Selasa, 10 Jun 2014

Kisah Coklat Cadbury ...1



Jika ramai orang lain bersuara melalui facebook mengenai isu Coklat Cadbury yang hangat diperkatakan baru-baru ini, saya pula ingin bersuara melalui emel ini. Isu Cadbury ini sebenarnya adalah satu hikmah untuk menyedarkan kita tentang apa-apa produk lain bahawa kadang-kadang betapa kita berhati-hati pun, kita tidak boleh menentukan kehalalannya. Nasib baiklah akhir cerita Cadbury ianya adalah HALAL.
Terpulang kepada kita untuk mengkonsumsinya atau tidak. Jika di kepala sudah was-was, walaupun ia diisytiharkan halal, janganlah di makan. Ingatlah bahawa minda kita sangat berkuasa! Mengikut kajian sains yang sangat popular tentang 'placebo effect', apabila minda sudah membuat keputusan dengan apa yang dimakannya itu, badan akan memberi tindakbalas yang selari berdasarkan keputusan tersebut. Sebab itu bila panadol tiruan berleluasa, kita sendiri tidak mengetahui akan hal itu kerana setiap kali kita telan panadol bila sakit kepala menjengah, kesannya tetap akan jadi seperti yang diharapkan. Peliknya 'Placebo Effect' ini sehingga sekarang saintis pun hairan bagaimana ianya boleh berlaku. Jika kita tidak mahu memakannya atas sebab kita tidak lalu untuk memakannya, janganlah kita menjatuhkan makanan tersebut sebagai haram dan mempengaruhi orang lain akan 'hukum peribadi' yang kita jatuhkan itu. Biarlah orang lain memakannya. Perbuatan ini sama saja seperti mengatakan air kosong yang halal sebagai arak yang haram sebab bermain-man dengan sengaja. Seperti yang kita tahu, makanan yang disiapkan oleh orang Muslim yang tidak solat pun boleh menyebabkan hati gelap. Bila hati gelap, kita malas untuk solat atau membaca al Quran. Inikan pula makanan yang tidak halal. Akan jauh larinya dari impian untuk mendapatkan hati yang terang yang mampu menghafal ayat-ayat al Quran. Oleh kerana al Quran itu suci, ia hanya suka kepada yang suci.  lina karim 

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa