Keistimewaan Anak Perempuan
Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.
Kanak-Kanak Overdose Vitamin
Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.
Resepi Bayi
Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda
Genius
Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif
Bestnyer Main Buih Sabun
Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun
Impak Kem Motivasi
Impak positif daripada kem motivasi
Tips Cepat Masak Untuk Ibu Sibuk Bekerja
Save cooking time
Senarai Simple Recepi For Breakfast
Pelbagai variasi senarai resepi ringkas
21 Tempat Menarik Di Malaysia
Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb
Khamis, 28 Ogos 2014
Ajar Diri Sendiri Baru Ajar Anak Sendiri
Cerita Dari Puan Lina Karim
Lepas
tu
tak pernah pegang al quran kerana sekolah pun sekolah biasa je bukan
sekolah agama. Masuk UITM kemudian kerja. Sehinggalah saya mula bekerja
di
Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd. Masa tu sebagai Franchise Manager sebelum
saya dinaikkan pangkat ke Division Sales Manager untuk syarikat
tersebut. Eh,
lupa nak beritahu... masa tu belum kahwin lagi ye! Walaupun sudah sibuk
dengan dunia bekerja saya, tiap hujung minggu saya akan ke rumah ustaz
berjalan kaki dari rumah saya untuk belajar tajwid. Emm.. ustaz tu punye
bacaan bila dia mengaji.. mengagumkan saya! Yelah, kalau tajwid dah
betul,
baca mesti sedap. Berangan juga nak mengaji macam dia tapi saya belajar
sekerat jalan kerana saya ambil kelas malam di Stamford College Kuala
Lumpur, lepas kerja. Di tempat kerja saya bekerja bersungguh sehingga
dapat anugerah pencapaian. Jadi saya fikir kalau saya belajar lagi
tentulah lagi
cepat naik pangkat dan naik gaji! Biasalah orang muda. Masa tu begitulah
mentality saya. Makin penatlah hari-hari yang saya lalui dengan bekerja
dan
belajar menyebabkan belajar tajwid saya hentikan waktu itu.
Masih
ingat
lagi saya bercakap tentang pelaburan ilmu? Ingat lagi tak saya beritahu
tentang saya membeli berbagai jenis muqaddam VCD dan DVD? Dalam
banyak-banyak akhirnya tak semua saya guna untuk anak.
Yang
lainnya
bukanlah bermaksud satu pelaburan yang rugi. Ia masih saya gunakan
untuk saya sendiri mendalami ilmu tajwid saya sebelum saya mengajar anak
saya. Bagi ibubapa yang alqurannya tidak sefasih seperti saya ni jika
dibandingkan dengan orang yang mendalami al Quran diluar sana tu,
kenalah
belajar dulu sebelum kita mengajar anak kita.
Ya,
mungkin
ada yang bertanya saya belajar dari buku ke? Apa salahnya kalau kita
dah ada asas. Dulu saya belajar mengaji di rumah. Ibu saya yang mengajar
saya. Tapi setakat saya pandai membaca sahajalah. Tajwid tak masuk lagi
pasal tak diajar. Saya khatam quran umur saya 9 tahun. Kira 'average' je
lah
tu dengan kanak-kanak zaman saya.
Maka
adalah
tidak sukar dan tidak salah untuk saya belajar melalui buku pula. Untuk
pastikan apa yang kita belajar tu betul ke tidak, saya beli VCD belajar
mengaji dimana saya boleh melihat guru saya (guru lain) dalam gambar di
skrin TV.
Ketika
saya
bekerja dan belajar tajwid itu, saya tidak tahu pun saya akan
menggunakannya ilmu yang saya pelajari tersebut untuk anak saya.
Sebenarnya
persekitaran kehidupan saya pada waktu itu, tidak memerlukan saya untuk
belajar tajwid, tetapi adalah menjadi sikap saya yang dahagakan ilmu.
Tak kira
ilmu dunia atau akhirat. Itulah salah satu ciri yang perlu ada jika dia
benar-benar ingin menjadi pendidik kepada anaknya. Sentiasa dahagakan
ilmu dan sentiasa ingat untuk berkongsi ilmu tersebut kepada anaknya.
Kesimpulannya,
carilah ilmu untuk diri sendiri dahulu barulah kita boleh mengajar ilmu itu kepada anak kita nanti.
Rabu, 27 Ogos 2014
Mengeluarkan Hingus dan Kahak Bayi
Tips Mengeluarkan Hingus dan Kahak Bayi
1.
Ambil 2 biji bawang putih, kupas kulitnya dan bakarkan hingga hangus.
Cara nak bakar tu, boleh cucuk pada garfu dan lalukan di atas api dapur
gas.
2.
Selepas itu, masukkan bawang putih tadi ke dalam satu mangkuk dan
masukkan 4 sudu minyak habbatussauda. Jika tiada, boleh gantikan dengan
minyak zaitun atau minyak masak. Kemudian hancurkan bawang putih tadi
bersama minyak.
3.
Apabila bawang putih sudah hancur, tuangkan kedalam baldi bersih.
Masukkan air panas separuh baldi. Kacau air panas agar sebati dengan
bawang putih dan minyak tadi.
4. Duduk
atas kerusi. Selepas itu tiarapkan bayi di atas peha anda. Baldi air
panas tadi mesti di letakkan dibawah muka bayi. Pastikan jarak muka bayi
dan baldi tidak terlalu dekat agar muka bayi anda tidak terlalu panas.
5.
Tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan. Jangan tepuk ditengah- tengah
tulang belakang sebaliknya di kiri dan kanan tulang belakang bayi. Buat
sekejap sahaja dalam 1mdbinit. Jika masih belum keluar, buat lagi 1minit
sehingga hingus dan kahak keluar.
P/s:
Tips ini seeloknya di buat pada waktu pagi kerana hingus dan kahak
banyak pada waktu pagi. Bayi yang di dalam pantang tidak berapa sesuai
menggunakan teknik ini kerana bimbang kulit muka bayi tidak tahan wap
panas. Seeloknya, sapukan sahaja minyak bawang putih yang kita buat tadi
di tapak kaki dan belakang badan bayi.
sumber: mamacomelarissa.blogpsot
sumber: mamacomelarissa.blogpsot
Sayangi Anakmu Sepenuh Hati
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Muliakan anak-anak dengan mengajar
mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam
keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh
anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda
Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada
seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi pula tidak akan disayangi.”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang
untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti
dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Bismillah Lima Dan Kelebihannya
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1.Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.
2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.
3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1.Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.
2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.
3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.
Isnin, 25 Ogos 2014
Ahad, 24 Ogos 2014
Anak Yatim Palestin
Terdapat tentang usaha satu badan NGO untuk membawa anak yatim
Palestin ke Malaysia. Memang ramai yang berminat. Saya percaya ini
adalah disebabkan oleh rasa kasih sayang, perasaan ingin membantu dan
kasihankan
mereka. Apa lagi setiap hari kita dipaparkan di laman media dengan
wajah-wajah comel mereka dibedil oleh Yahudi yang tidak berhati perut.
Mereka hidup
dalam keadaan yang penuh dizalimi.
Palestin adalah satu bangsa yang kuat. Bangsa yang diuji yang mewakili seluruh masyarakat Islam dimuka bumi. Mereka adalah satu bangsa yang "hidup nekad, mati berjihad" kerana mereka sangat dekat dengan kematian setiap hari. Tiada masa untuk mereka lalai, lupa atau leka. Samada untuk diri sendiri atau dalam mendidik anak anak mereka.
Berbeza dengan kita yang sentiasa lengah dan
leka. Bila anak merajuk tidak dibenarkan bermain
ipad atau gadjet, ibubapa minta diberi satu dua ciuman, kemudian
memberinya semula. Jika tidak dibenarkan menonton TV, mereka menangis
mengamuk,
kerana tidak mahu ianya berpanjangan, mereka bukakan TV itu semula. Jika
disuruh mengaji, mereka tidak peduli, ibubapa berkata "Tidak
mengapalah..
badan pun dah letih ni"
Bagi saya bukan anak Palestin yang perlu kesini tetapi ibubapa sini yang perlu untuk ke sana. Perlu untuk menerima tarbiah secara langsung tentang kehidupan yang makin suntuk masanya ini. Tiada lagi masa untuk lalai dan leka. Supaya mereka menghayati pentingnya mendidik generasi ditangan mereka itu yang akan bangkit membantu kebangkitan Islam akan datang.
Mungkin
bangsa Palestin adalah bangsa yang diuji, dan kita pula adalah bangsa
yang membantu yang
sedang diuji? Tidak mustahil bagi Allah. Allah pernah memilih bukan Arab
- Salahuddin Al Ayubbi, yang menjadi pembebas Palestin satu waktu
dahulu,
maka tidak mustahil ianya terjadi sekali lagi iaitu datang dari yang
bukan Arab. Kita tidak boleh mengubah dunia diluar tetapi kita boleh
mengubah
dunia milik kita - iaitu diri kita, anak-anak kita, keluarga kita. Dunia
akan bertindak mengikut apa yang telah kita ubah ini kemudiannya
nanti.
Beruntunglah
ibubapa yang mempunyai hati yang berada di Palestin tetapi tubuh berada
di Malaysia.
Itulah kita. Itulah dia ubat kepada leka
dan lengah dalam mendidik anak. Semoga kita punya semangat berjuang
dalam mendidik anak-anak dan beruntungnya kita disini adalah kerana kita
diberi Allah kebebasan untuk membuat pilihan memberi yang terbaik
kepada
anak-anak. Tidak seperti ibu-ibu di Palestin yang serba kurang dan serba
terbatas. Hargailah kelebihan yang
Allah beri pada kita disini.
Rabu, 6 Ogos 2014
Pemakanan Anak Pintar
RAHSIA PEMAKANAN ANAK PINTAR ! (Ianya adalah rahsia pemakanan ilmuwan Islam)
1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina
darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke
otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah
dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan
seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah
dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah
lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang
dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Langgan:
Catatan
(
Atom
)