Selasa, 15 April 2014

Surah Al Kahfi dan Dajjal Laknatullah

Surah yang telah dijanjikan kepada penghafalnya bahawa Allah akan menyelamatkan atau melindunginya dari Dajjal laknatullah. Saban hari saya membaca masyarakat kita mengaitkan sebarang perkaitan yang berlaku disekeliling mereka dengan konspirasi Dajjal. Bagi saya, seeloknya kita berhenti berkonspirasi kerana ia hanya akan menutup mata dan minda kita kepada kebenaran, jika ada kebenaran lain disebaliknya. Hanya dengan berkonspirasi tidak akan membawa kita kemana-mana. Cukup dengan meneliti apa yang Allah janjikan dan rebut janjiNya itu. Ia akan membawa kita ke satu ruang dimensi yang kukuh lagi teguh tanpa rasa takut bersemuka dengan apa pun jua termasuk berdepan dengan Dajjal itu sekalipun kerana Dia yang Maha Kuasa akan melindungi kita. Kerana Dia tidak pernah memungkiri janji. Itulah janjiNya pada surah al Kahfi pada mereka yang mahu mengamalkannya.  
  
Para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dalam imannya pun tidak sanggup untuk hidup di zaman Dajjal. Zaman itu telah diletakkan diatas bahu kita samada kita rela atau tidak. Jika tidak kita, mungkin anak cucu kita. Tiada siapa yang menyanggupi jika ditanya, tetapi ia tetap akan terjadi di zaman terdekat ini. 
Janganlah kita seperti kaldai yang tidak tahu apa yang terjadi ketika ia sedang terjadi. 
Jika Allah mahu menyelamatkan seseorang, Allah akan dekatkan seseorang itu dengan ilmu agamaNya. Semoga video ini bermanfaat https://www.youtube.com/watch?v=DVNX4yz5NgA. Ianya akan mengambil masa hampir 15 minit. Seperkara lagi, Allah tidaklah menjadikan sesuatu tanpa mengajarkan kita cara untuk mengatasinya. 10 ayat pertama surah Al Kahfi mampu membentengi diri kita dari semua ini.



Semoga kita dan anak-anak serta umat Islam seluruhnya terlindung
dari fitnah Dajjal akhir zaman yang akan/telah muncul ini!

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa