Khamis, 28 Ogos 2014

Ajar Diri Sendiri Baru Ajar Anak Sendiri

Cerita Dari Puan Lina Karim


Masih ingat lagi saya bercakap tentang pelaburan ilmu? Ingat lagi tak saya beritahu tentang saya membeli berbagai jenis muqaddam VCD dan DVD? Dalam banyak-banyak akhirnya tak semua saya guna untuk anak.
Yang lainnya bukanlah bermaksud satu pelaburan yang rugi. Ia masih saya gunakan untuk saya sendiri mendalami ilmu tajwid saya sebelum saya mengajar anak saya.  Bagi ibubapa yang alqurannya tidak sefasih seperti saya ni jika dibandingkan dengan orang yang mendalami al Quran diluar sana tu, kenalah belajar dulu sebelum kita mengajar anak kita. 
Ya, mungkin ada yang bertanya saya belajar dari buku ke? Apa salahnya kalau kita dah ada asas. Dulu saya belajar mengaji di rumah. Ibu saya yang mengajar saya. Tapi setakat saya pandai membaca sahajalah. Tajwid tak masuk lagi pasal tak diajar. Saya khatam quran umur saya 9 tahun. Kira 'average' je lah tu dengan kanak-kanak zaman saya. 
Lepas tu tak pernah pegang al quran kerana sekolah pun sekolah biasa je bukan sekolah agama. Masuk UITM kemudian kerja. Sehinggalah saya mula bekerja di Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd. Masa tu sebagai Franchise Manager sebelum saya dinaikkan pangkat ke Division Sales Manager untuk syarikat tersebut. Eh, lupa nak beritahu... masa tu belum kahwin lagi ye!  Walaupun sudah sibuk dengan dunia bekerja saya, tiap hujung minggu saya akan ke rumah ustaz berjalan kaki dari rumah saya untuk belajar tajwid. Emm.. ustaz tu punye bacaan bila dia mengaji.. mengagumkan saya! Yelah, kalau tajwid dah betul, baca mesti sedap.  Berangan juga nak mengaji macam dia tapi saya belajar sekerat jalan kerana saya ambil kelas malam di Stamford College Kuala Lumpur, lepas kerja. Di tempat kerja saya bekerja bersungguh sehingga dapat anugerah pencapaian. Jadi saya fikir kalau saya belajar lagi tentulah lagi cepat naik pangkat dan naik gaji! Biasalah orang muda. Masa tu begitulah mentality saya. Makin penatlah hari-hari yang saya lalui dengan bekerja dan belajar menyebabkan belajar tajwid saya hentikan waktu itu. 
Maka adalah tidak sukar dan tidak salah untuk saya belajar melalui buku pula. Untuk pastikan apa yang kita belajar tu betul ke tidak, saya beli VCD belajar mengaji dimana saya boleh melihat guru saya  (guru lain) dalam gambar di skrin TV.  
Ketika saya bekerja dan belajar tajwid itu, saya tidak tahu pun saya akan menggunakannya ilmu yang saya pelajari tersebut untuk anak saya. Sebenarnya persekitaran kehidupan saya pada waktu itu, tidak memerlukan saya untuk belajar tajwid, tetapi adalah menjadi sikap saya yang dahagakan ilmu. Tak kira ilmu dunia atau akhirat.  Itulah salah satu ciri yang perlu ada jika dia benar-benar ingin menjadi pendidik kepada anaknya. Sentiasa dahagakan ilmu dan sentiasa ingat untuk berkongsi ilmu tersebut kepada anaknya.
Kesimpulannya, carilah ilmu untuk diri sendiri  dahulu barulah kita boleh mengajar ilmu itu kepada anak kita nanti.

2 comments :

Wan Fatimah berkata...

salam perkenalan :D, suka baca info berguna dari blog puan, saya jumpa di blog Namee. jemput singgah blog saya http://aku-dan-tulisan.blogspot.com/

Akula berkata...

terima kasih saya sekadar yg berguna pada semua parenting. InsyaAllah saya akan invite


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa