Ahad, 28 September 2014

The Journey

Baru berpeluang tonton filem The Journey yang mengisahkan seorang bapa yang enggan merestui perhubungan anak perempuanya dengan jejaka Inggeris. So amazing filem ini berjaya mengutip RM17.17 juta dengan  bajet RM3 juta. Tapi filem pada aku memang memberi impak positif dari perspektif harian tentang adat resam dan budaya yang hormat menghormati antara kaum. So bagi mereka yang merindui karya arwah Yasmin Ahmad The Journey adalah genre terbaik yang dihasilkan.


This film sesuai ditonton seisi keluarga, so my review for this film memang terbaikla 5 stars I give it. Ia mengisahkan tentang seorang ayah mahu invite rakan-rakan sekolah lama ke weeding anak perempuannya dengan lelaki Inggeris. Sangat close relationship mereka tanpa mengira kaum. Konflik sudah lama wujud antara ayah dan anak perempuanya disebabkan si ayah menghantar anaknya keluar negara pada usia 8 tahun yang ni I dont know why ayahnya menghantar anak perempuan ke luar negara after ibunya meninggal maybe untuk kebaikan anak perempuannya.

Satu lagi filem ini mengetengahkan para pelakon yang biasa-biasa sahaja dan kurang dikenali buatkan penonton berasa lebih dekat dengan kehidupan harian. Dalam cerita ini, Mat Salleh ini mula mengenali kekuatan ikatan kekeluargaan dalam kehidupan bangsa Asia ini. Dan sepanjang perjalanan mereka menghantar kad jemputan, pelbagai peristiwa menarik telah berlaku. Dan akhiran cerita ini ialah bagaimana si ayah, anak perempuan serta menantu lelakinya dan dibantu oleh rakan sekolah lamanya ingin menrealisasikan impian mendian ketua kelas mereka yang telah meninggal menerbangkan belon yang dibuat dari plastik.




Filem ini kekuatannya dia adalah hubungan antara seorang ayah dengan anak perempuannya. Part yang buat aku sangat sedih masa yang last masa anak perempuannya berkahwin. Ucapan anak perempuan di hari perkahwinannya dia sedih apabila melihat ayahnya semakin tua dan rambut sudah mulai putih. So touching rindunya pada arwah abah. Gambaran sekolah mereka pun sangat klasik teringat sekolahku Sek Kem Gerakhas dan Tadika Kemas di Sg Udang Melaka masa tahun 1987-1990 masa tu aku bersekolah sampai darjah 3 itulah gambaran yang menjadi kenanganku after that arwah abah dah pencen dari Komando. Cuma ada satu perkara yang kurang elok pasal cerita ini harap tidak menjadi ikutan iaitu mengandung sebelum berkahwin hope parent dapat explain pada anak-anak kalau anak itu dah paham nanti diorang cakap cerita dalam tv tu ok jer boleh jer tak de masalah pun, so kena explain detail kerana ia bukan budaya Melayu  terutamanya dalam Islam. So overall my review for this film ok and thumb up.

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa