Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Khamis, 17 April 2014

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat



Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :
قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)
قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)
قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. (H.R Hakim didalam Mustadrak)
قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.

Selasa, 15 April 2014

Surah Al Kahfi dan Dajjal Laknatullah

Surah yang telah dijanjikan kepada penghafalnya bahawa Allah akan menyelamatkan atau melindunginya dari Dajjal laknatullah. Saban hari saya membaca masyarakat kita mengaitkan sebarang perkaitan yang berlaku disekeliling mereka dengan konspirasi Dajjal. Bagi saya, seeloknya kita berhenti berkonspirasi kerana ia hanya akan menutup mata dan minda kita kepada kebenaran, jika ada kebenaran lain disebaliknya. Hanya dengan berkonspirasi tidak akan membawa kita kemana-mana. Cukup dengan meneliti apa yang Allah janjikan dan rebut janjiNya itu. Ia akan membawa kita ke satu ruang dimensi yang kukuh lagi teguh tanpa rasa takut bersemuka dengan apa pun jua termasuk berdepan dengan Dajjal itu sekalipun kerana Dia yang Maha Kuasa akan melindungi kita. Kerana Dia tidak pernah memungkiri janji. Itulah janjiNya pada surah al Kahfi pada mereka yang mahu mengamalkannya.  
  
Para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dalam imannya pun tidak sanggup untuk hidup di zaman Dajjal. Zaman itu telah diletakkan diatas bahu kita samada kita rela atau tidak. Jika tidak kita, mungkin anak cucu kita. Tiada siapa yang menyanggupi jika ditanya, tetapi ia tetap akan terjadi di zaman terdekat ini. 
Janganlah kita seperti kaldai yang tidak tahu apa yang terjadi ketika ia sedang terjadi. 
Jika Allah mahu menyelamatkan seseorang, Allah akan dekatkan seseorang itu dengan ilmu agamaNya. Semoga video ini bermanfaat https://www.youtube.com/watch?v=DVNX4yz5NgA. Ianya akan mengambil masa hampir 15 minit. Seperkara lagi, Allah tidaklah menjadikan sesuatu tanpa mengajarkan kita cara untuk mengatasinya. 10 ayat pertama surah Al Kahfi mampu membentengi diri kita dari semua ini.



Semoga kita dan anak-anak serta umat Islam seluruhnya terlindung
dari fitnah Dajjal akhir zaman yang akan/telah muncul ini!

Rabu, 9 April 2014

Kisah Perang Badar dan 2 Orang Kanak-Kanak

Hari ni saya hendak bercerita tentang satu kisah yang mengajar kita yang bergelar ibubapa
supaya Berbicaralah Dengan Anak Mengikut Kapasiti Akal Mereka melalui sebuah kisah Rasulullah s.a.w.
 
Setiap kanak-kanak mempunyai kapasiti akal yang berbeza bergantung kepada pendedahan yang kita berikan. Sebab itu lebih awal kita dedahkan pendedahan yang betul maka lebih bijak mereka tumbuh besar jadinya. Semoga anak-anak kita membesar menjadi orang yang solah/solehah, hebat, bijak dan berguna kepada masyarakat Islam secara amnya. 
 
Dibawah ini adalah kisahnya..
 
Pada suatu hari, kaum Quraish dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam perjalanan keluar untuk memerangi orang Islam di Badar. Orang Mukmin pun bersiap sediia. Oleh kerana Madinah dan Badar dekat, maka... kaum Muslimin sampai dulu. Disana mereka terjumpa 2 orang kanak-kanak. Mereka ini ditanya bagi mengetahui informasi tentang kekuatan  tentera Quraish ini. 
Ditanya.. "Anak kecil, berapa jumlah tentera orang musyrik itu. Kamu kan sudah melihat mereka?" 
Anak kecil itu menjawab... "Demi Allah, mereka itu banyak dan mereka sangat2 ganas"
 
Setiap kali kaum muslimin bertanya soalan itu, anak itu menjawab sama. Kaum muslimin ada antaranya tidak sabar dan memarahi serta memukulnya hingga timbul kekecehon. Lalu  mereka akhirnya membawa kanak-kanak itu berjumpa Rasulullah s.a.w. Anak kecil itu pun ditanya olah Rasulullah s.a.w soalan yang sama, dan jawapan anak itu tetap sama..
 
Maka Rasulullah s.a.w berfikir sejenak dan kemudian bertanya soalan lain.. "Mereka itu setiap hari berapa unta yang disembelih ya?"  Anak itu menjawab.. "Mereka menyembelih 10 ekor unta setiap hari!!.. 
 
2 perkara yang boleh dipelajari dari kisah ini..
 
---> Semoga kita mencontohi Rasulullah s.a.w.. menjadi ibubapa yang bijak berbicara dgn anak kita mengikut kapasiti akal mereka. Tidak memarahi anak jika mereka tidak faham atau tidak memberi jawapan yg kita mahukan.
--->  Ajarkan ilmu Matematik itu seawal mungkin kepada anak kerana peri pentingnya ia dalam 
segala hal dan bidang...Dunia dan Akhirat
 
Jawapan :  Anggaran Rasulullah, tentera Musyrik berjumlah 1000 orang kerana 1 ekor unta adalah untuk 100 orang. 
Jika 10 ekor unta, maka ianya cukup untuk hidangan makan 1000 orang.
 


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa