Rabu, 27 Ogos 2014

Mengeluarkan Hingus dan Kahak Bayi

Tips Mengeluarkan Hingus dan Kahak Bayi
1. Ambil 2 biji bawang putih, kupas kulitnya dan bakarkan hingga hangus. Cara nak bakar tu, boleh cucuk pada garfu dan lalukan di atas api dapur gas. 
2. Selepas itu, masukkan bawang putih tadi ke dalam satu mangkuk dan masukkan 4 sudu minyak habbatussauda. Jika tiada, boleh gantikan dengan minyak zaitun atau minyak masak. Kemudian hancurkan bawang putih tadi bersama minyak.

3. Apabila bawang putih sudah hancur, tuangkan kedalam baldi bersih. Masukkan air panas separuh baldi. Kacau air panas agar sebati dengan bawang putih dan minyak tadi.


4. Duduk atas kerusi. Selepas itu tiarapkan bayi di atas peha anda. Baldi air panas tadi mesti di letakkan dibawah muka bayi. Pastikan jarak muka bayi dan baldi tidak terlalu dekat agar muka bayi anda tidak terlalu panas.
5. Tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan. Jangan tepuk ditengah- tengah tulang belakang sebaliknya di kiri dan kanan tulang belakang bayi. Buat sekejap sahaja dalam 1mdbinit. Jika masih belum keluar, buat lagi 1minit sehingga hingus dan kahak keluar. 
P/s: Tips ini seeloknya di buat pada waktu pagi kerana hingus dan kahak banyak pada waktu pagi. Bayi yang di dalam pantang tidak berapa sesuai menggunakan teknik ini kerana bimbang kulit muka bayi tidak tahan wap panas. Seeloknya, sapukan sahaja minyak bawang putih yang kita buat tadi di tapak kaki dan belakang badan bayi.

sumber: mamacomelarissa.blogpsot 
 

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa