Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Ahad, 15 Jun 2014

Beriklan Secara Percuma

Saya ingin mengajak kepada semua follower or silent reader setia blog saya jika ingin mengiklan barangan specially barangan terpakai saya mengalu-alukan untuk mengiklankanya di sini http://terpakai.my/. Free jer share dengan collagues, relatives sume ye. Anda juga boleh mengiklankan perkhidmatan perkhidmatan anda.


Kisah Coklat Cadbury...3




Seseorang yang memakan produk yang dia ingatkan ianya halal tetapi satu hari ia diberitahu tidak halal. Dia pun berhenti memakannya dengan penuh rasa  bersalah dan mengharap Allah mengampunkan kesalahan yang diluar pengetahuannya itu. 
vs
Seseorang yang memakan makanan yang siang-siang lagi dia dah tahu ianya haram. Tetapi ia makan dengan selambanya tanpa rasa bersalah. 

Jelaskan soalannya? Saya rasa ramai orang tanpa berfikir panjang akan nampak perbezaan. Tentu kita akan berfikir mana ada orang Muslim Islam yang siuman jatuh pada kategori ke 2 itu. 
Tetapi hakikatnya, ramai orang Islam yang jatuh pada kategori ini. Mereka memberi keluarga mereka makanan yang haram dimakan. Makanan dari wang yang tidak halal. Makanan dari wang yang terhasil dari penganiayaan keatas orang lain. Rasuah, Riba dsb.

Didalam masyarakat kita, ada ibubapa yang sanggup lihat anak-anaknya berlapar asal apa yang masuk kedalam perut anaknya itu adalah yang halal. Pernah saya mengenali seorang ibu yang menangis sambil memasak bubur. Bila ditanya kenapa dia menangis dan dia berkata, dia kasihankan anak-anaknya, sudah berminggu-minggu makan bubur, Kerana beras yang terhad untuk mencukupkan keperluan sebulan, bubur adalah satu-satunya makanan yang kelihatan banyak bila dihidangkan. Bila anaknya komplen masih lapar, dia berkata kenapa tak baca bismillah sepanjang kita makan? Jangan baca doa makan masa mula hendak makan sahaja.. Dan anaknya terdiam.

Ada pula saya kenal seorang yang yang berprinsip lain... mereka beralasan Allah Maha Mengetahui sebab kenapa dia melakukannya - Baginya Ia adalah satu keperluan. Jika dia tak buat, tak makan anak bini dirumah. Mati kebulur. Dan kelihatan anaknya memang mewah dengan makanan. Inilah makanan yang zatnya halal tetapi rohnya haram. Setiap makanan jangan dilihat dari segi fizikalnya sahaja,Cuma kita lihat kandungan vitamin dan mineralnya sahaja. Ia juga punya roh. Ia punya tenaga tersimpan yang akan bertukar kepada tenaga lain didalam tubuh anak-anak kita. Ingat, didalam Prinsip Quantum Physics, tenaga tidak pernah mati.. ia hanya bertukar bentuk sahaja. 

Inilah dia punca anak kalau bijak mana pun dia akan melawan ibubapanya. Memang benar Allah Maha Mengetahui. Tetapi Allah juga Maha Adil. Allah tidak akan memberi takdir anak-anak mereka menjadi yang sama kepada kedua ibubapa ini kerana mereka sendiri adalah berbeza dalam menjaga apa yang Allah perintahkan.

lina karim

Rabu, 11 Jun 2014

Menggunakan Deria Sensitif Pada Bayi

Indahnya Islam... Bayi lahir, bapa disuruh azan dan iqamat di telinganya. Deria pertama yang disuruh gunakan dalam Islam adalah pendengaran.
Bila dikaji oleh sains, mereka mendapati bahawa bayi mempunyai pendengaran yang tajam dan sensitif, ini mungkin kerana latihan dari dalam perut dimana dunia mereka gelap dan kemahiran mendengar sahaja yang boleh mereka gunapakai. Semua bayi mempunyai deria penglihatan yang kabur ketika lahir. Mereka tidak dapat melihat ibubapa mereka tetapi mereka mengenal suara mereka semasa mereka masih dalam kandungan lagi.
Jika kita ambil pengajaran daripada ini, Islam menggalakkan kita memperdengarkan dengan yang elok. Menggalakkan kita menggunakan dan mempergunakan deria pendengaran pada bayi itu dahulu. 
Tetapi kita selalunya tidak mahu memerhati. Kita hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah sampai kerumah, ibu berpantang di bilik bersama bayi sambil melihat cerekarama/telenovela dll.  Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan salahkan mereka jika bila dewasa mereka menyerap apa yang telah diperdengarkan kepada mereka sedari bayi. Pendedahan semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak seolah-olah lukisan peta kehidupan yang akan dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti.
Alangkah baiknya jika pendengarannya disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari bayi kita diganggu oleh syaitan. Sebagai bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan melekat dalam otak mereka. Menjadikan mereka senang untuk melagukannya bila agak besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak yang akan diingat hingga mereka dewasa.
Sebab itu bila orang bertanya pada saya, puan ada guna pelbagai produk, produk apa yang patut saya gunakan dulu? Adakah Flashcard? Sebelum saya menjawab, saya akan bertanya umur anak. Jika ia masih baru lahir  guna CD Mengaji dahulu, Letak VCD atau flashcard depan mata dia pun, dia bukannya nampak.
Jika anak dah agak masuk zaman kanak-kanak, barulah boleh dua-dua sekali. Sambil melatih melihat flashcard, kita boleh perdengarkan mengaji diwaktu lainnya. Bila nak start menghafal, tak teruk mengajarnya. Kerja mengajar jadi mudah. Kita cuma betulkan sikit sana, sikit sini sahaja..
Apa pun, Sebelum mengajar anak, fahami peringkat umur mereka dan cara deria mereka bekerja kemudian susun aturkan sukatan pelajaran kita

lina karim

Selasa, 10 Jun 2014

Kisah Coklat Cadbury...2



Istihalah adalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti ---->bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. OK, baja najis kepada pokok atau air kumbahan yang terproses kenapa ia dibolehkan? Kerana..
  • Zat (molekul) air adalah selama-lamanya bersih (ini bertepatan dengan penemuan sains yang menyatakan bahawa air terdiri daripada molekul-molekul yang berasingan yang tidak boleh disebati oleh molekul lain).
     
  • Air tidak akan menjadi najis dengan sendirinya dan tidak larut dengan sesuatu elemen najis yang bercampur dengannya, tetapi air bertukar menjadi najis disebabkan ia membawa elemen najis.
Bermaksud jika elemen najis ini dipisahkan maka, contohnya jika air dari kolam kumbahan najis melalui proses penyulingan alami (semulajadi)... bertukar menjadi hujan, ia adalah air bersih suci lagi menyucikan dan jika pokok buah ia adalah boleh dimakan tanpa was-was buahnya. Bukan tak biasa kita makan buah yang bajanya adalah baja tahi ayam! Ini adalah kerana elemen najis itu telah dipisahkan oleh akarnya. Boleh periksa buah-buahan dipasaraya atau air hujan.. ada tak DNA ayam atau apa-apa DNA lain didalamnya. Tentu tiada..
Tetapi jika DNA najis berat berada dalam makanan, adakah ia dianggap telah menukar dan boleh dianggap istihalah? Itulah yang telah di perdebatkan oleh orang-orang dari pihak yang berwajib. Bagi saya yang dari pihak tak wajib ini :) yang mungkin akan menerima kritikan..  berfikir sendiri, jika kita terpegang najis busuk hangit kucing, kita boleh basuh dengan sabun sudah mencukupi, tetapi kenapa jika kita pegang anak babi yang telah disyampu dan dipakaikan bedak wangi pun, sabun tak cukup, kita perlu menyamaknya, cari air, cari tanah.
Bila DNA sesuatu makhluk dijumpai bermakna keadaan atau sifat zat asalnya tidak berubah. Jika dipegang tidak boleh, apa lagi jika dimakan dan dijadikan darah daging. Jika kita telah mengetahui maka hindarilah sedaya mungkin. Tetapi jika kita telah termakan, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Allah s.w.t mengetahui jika seseorang itu telah berusaha sedaya upaya mencari yang halal namun dengan tidak sengaja telah tertipu. Itulah yang menjadi perkiraan diakhirat nanti... Adakah kita telah berusaha mencari yang halal?
Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Darda’:
مَا أَحَلَّ اللهَ فَهُوَ حَلالٌ وَمَا حَرّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فًهُوَ عَفْوٌ فَاقْبَلُوْا ِمنَِ اللهِ عَافِيَتَهُ فإنّ اللهَ لَمْ يَكُنْ نَسِيّا
Maksudnya: Apa-apa benda yang Allah s.w.t. telah halalkan maka ia adalah halal dan apa-apa yang Dia s.w.t. telah haramkan maka ia adalah haram, manakala apa-apa yang Dia s.w.t. sengaja diamkan diri mengenainya maka ia adalah suatu pengampunan (keharusan daripadaNya) maka terimalah pengampunan tersebut daripadaNya kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mungkin akan lupa )tentang sesuatu pun dalam menentukan hukumnya(.[9]


lina karim

Kisah Coklat Cadbury ...1



Jika ramai orang lain bersuara melalui facebook mengenai isu Coklat Cadbury yang hangat diperkatakan baru-baru ini, saya pula ingin bersuara melalui emel ini. Isu Cadbury ini sebenarnya adalah satu hikmah untuk menyedarkan kita tentang apa-apa produk lain bahawa kadang-kadang betapa kita berhati-hati pun, kita tidak boleh menentukan kehalalannya. Nasib baiklah akhir cerita Cadbury ianya adalah HALAL.
Terpulang kepada kita untuk mengkonsumsinya atau tidak. Jika di kepala sudah was-was, walaupun ia diisytiharkan halal, janganlah di makan. Ingatlah bahawa minda kita sangat berkuasa! Mengikut kajian sains yang sangat popular tentang 'placebo effect', apabila minda sudah membuat keputusan dengan apa yang dimakannya itu, badan akan memberi tindakbalas yang selari berdasarkan keputusan tersebut. Sebab itu bila panadol tiruan berleluasa, kita sendiri tidak mengetahui akan hal itu kerana setiap kali kita telan panadol bila sakit kepala menjengah, kesannya tetap akan jadi seperti yang diharapkan. Peliknya 'Placebo Effect' ini sehingga sekarang saintis pun hairan bagaimana ianya boleh berlaku. Jika kita tidak mahu memakannya atas sebab kita tidak lalu untuk memakannya, janganlah kita menjatuhkan makanan tersebut sebagai haram dan mempengaruhi orang lain akan 'hukum peribadi' yang kita jatuhkan itu. Biarlah orang lain memakannya. Perbuatan ini sama saja seperti mengatakan air kosong yang halal sebagai arak yang haram sebab bermain-man dengan sengaja. Seperti yang kita tahu, makanan yang disiapkan oleh orang Muslim yang tidak solat pun boleh menyebabkan hati gelap. Bila hati gelap, kita malas untuk solat atau membaca al Quran. Inikan pula makanan yang tidak halal. Akan jauh larinya dari impian untuk mendapatkan hati yang terang yang mampu menghafal ayat-ayat al Quran. Oleh kerana al Quran itu suci, ia hanya suka kepada yang suci.  lina karim 


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa