Rabu, 11 Jun 2014

Menggunakan Deria Sensitif Pada Bayi

Indahnya Islam... Bayi lahir, bapa disuruh azan dan iqamat di telinganya. Deria pertama yang disuruh gunakan dalam Islam adalah pendengaran.
Bila dikaji oleh sains, mereka mendapati bahawa bayi mempunyai pendengaran yang tajam dan sensitif, ini mungkin kerana latihan dari dalam perut dimana dunia mereka gelap dan kemahiran mendengar sahaja yang boleh mereka gunapakai. Semua bayi mempunyai deria penglihatan yang kabur ketika lahir. Mereka tidak dapat melihat ibubapa mereka tetapi mereka mengenal suara mereka semasa mereka masih dalam kandungan lagi.
Jika kita ambil pengajaran daripada ini, Islam menggalakkan kita memperdengarkan dengan yang elok. Menggalakkan kita menggunakan dan mempergunakan deria pendengaran pada bayi itu dahulu. 
Tetapi kita selalunya tidak mahu memerhati. Kita hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah sampai kerumah, ibu berpantang di bilik bersama bayi sambil melihat cerekarama/telenovela dll.  Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan salahkan mereka jika bila dewasa mereka menyerap apa yang telah diperdengarkan kepada mereka sedari bayi. Pendedahan semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak seolah-olah lukisan peta kehidupan yang akan dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti.
Alangkah baiknya jika pendengarannya disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari bayi kita diganggu oleh syaitan. Sebagai bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan melekat dalam otak mereka. Menjadikan mereka senang untuk melagukannya bila agak besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak yang akan diingat hingga mereka dewasa.
Sebab itu bila orang bertanya pada saya, puan ada guna pelbagai produk, produk apa yang patut saya gunakan dulu? Adakah Flashcard? Sebelum saya menjawab, saya akan bertanya umur anak. Jika ia masih baru lahir  guna CD Mengaji dahulu, Letak VCD atau flashcard depan mata dia pun, dia bukannya nampak.
Jika anak dah agak masuk zaman kanak-kanak, barulah boleh dua-dua sekali. Sambil melatih melihat flashcard, kita boleh perdengarkan mengaji diwaktu lainnya. Bila nak start menghafal, tak teruk mengajarnya. Kerja mengajar jadi mudah. Kita cuma betulkan sikit sana, sikit sini sahaja..
Apa pun, Sebelum mengajar anak, fahami peringkat umur mereka dan cara deria mereka bekerja kemudian susun aturkan sukatan pelajaran kita

lina karim

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa