. Memang Haikal kuat berimiginasi kemampuan otak kanan lelaki sungguh luar biasa.



Dania pula penah aku upload her picture di laman social yang dia tak pakai tudung so dia minta aku menukar picturenye yang pakai tudung malu katanya. Walhal dia tidaklah konsisten pakai bagi kids seusia 5 tahun sepertinya tapi dia boleh fikir rasa malu bila nanti ramai orang melihat gambarnya tidak memakai tudung. Dania memang suka pakai t shirt dan seluar jeans panjang dia jarang pakai dress or gown pernah minta dia pakai sebab tengok cousinnya Yasmin pakai cantik tapi die cakap malu nampak betis dan ketiak katanya hehehe kalau nak pakai gown pun die mahu long sleeves dan juga pakai dengan seluar untuk gown tersebut. Ada satu kes aktiviti luar die bersenam cikgu menyuruh buat bulatan disebabkan die duduk bersebelahan dengan kawannya boy dia tak nak pegang tangan because dia cakap haram tak boleh pegang, tak sangka she knows halal haram Alhamdulillah. Penah suatu ketika Dania pakai tudung tak bukak2 and then her friend ask her why Dania asyik tudung jer tak panas ke? But she answer "api neraka lagi panasslaaaa" ambik kau hahaha.


Dania suh change this pic
to this pic




Genius bagi aku adalah mereka yang terdorong untuk melakukan kebaikkan dengan sendirinya tanpa perlu diberitahu. Atau lebih tepat dikatakan … mendapat hikmah dan keberkatan Allah. Ya, semua bayi mempunyai kepintaran luar biasa jika siibu tahu bahawa mereka sebenarnya memegang anugerah yang menunggu masa untuk dikeluarkan dari diri anak mereka. Tetapi untuk melahirkan BAYI GENIUS , para ibu amat perlu menitikberatkan penjagaan teliti dan rapi penuh insaf dan tawadhuk sepanjang jangka kehamilan terhadap Pencipta ia itu Allah swt. Amiiin

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa