Ahad, 15 Jun 2014

Kisah Coklat Cadbury...3




Seseorang yang memakan produk yang dia ingatkan ianya halal tetapi satu hari ia diberitahu tidak halal. Dia pun berhenti memakannya dengan penuh rasa  bersalah dan mengharap Allah mengampunkan kesalahan yang diluar pengetahuannya itu. 
vs
Seseorang yang memakan makanan yang siang-siang lagi dia dah tahu ianya haram. Tetapi ia makan dengan selambanya tanpa rasa bersalah. 

Jelaskan soalannya? Saya rasa ramai orang tanpa berfikir panjang akan nampak perbezaan. Tentu kita akan berfikir mana ada orang Muslim Islam yang siuman jatuh pada kategori ke 2 itu. 
Tetapi hakikatnya, ramai orang Islam yang jatuh pada kategori ini. Mereka memberi keluarga mereka makanan yang haram dimakan. Makanan dari wang yang tidak halal. Makanan dari wang yang terhasil dari penganiayaan keatas orang lain. Rasuah, Riba dsb.

Didalam masyarakat kita, ada ibubapa yang sanggup lihat anak-anaknya berlapar asal apa yang masuk kedalam perut anaknya itu adalah yang halal. Pernah saya mengenali seorang ibu yang menangis sambil memasak bubur. Bila ditanya kenapa dia menangis dan dia berkata, dia kasihankan anak-anaknya, sudah berminggu-minggu makan bubur, Kerana beras yang terhad untuk mencukupkan keperluan sebulan, bubur adalah satu-satunya makanan yang kelihatan banyak bila dihidangkan. Bila anaknya komplen masih lapar, dia berkata kenapa tak baca bismillah sepanjang kita makan? Jangan baca doa makan masa mula hendak makan sahaja.. Dan anaknya terdiam.

Ada pula saya kenal seorang yang yang berprinsip lain... mereka beralasan Allah Maha Mengetahui sebab kenapa dia melakukannya - Baginya Ia adalah satu keperluan. Jika dia tak buat, tak makan anak bini dirumah. Mati kebulur. Dan kelihatan anaknya memang mewah dengan makanan. Inilah makanan yang zatnya halal tetapi rohnya haram. Setiap makanan jangan dilihat dari segi fizikalnya sahaja,Cuma kita lihat kandungan vitamin dan mineralnya sahaja. Ia juga punya roh. Ia punya tenaga tersimpan yang akan bertukar kepada tenaga lain didalam tubuh anak-anak kita. Ingat, didalam Prinsip Quantum Physics, tenaga tidak pernah mati.. ia hanya bertukar bentuk sahaja. 

Inilah dia punca anak kalau bijak mana pun dia akan melawan ibubapanya. Memang benar Allah Maha Mengetahui. Tetapi Allah juga Maha Adil. Allah tidak akan memberi takdir anak-anak mereka menjadi yang sama kepada kedua ibubapa ini kerana mereka sendiri adalah berbeza dalam menjaga apa yang Allah perintahkan.

lina karim

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa