Rabu, 3 September 2014

Hadis Tentang Kebangkitan Islam Akhir Zaman

Cerita Dari Puan Lina Karim


Untuk pengetahuan, website Imam Besar Kuwait, Imam Misyari Rashid yang saya kongsikan linknya didalam blog saya untuk pembaca saya mendownload bacaan alquran itu pun telah di 'hack' oleh mereka dimana kalau sesiapa hendak mendownload Nasyid Popular Talaal Badrul Imam Masjid Besar Kuwait ini, klik di link tersebut akan keluar video lucah! Nashid yang tidak merbahaya dan tidak mengusik mana-mana pihak pun di hack inikan pula perkara yang mengundang kontroversi. Dan pembuat video-video tentang komplot orang bukan Islam bagi menjatuhkan Islam dalam siri 'The Arrivals' pula di ugut bunuh.
Emm.. macam-macam. Website saya yang asal pernah down selama lebih seminggu menyebabkan saya panik. Samada ada kebetulan atau ada tangan halus, wallahualam. Tentang video saya yang saya ceritakan itu, saya mengambil masa hampir 2 bulan melakukan research dan pembacaan sebelum menghasilkannya. Untuk menggantikan video tersebut dan bagi menyebarkan isi kandungnya kepada Dalina, saya tuliskan hadis sahih yang digunakan dalam video tersebut dibawah.
Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kamu bersedih?” 
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari SEBELAH TIMUR dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat­ku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”

Diharap kita dapat meneliti apa maksud yang tersirat dan tersurat pada kita dan anak-anak kita pada hadis tersebut dan supaya ia  lebih membangkitkan semangat kita semua untuk terus istiqamah dalam mendidik anak.

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa