Keistimewaan Anak Perempuan
Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.
Kanak-Kanak Overdose Vitamin
Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.
Resepi Bayi
Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda
Genius
Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif
Bestnyer Main Buih Sabun
Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun
Impak Kem Motivasi
Impak positif daripada kem motivasi
Tips Cepat Masak Untuk Ibu Sibuk Bekerja
Save cooking time
Senarai Simple Recepi For Breakfast
Pelbagai variasi senarai resepi ringkas
21 Tempat Menarik Di Malaysia
Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb
Selasa, 30 Disember 2014
Sumbangan Mangsa Banjir
Seperti yang dimaklumi banjir besar melanda negara terutama di wilayah pantai timur amat terkesan buat mereka yang terlibat kerana kehilangan hampir keseluruhan harta benda di samping tempat berpaut. Oleh itu atas dasar keprihatinan itu pihak syarikat Tunnelbiz melalui website www.terpakai.my bersedia untuk mengerakkan satu INISIATIF BANTUAN MANGSA BANJIR bagi bersama-sama meringankan beban mangsa banjir selain berganding bahu dengan pasukan keselamatan dalam menghadapi bencana ini...
Jika ada di antara anda ingn menderma barangan keperluan terpakai yang berkeadaan sangat elok, boleh digunakan seperti barang elektrik dan pakaian bolehlah disalurkan dengan mengiklankan di www.terpakai.my dan kami akan terus foward iklan ini ke badan2 kebajikan dan pasukan keselamatan banjir. Perkhidmatan pengiklanan adalah percuma. Ini adalah untuk saudara mara kita yang kurang berkemampuan dan amat merasai keperitan atas ujian getir ini. Harap ramailah pihak sudi membantu.
Isnin, 29 Disember 2014
Sorotan Peristiwa Besar, Bencana Alam 2014 Tahun Dukacita Malaysia
Pelbagai peristiwa besar menjadi
sorotan utama dalam negara kita Malaysia. Seharusnya pelbagai peristiwa besar
ini yang merupakan ujian, dugaan, dan cabaran buat negara kita dijadikan
iktibar buat kita agar bersatu padu dengan mengenepikan segala hal dengan
perbezaan pendapat, pegangan terutama berkaitan politik bukan hanya golongan
marhaen tapi untuk semua pihak dengan mengekang keegoan dan tidak menabur
fitnah yang memecah belahkan tanpa memastikan kesahihannya.
Satu demi satu episod besar
terjadi di negara kita seharusnya ia dijadikan pedoman untuk kita lebih kuat
menongkah segala kemungkinan mendatang, bukan hanya menuding jari menyalahkan
sesiapa. Dugaan dan rintangan ini merupakan permasalahan bersama, ujian ini
diturunkan menyeru agar masyarakat gembleng tenaga dan bersatu.
Pelbagai peristiwa besar terjadi
di Malaysia membuka mata dunia mengenali negara kecil Malaysia secara lebih
dekat. Bermula peristiwa besar yang menggemparkan negara dengan kehilangan
pesawat MH370 milik MAS pada 8 Mac 2014 waktu Malaysia sehingga kini belum
diketahui statusnya. Sepatutnya, musibah yang terjadi pada pesawat itu
menyebabkan kita lebih dekat kepada Allah, lebih menghargai apa yang kita
ada terutama anak-anak kita yang akan
menjadi penolong dunia akhirat kita. Kita terlupa walau bagaimana asyiknya kita
menjenguk mencari khabar terbaru dan terkini, khabar itu akan mengikut 'takdir'
yang telah ditetapkan akan berlaku mengikut kehendakNya.
Belum redha tentang kehilangan
pesawat MH370 satu lagi peristiwa besar
yang menggemparkan negara yang sangat tragik dan tragis iaitu pesawat MH17 juga
milik MAS ditembak di Ukraine bersempadan dengan Rusia pada 17 Julai 2014 bulan Ramadhan satu lagi tamparan besar
buat MAS yang masih belum redha dengan musibah yang berlaku. Pesawat MH17 dari
Belanda ke Kuala Lumpur dilaporkan ditembak dan mengorbankan seluruh penumpang
dan anak kapalnya.
Ketika tragedi MH17, ramai yang
mengeluh sambil bertanya, kenapalah yang menembak itu tidak memilih kapal
terbang yang lain untuk ditembak? Kenapalah kapal terbang milik Malaysia juga menjadi
pujaan mereka? Bagai jatuh di timpa
tangga. Sudahlah apa yang terjadi pada MH370 tidak selesai lagi, timbul pula
MH17. Menerima takdir itu adalah sukar dan ianya adalah amalan orang muslim
beriman, tetapi menerima dan juga mengetahui akan ada hikmah di sebalik takdir
itu adalah amalan orang muslim yang beriman dan juga yang bijak berfikir. Atau sekurang-kurangnya, jika kita tidak
menganalisis, hati kita dengan penuh yakin mengetahui akan ada hikmah disebaliknya.
Disebalik tragedi ini dalam pada Palestin menghadapi krisis yang sangat getir
dan meruncing mereka masih menyebut nama Malaysia melalui peristiwa ini. Palestin dan Israel menyebut nama Malaysia pada hari
yang sama dan kerana sebab yang sama! Allah menurunkan musibah ini kepada
Malaysia kerana kita di Malaysia ini adalah pilihanNya. Jika kita melihat
rakyat Palestin adalah manusia yang terpilih, rakyat Palestin juga
melihat kita sebagai manusia diluar Palestin yang terpilih.
Khalid
Meshaal, Pemimpin Hamas:
“Seperti mana kita bersedih akan kapal
terbang Malaysia yang ditembak jatuh oleh pemberontak, begitu jugalah kami. Dan
aku secara peribadi sangat bersedih di atas apa yang menimpa Malaysia kerana
mereka adalah saudara kami dengan rakyatnya
yang mulia dan kerajaannya yang rakyatnya yang mulia dan kerajaannya yang
terhormat”.
Bagaimana
seorang yang sedang dalam ujian yang besar bagi diri, negara dan agamanya
boleh berfikir tentang orang lain adalah sangat mengharukan.
Dari kisah mengenai dua pesawat tersebut sorotan bencana demi bencana melanda negara dan yang terkini fenomena banjir besar melanda negara. Seperti diketahui umum, beberapa negeri di tanah air kini sedang bergelut dengan bencana banjir malah di sesetengah tempat, ia mencatat sejarah sebagai bencana terbesar sejak sekian lama. Bukan sahaja mangsa banjir, malah anggota keluarga dan waris mangsa berada dalam keadaan tak senang duduk memikirkan keselamatan orang tersayang yang berada jauh di kawasan terjejas banjir tanpa dapat dihubungi. Paling teruk terjejas banjir adalah negeri Kelantan di mana jajahan Gua Musang dan Kuala Krai lumpuh ekoran kenaikan paras air yang mendadak sehingga kampung Manik Urai hilang dalam peta Malaysia. Ia ibarat tsunami kecil melanda negara bezanya tsunami sebenar banyak mengorbankan nyawa dan harta benda. Banjir yang disebabkan fenomena kedudukan bulan yang berdekatan dengan bumi itu mengakibatkan air pasang besar di Pantai Timur serta hujan lebat terus menerus di Pantai Barat, demikian dilaporkan berbagai media tempatan
becerita mengenai mendia makin kita jenguk media, makin
banyak keburukkan, kelemahan dan tuduhan pelbagai yang kita baca. Makin
bertambahlah dosa. Dosa mengumpat fitnah situkang beri dan situkang dengar atau
baca sama sahaja. Pernah dulu terfikir tanda-tanda akhir zaman iaitu fitnah
berleluasa bagaimana ia disampaikan? Sekarang kita sudah tahu melalui pelbagai
saluran media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan pelbagai lagi,
bijaknya mereka menggunakan medium ini memudahkan mereka menyampaikan cerita
yang tidak benar sehingga ia menjadi viral. Astaghfirullah..
Ingin diperjelaskan bahawa isu
yang berlaku dalam negara kita ada kaitan dengan hadith Nabi S.A.W yang
mengarahkan kepada kita untuk membaca dan menghafal ayat Surah al-Alkahf ayat
1-10. Bagi menghadapi ujian bencana banjir di Kelantan khususnya dan Malaysia
secara amnya termasuk Pesawat AirAsia QZ8501 adalah dengan menghafal ayat 1-10
Surah Al-Kahf. Sebab apa? Kita adalah umat akhir zaman sedang bergelut dgn
ujian yg pelik. Pelik, hairan, dan terus menerus...InshaAllah dengan membaca
1-10 ayat Surah al-Kahf, hujan akan berhenti turun dan bumi akan menelan air
banjir, perancangan musuh Islam juga akan gagal. Ingat ini adalah pesanan
Rasulullah S.A.W. Doa adalah senjata orang mukmin.
2014: kehadiranmu dinanti penuh debaran
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan.
Mengharap sinar, harapan dan senyuman.
Namun siapa sangka...
Kau menduga..Kau menguji kami penuh cabaran.
-Mac 2014
Perginya MH370 tanpa berita..
Perginya penuh tanda tanya..
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak.
-April 2014
Empangan kami kering
Alam tidak sudi memberi kami air..
Catuan air hingga berbulan-bulan lamanya..
Mengajar kami untuk tidak membazir..
Tidak cukup dengan itu..
Alam seolah-olah memarahi kami..
Jerebu menduga kami..
Seksanya hidup menyedut udara kotor..
Mungkin dari kesilapan dan kehilafan kami sendiri..
-Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa..
Hati kami bagai direntap..
Perginya MH17 tidak kembali..
Kami terduduk..
Menangisi dan meratapi perginya Mh17..
Seolah-olah orang tersayang berada di sana..
-September 2014
Satu persatu Kau bongkarkan
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa..
Kebocoran kertas soalan UPSR..
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa..
-Disember 2014
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi..
Air banjir yang membawa kemusnahan..
Meruntun hati kami..
Namun kami tahu..
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu..
Kini..
Saudara kami QZ8501 juga telah pergi
Membuat kami bersedih lagi..
Membuat kami meratapi dan mengenang kembali MH370 dan MH17..
Betapa Kau sayangkan kami..
Kau hantarkan petandaMu...petunjukMu...ujianMu
Agar kami mengingatiMu..
Supaya kami tidak lupakanMu..
Namun..
Tetap jua kami buta..
Buta dalam menilai cinta agungMu..
Kami alpa kepadaMu..
Kami jauh daripadaMu..
Kami kejam dengan bumi..
kami abaikan saudara kami..
Kami pentingkan diri!
Kerana kuasa, harta dan kedudukan..
Kerana merasakan dunia ini milik kami..
2015..
Kembalikan sinar, harapan dan senyuman kebahagiaan kami..
Bawalah air matamu 2014..
Pergilah bersama derita 2014..
Bersihkanlah kesan hitammu 2014
MH370 Kami masih menantimu..
MH17 kami harap kamu tenang di sana..
QZ8501 kami harap kamu damai di sana..
Buat mangsa banjir
Tabahkan diri dan kuatkanlah hatimu..
Buat pengajaran kami terima kasih 2014..
kami ambil iktibar atas semua yang berlaku..
2014: kehadiranmu dinanti penuh debaran
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan.
Mengharap sinar, harapan dan senyuman.
Namun siapa sangka...
Kau menduga..Kau menguji kami penuh cabaran.
-Mac 2014
Perginya MH370 tanpa berita..
Perginya penuh tanda tanya..
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak.
-April 2014
Empangan kami kering
Alam tidak sudi memberi kami air..
Catuan air hingga berbulan-bulan lamanya..
Mengajar kami untuk tidak membazir..
Tidak cukup dengan itu..
Alam seolah-olah memarahi kami..
Jerebu menduga kami..
Seksanya hidup menyedut udara kotor..
Mungkin dari kesilapan dan kehilafan kami sendiri..
-Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa..
Hati kami bagai direntap..
Perginya MH17 tidak kembali..
Kami terduduk..
Menangisi dan meratapi perginya Mh17..
Seolah-olah orang tersayang berada di sana..
-September 2014
Satu persatu Kau bongkarkan
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa..
Kebocoran kertas soalan UPSR..
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa..
-Disember 2014
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi..
Air banjir yang membawa kemusnahan..
Meruntun hati kami..
Namun kami tahu..
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu..
Kini..
Saudara kami QZ8501 juga telah pergi
Membuat kami bersedih lagi..
Membuat kami meratapi dan mengenang kembali MH370 dan MH17..
Betapa Kau sayangkan kami..
Kau hantarkan petandaMu...petunjukMu...ujianMu
Agar kami mengingatiMu..
Supaya kami tidak lupakanMu..
Namun..
Tetap jua kami buta..
Buta dalam menilai cinta agungMu..
Kami alpa kepadaMu..
Kami jauh daripadaMu..
Kami kejam dengan bumi..
kami abaikan saudara kami..
Kami pentingkan diri!
Kerana kuasa, harta dan kedudukan..
Kerana merasakan dunia ini milik kami..
2015..
Kembalikan sinar, harapan dan senyuman kebahagiaan kami..
Bawalah air matamu 2014..
Pergilah bersama derita 2014..
Bersihkanlah kesan hitammu 2014
MH370 Kami masih menantimu..
MH17 kami harap kamu tenang di sana..
QZ8501 kami harap kamu damai di sana..
Buat mangsa banjir
Tabahkan diri dan kuatkanlah hatimu..
Buat pengajaran kami terima kasih 2014..
kami ambil iktibar atas semua yang berlaku..
Akhir kata, kemunculan
orang-orang Timur yang disabdakan Rasulullah S.A.W. mungkin hampir tiba
untuk memberi kejutan pada dunia. Masa untuk fasa kebangkitan Islam
mungkin sudah hampir. Tiada siapa pun mengetahui. Memang impian kita untuk Salahuddin Al Ayubbi yang
pernah membuka Palestin satu waktu dulu, ada untuk membela nasib saudara kita
di Palestin. Atau impian kita untuk Sultan Muhammad Al Fateh yang
pernah menawan kota Konstantinopal (Turki) satu waktu dulu, ada untuk memenangkan kita
dan Palestin. tetapi semuanya telah tertulis bukan dua susuk tubuh ini yang
akan membantu kita di zaman ini.
Untuk
pengetahuan, dua susuk tubuh ini adalah orang bukan Arab yang digeruni oleh orang Kafir dan dikagumi oleh orang
Islam hingga ke hari ini. Hinggakan paderi-paderi Kristian berdoa supaya
tiada lagi al Fateh baru yang akan dilahirkan di dunia ini. Mereka juga adalah golongan penghafal Al Quran
Demikian “Akan keluarlah
manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.” Dari Ibnu Majah dan Tabrani
daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi (Dari kitab Al Hawi lil
Fatawa oleh Imam Sayuti).
Masa untuk fasa kebangkitan Islam mungkin sudah hampir. Tiada siapa pun mengetahui. Adakah kemungkinan orang Timur yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W juga orang bukan Arab? Wallahualam gst malaysia
Isnin, 22 Disember 2014
Basket's Toys
Dua2 anak teruna aku mase kecik
memang perangainya sama kot suka duk bakul mainan time main2 tu. Tapi dalam
banyak2 bakul mainan mereka suka yang nie blue basket. Lepas duduk lama2 dalam bakul dikumbahkan semua mainan tu…
iskh2 letih koje asyik mengemas barang yang berterabur je. Kalau dlu Dania dan
Haikal kecik lagi tapi sekarang sudah besar boleh disuruh tolong kemaskan mainan.
Kalau adiknya Hakim yang buat aku minta diorg kemaskan jugak tapi tengok mood
merekalah.
Tapi gaya permainan Hakim lagi
meletihkan die suka sangat tengok mainan jatuh dari tempat tinggi terutama
bola. So kejenya memang selalu bertenggek dekat area tangga memang sangat
membahayakanbut sekarang dia lagi expert orang nak amik memang dia marah. Kalau
dlu masa Dania dan Haikal kecik2 memang suka main2 baling2 mainan dari tempat
tinggi juga tapi masa tu duduk kat apartment. Tempat favourite mereka ialah kat balcony sebab kat situ ade rumah kecik cam
khemah aku letak semua toys diorang dalam tu.
Cuma masalahnya lepas tu diorang
main baling2 ke bawah habis rosaklah toys tu and memang aku dah tak kutip dah
malu satu hal then maybe toys tu rosak kot kena baling. So semua mainan tu
mungkin cleaner yang kutiplah. Confirm ramai lah orang marah sebab anak-anak
aku main baling2 barang habis sepah2 maybe dia cakap apalah mak and ayahnya tak
tengok anak-anak main baling2 mainan. Nasib baik bacolny tu tak menghadap
tempat parking tapi surau kalau tidak abis kereta orang cuma risau kena orang
time nak pegi solat kat surau .
Ahad, 21 Disember 2014
Ilmu Yang Perlu Ada Untuk Kanak-Kanak Generasi Hadapan
Memang sebagai parent kita
sentiasa ingin memikirkan sesuatu yang terbaik buat anak-anak. Jika
membaca penulisan Puan Lina kita akan sentiasa terfikir-fikir dan membuat persoalan
"oh patut la, memang patut pun buat macam tu". Memang penulisan Puan Lina
dalam Islamic Parenting sentiasa dijadikan rujukan. Perkongsiannya ringkas
tapi padat merangkumi semua aspek.Terlampau banyak ilmu yang ingin kita cedok
di dunia namun yang penting keseimbangan dunia dan akhirat. Yang paling penting
anak-anak akan sentiasa istiqamah dengan apa yang mereka belajar dengan pengetahuan
di sekolah, rumah mahupun dunia luar. Moga yang baik itu menjadi ikutan
InsyaAllah.
Lagi 2 weeks sekolah akan bermula, memang betul pengalaman menghantar anak ke sekolah dan bila berjumpa ibu-ibu lain yang juga menghantar anak mereka, apa yang kita lihat mereka kelihatan sangat mengambil berat tentang prestasi anak-anak mereka disekolah. Antara topik yang hangat bila kami berjumpa sewaktu mengambil keputusan peperiksaan adalah, di mana hantar anak Tuisyen atau apa-apa kelas tambahan bila mereka tahu akan keputusan anak masing2. Kita akan lihat, ibu yang ada anak yang lebih besar akan membandingkan prestasi anaknya yang kecil dengan anaknya yang besar itu ketika umur yang sama mereka sangat stress dengan keputusan jika ianya tidak seperti yang mereka harapkan. Tiada apa yang perlu dikejarkan dengan ilmu dunia yang berada di kurikulum sekolah itu samada apa pun nama sistem pentaksirannya sekarang atau yang akan datang nanti. walaupun kita tahu ia baik untuk majoriti, namun masing2 mahukan kelainan untuk anak-anak agar tidak terlalu bergantung pada penilaian atas kertas atau sekarang sudah online apa yang penting adalah kendiri mereka.
Cuba kita teliti apa yang ibu Sultan Muhammad Al Fateh, Huma Hatun berikan pada anaknya hingga anaknya menjadi seorang yang hebat moga menjadi ilham buat ibu bapa zaman sekarang. Meneliti dan menelurusi apa yang menyebabkan beliau hebat, adalah kerana ilmu yang ada padanya. Ilmu itu menyerlahkan aura kepimpinannya. Setiap raja boleh menjadi raja dalam negaranya sendiri tetapi tidak semua boleh menjadi raja yang memimpin rakyatnya atau tenteranya untuk menakluk negara lain. Raja seperti ini perlu aura yang lebih tinggi dari raja yang senang lenang duduk di singgahsana. Sultan Muhammad Al Fateh adalah Raja terbaik seperti yg disabdakan dalam hadis Rasulullah SAW yang memimpin tentera yang terbaik.Jika beliau hidup dizaman ini, pernahkah kita terfikir apakah ilmu yang ibunya akan berikan kepada ‘al fateh junior’nya ini? Di bawah adalah apa yang difikirkan ilmu yang relevan dalam dunia yang semakin bergerak pantas, untuk anak-anak ketika masih kecil lagi yang berkemungkinan besar juga telah dikuasai oleh al Fateh.
Ini adalah perkongsian yang rasional dikongsi dari Islamic Parenting
Kemahiran Speed Calculation
Sultan Muhammad Al Fateh adalah
seorang yang bijak dalam bidang Matematik, Sains dan Kejuruteraan. Asas yang
perlu untuk penguasaan bidang ini adalah kemahiran pengiraan (calculation).
Jika ia dipertingkatkan kelajuannya maka lebih tinggilah penguasaannya. Bukan
mudah untuk menyusun sumber negara termasuk ketenteraan jika tidak tahu matematik
dizaman yang tiada calculator dan komputer.
Sultan Muhammad Al Fateh menguasai ilmu cabang Sains dan juga 6 bahasa! Ini semua pada umurnya 17 tahun. Sebahagian riwayat berkata pada umur 21 tahun. Jika dia tiada mempunyai kemahiran speed reading ini, mana mungkin dia menguasai banyak ilmu dengan waktu yang pendek.
Jangan terlalu lama membiarkan anak-anak memandang satu jarak yang sama pada waktu yg lama. Contohnya ipad atau tv. Perkakasan yang melalaikan ini memang hebat dalam melalaikan dan merosakkan umat Islam. Speed reading memerlukan mata yang berkeadaan baik dan terlatih.
Kemahiran Mind Mapping
Sultan Muhammad Al Fateh adalah seorang perancang yang
teliti. Sebelum beliau pergi ke Kota Konstantinopal, beliau telah memulakan
dengan menghantar penyiasat ketenteraan lama sebelum beliau memimpin tenteranya
ke kota itu bagi mengumpul pelbagai maklumat. Penyiasatan dan perancangan yang
teliti ini perlu diajar kepada anak2 kita untuk dia merancang apapun yang diimpikan
dalam hidupnya.
Kemahiran Pengurusan Kewangan
Pada ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fateh, negaranya itu mempunyai simpanan khazanah yg paling tinggi dalam dunia islam ketika itu. Ini menunjukkan bahawa beliau juga bijak dlm pengurusan kewangan. Jangan salah faham bijak matematik tidak semestinya bijak memguruskan kewangan. Kalau tidak, takkan kita mempunyai ramai lepasan siswazah yang bankrup sejurus sahaja mereka melangkah masuk bidang pekerjaan. Peratusnya pula semakin meningkat. Adakah kerana mereka tidak pandai matematik? Tidak.
Pengurusan kewangan ini perlu diajar sejak kecil. Financial Literacy for kids. Program ini popular untuk ibubapa bangsa lain. Contohnya interest,base rate compunding interest yang diamalkan oleh pihak kapitalis. Ia memang haram tetapi anak kita tetap perlu tahu bagaimana perkara haram ini berfungsi dan menyerap dalam kehidupan kebanyakkan orang islam sejak mereka dari kecil lagi. Ini kerana satu hari dia akan menguruskan kewangan dirinya sendiri, atau jika dewasa kewangan keluarganya, perniagaannya, persatuannya dll.
Kemahiran Programming
Sultan Muhammad Al Fateh sangat bersungguh untuk memdapatkan ilmu teknologi tinggi dizamannya. Jika tidak, dia mungkin tidak berfikir untuk mendapatkan kepakaran membina meriam untuk ketenteraannya. Beliau adalah manusia pertama yang menggunakan teknologi meriam didalam peperangan.
Jika beliau hidup didalam teknologi maklumat ini, sudah pasti dia juga mahukan teknologi maklumat untuk umat Islam.
Mendiang Steve Jobs pernah berkata, “I think everybody in this country should learn how to program a computer — because it teaches you how to think. – Steve Jobs“
Mungkin rentetan dari itu atau kerana kesedaran yang telah ada sebelum itu, Masyarakat Barat telah pun mula mengajar programming untuk anak anak yang mereka panggil… Programming for Kids atau Coding for Kids.
Kini dunia lebih cepat ditakluk dengan menggunakan teknologi maklumat kita boleh lihat akan keperluan ini untuk umat Islam. Namun ia lebih sempurna jika ciri-ciri itu berlandaskan intipati al-Quran
sumber: Islamic Parentinghttp://epinjamanperibadi.blogspot.my/2015/03/bank-rakyat-personal-loan.html
Khamis, 18 Disember 2014
Doa Anak Soleh Penebus Ibubapa Dari Masuk Neraka
Nabi Musa A.S adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.
Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah S.W.T. Nabi Musa A.S sering
bertanya dan Allah S.W.T akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya
yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah S.W.T ; “Ya Allah, siapakah
orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah S.W.T pun menjawab
dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa A.S turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa A.S ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu
dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk
di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik
dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa
terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh
kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak
lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang
lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga
kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya
dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
Tanya Nabi Musa A.S; “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”,
jawab pemuda itu. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat
begitu.” Kata Nabi Musa.“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah
telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka
dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya
tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua
ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah
menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.” sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon
supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah
masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah S.W.T menurunkan wahyu kepada Nabi Musa
A.S.
‘Wahai Musa, inilah orang yang akan
berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada
kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti
juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi
Kami.”Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam
anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya
yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam
syurga.”
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa
yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan
syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah
dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di
akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan
kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana
mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa
kita diampuni Allah S.W.T
Sumber: Islamic Parenting
Sumber: Islamic Parenting
Selasa, 16 Disember 2014
SSC Babywearing
Sebelum guna SSC (Soft Structured
Carrier) memang aku ada guna yang non ergonomic babycarrier tapi yang
mengendongnya bukan akulah tapi selalunya my husband. Memang babycarrier yang
jenis macam nie murah but kurang proper terutama dari segi keselesaan baby atau
toddler dan juga badan kita mudah mendapat sakit belakang. Aku penah cite
penggunaan babywearing yang ergonomic dan kesan babycarrier yang non ergonomic pada
baby dan toddler. Cuma gambar dia dah hilang ekoran terdelete sebelum ini di
store google plus. So untuk recall I will story again bagi yang ingin tahu dan
plan nak pakai jumpsac ini. Before this aku pun hanya dengar taklimat now aku
dah pakai pun SSC nie.
Sebenarnya penggunaan babywearing
biasa yang hanya meyokong punggung mcm crotch carrier tu boleh menambahkan masalah Hip
Dysplasia jika baby tersebut ada masalah ini. Apa itu Hip Dysplasia iaitu keadaan tulang pinggul yang tidak stabil
atau terkehel biasa terjadi semasa bayi yg baru lahir. Oleh itu jika mengendong
bayi dalam keadaan paha dan kaki berjuntai mangakibatkan gangguan pada soket
pinggul bayi. Di mana bayi akan mengalami masalah kesukaran berjalan. Bayi yang
terkena Hip Dysplasia tidak mengalami apa2 kesakitan.
Babywearing Faedah untuk anak:
- membantu tumbesaran- anak yg dikendong lebih senang ‘preserve body heat’ dia, so dia tak banyak membakar lemak sendiri untuk memanaskan badannya. So lagi senang naik berat badan. Terutama bayi kecil dan pramatang. Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang selalu dikendong ‘KANGAROO CARE’ lebih cepat naik berat badannya. Kangaroo care, dalam konteks bayi pramatang juga, bagus untuk merangsang pernafasan bayi dan mengelakkan ‘sleep apnoea’ syndrome (di mana bayi berhenti bernafas tanpa rangsangan)
- merangsang deria- sentuhan, penglihatan, bau, rasa, pernafasan- sebab anak sentiasa dekat dgn kita, dia disentuh selalu, dia boleh nampak sekeliling ‘sama level’ dgn org dewasa, dia boleh bau dan ‘rasa’ kita. Semua tu boleh bantu merangsang bayi
- membantu anak membesar menjadi lebih yakin dan berdikari-
camana tu? Haa… kalau masa kecik kita sentiasa ada dekat baby (atau baby
rasa macam mak dia sentiasa ada bila dia perlukan maknya- sebab mak dia gendong
dia la kan?), dia akan rasa lebih yakin bila dia besar nanti. Dia akan sentiasa
tahu yang mak dia akan sentiasa ada bersamanya (walaupun tak secara
fizikal) dan akan sentiasa menyokongnya. Logik tak? So, kalau ada makcik2
yang tegur- kau kendonglah selalu, nanti anak kau nak menempekkkk
je- ermmm makcik, baby memang perlukan maknya lepas lahir, dekat 9 bulan
atau lebih jugak lah, lepas tu dia pandailah dia berdikari…
*makcik tak pernah dengar pasal NINO ke? Nine in Nine out?<– ececeh… jgn la cakap camtu nanti makcik terasa hati laks ishhh…
- melegakan kembung perut- bayi baru lahir la especially,
selalu kembung perut. Bila dah kembung, melalak je la kerjanya. Letak,
nangis. Dukung, diam.. Adeh.. letih dik… mak nak rehat jugak. Jadi, apa
penyelesaiannya? Gendong lah.. letakkan dia dalam prompt up position
(tummy to tummy)- tegak; pakai dia rapat2.. inshaAllah legalah dia.
Kita pun boleh la tido sambil peluk baby *make sure baby tak jatuh tau?*
dan tangan kita pun tak lenguh…
Laki pun tak tension.Aman bahagia ;)
Babywearing Faedah untuk ibu bapa:
- Membantu ibu bapa menjalankan aktiviti harian- semua benda boleh buat! Masak, mencuci, shopping… you name it- semua boleh buat inshaAllah. So takde alasan takleh buat kerja rumah sebab baby asyik nak dukung je…
- Mengurangkan kecederaan pada tangan, tulang belakang dan lain2 anggota badan- self explanatory
- Membantu ibu bapa bersenam dan mengeluarkan peluh! Bayangkan banyak mana kalori boleh dibakar dengan berjalan dengan ‘beban’ 10-20kg kat belakang… fullamak.. kejap je selim melim…
- Memudahkan pemantauan anak, especially kat shopping complex atau mana2 tempat yg crowded. Tak larat dah nak baca pasal budak kecik yang hilang kat mall. Sedih hati mak. Pakailah mereka, gendong mereka, jangan bagi mereka berkeliaran. Please lah…
- Tak payah tolak stroller kat tempat sempit (
eee lemas tengok orang tolak stroller kat Baby Fair), or naik escalator- bahaya tau- kadang2 tayar stroller tu terlekat bila dah sampai atas/bawah- boleh terbalik stroller tu.. cian baby! Lagi satu… most babies tak suka baring/ duduk dlm stroller. Mesti nak dukung gak. So, babywear la senang skit.Tambah sikit penggunaan stroller mengundang bahaya ada kes baby kena kipnap tanpa parent sedar pun so beware.
First time try SSC nie memang bestlah
sangat. Kita akan akan rasa badan kita seperti langsing although memang aku
selim melimkan disebabkan badan kita dalam posisi menegak dan mengurangkan
keregangan pada bahagian belakang badan. So it’s was good for parent right.
Then for baby dan toddler penggunaan babywearing yang ergonomic akan support
bahagian peha so kaki tidak berjuntai atau tergantung so give bad effect for baby or toddler seperti yang telah diceritakan.
And baby or toddler rasa seperti
didukung dan dipeluk dan yang paling penting rasa selesa dan selamat.
Penggunaan yang non ergonomic babywearer mengakibatkan tekanan daya pada celah
kangkang kanak-kanak tersebut & menyebabkan sendi pinggul mengalami masalah
So harap adalah kiranya company babywearing yg ergonomic sudi nak membayar aku
atas review aku yang terbaik dan terhebat ini...hahahah …walhal mereka sudah
untung besar….huhuh…
see baby Hakim feel sangat selesa dan lena dibuai mimpi.......
Kaedah Hafazan Neuro Nadi – Kemampuan Menghafaz Al Quran Dengan Turutan Terbalik
1. Kanak-kanak perlu tahu nombor dan turutannya
Sebelum mempelajari teknik ini, kanak-kanak perlu
tahu nombor dan turutannya . Untuk surah Juzuk Amma dia perlu tahu nombor 1- 47
kerana surah terpanjang dalam Juz Amma mempunyai 47 ayat. Boleh juga bermula
jika dia hanya tahu no. 1-3 sahaja tetapi hanya surah yang mempunyai 3 ayat
sahaja yang boleh diaplikasikan dengan teknik ini. (Cth surah al Ikhlas)
2. Ajar kanak-kanak ‘mesra’ dengan nombor-nombor atau lebih baik ajarlah mereka matematik atau Mental Arithmetic seawal mungkin.
Ini supaya mereka mudah dan biasa dengan nombor
dan boleh mengaitkan nombor itu dengan ayat al Quran. Contohnya mereka perlu
lancar menjawab selepas nombor 8 adalah 9. Tetapi jika mereka masih perlu
mengira dari 1..2…3…4 – 9 untuk mengetahui jawapannya adalah 9 (kebiasaan
kanak-kanak awal pra sekolah adalah seperti ini), bermakna teknik ini belum lagi
sesuai untuk mereka. Kita tidak mahu mereka sibuk mengira ketika sedang membaca
dan menghafal al Quran.
3. Kanak-kanak Perlu Dilatih Otak Kanannya untuk meningkatkan “Kemahiran Photographic” Memory Mereka
Latihan itu berguna untuk
intro yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang ingin didedahkan dengan Teknik
Hafazan Nadi AlBahdadi ini. Mereka perlu diajar tentang menangkap memori untuk
disimpan sebagai imej visual dalam otak mereka supaya kemudian boleh
mengeluarkan imej tersebut walaupun ianya telah tiada. Atau dalam Bahasa
Inggerisnya ‘Photographic Memory’. Teknik Nadi Neurofisiologi ini memerlukan
kanak-kanak mengingat apakah ayatnya dan dimanakah kedudukan ayat tersebut.
Contohnya Surah An Naba’ dibawah ini.. posisi kedudukan ayat adalah seperti
dibawah. Seorang kanak-kanak itu perlu dengan cepat perlu mengingat
dan mengetahui dibawah no. 3 adalah no. 6, atau kedudukan diatas nombor 8
adalah no. 5. Kemudian kaitkan kedudukan nombor ini dengan ayatnya. Contohnya
No. 5 posisinya adalah kedudukan tengah baris kedua dan ayatnya adalah “thumma
saya’lamun”
4. Jika anak-anak telah mengenal nombor dalam Bahasa Arab adalah satu bonus
Oleh kerana al Quran dalam Bahasa Arab, setiap
hujung ayat ada nombor ayat. Nombor ayat ini ditulis dalam Bahasa Arab. Jika
mereka tahu nombor dalam Bahasa Arab ini, rujukan atau semakan senang dilakukan
untuk mereka
Juga, cara ianya ditulis tidak seperti rumi
dimana kita akan menulis nombor dahulu sebelum perkataan.
5. Jika anak-anak telah tahu membaca walaupun merangkak, ia juga adalah satu bonus
Walaupun anak-anak kita tidak boleh membaca al Quran, ianya tetap boleh dilakukan kerana teknik ini menggunakan aktiviti berkumpulan. Permulaannya mereka mendengar 3X sebelum mengikut mengulang.. jadi ianya boleh diikuti oleh mereka yang tidak boleh membaca al Quran. Tetapi jika mereka sudah boleh membaca, proses ini boleh menjadi lebih mudah.
Sumber : Islamic Parenting
Ahad, 14 Disember 2014
Kesan Anak Yang Tidak Dididik Dengan Al-Quran Sejak Kecil
1-
MASALAH AKIDAH
Oleh kerana Al-Quran adalah sumber perlembagaan Umat Islam,
jadi jika seseorang itu tidak kenal dengan Al-quran, jarang membukanya, tidak
tahu pula membacanya, bagaimana dia dapat mengukuhkan akidahnya?
2-
ISLAM HANYA PADA NAMA
Apakah yang akan terjadi kepada Umat Islam jika mereka semua
tidak mahir membaca Al-Quran, apatah lagi memahaminya?Al-Quran yang merupakan
mukjizat terbesar disia-siakan dan dibuang begitu sahaja. Akhirnya mereka yang
tidak berstatus Islam yang mengambilnya dan mengkajinya dan merekalah yang
berjaya dalam bidang mereka.Umat Islam pula hanya berstatuskan Islam, tetapi
tidak dapat membacanya, apatah lagi menghayatinya. Tinggallah Islam hanya pada
nama sahaja.
3- MASALAH AKHLAK
Al-Quran
mempunyai kuasa melembutkan hati manusia seperti mana yang berlaku kepada
Saidina Umar dalam kisah pengislaman beliau.Orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan lembut dan terang
hatinya. Berbeza pula orang yang tidak pernah menyentuh Al-Quran, bagaimana
hatinya akan lembut? Begitu juga jika ibu bapa
inginkan anak-anak tidak keras hati, senang menerima nasihat, hiasilah hati
mereka dengan Al-Quran sejak kecil.
4- MASALAH PELAJARAN
Orang
yang sentiasa mendampingi Al-Quran akan kelihatan lebih terkehadapan dalam
pelajaran kerana bukan hati mereka sahaja terbias dengan cahaya Al-Quran,
malahan akal mereka juga biasa beroperasi untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran.
5- SUKAR MENDAMPINGI MAJLIS-MAJLIS ILMU
Mereka yang tidak biasa membuka Al-Quran akan
liat untuk mendampingi majlis-majlis ilmu berbanding mereka yang biasa dengan
Al-Quran yang sentiasa dahagakan ilmu dan rindukan majlis-majlis ilmu.
6- SUSAH MENJADIKAN
AL-QURAN SEBAGAI SAHABAT BAIK.
Bagaimana
seseorang itu hendak menjadikan Al-Quran sebagai sahabat karibnya jika dia
tidak dibiasakan bersahabat dengan Al-Quran sejak dari kecil? Tetapi, jika ibu
bapa telah membiasakan anak-anak dengan Al-Quran sejak dari kecil, InsyaALLAH
anak itu tidak akan kekok untuk
menjadikan Al-Quran sebagai teman baiknya yang akan diziarahinya saban hari
dengan membaca dan mentadabburnya.
7- BERHATI KERAS
Hati
lalai dan leka dengan hiburan dan hal-hal dunia akan keras dan hitam dari
mengingati Allah. Tetapi hati yang biasa
dengan Al-Quran sejak dari kecil, InsyaALLAH akan mudah terima hidayah Allah
dan bimbingan dari manusia.
8- Tidak Menjamin Mahir Membaca Al-Quran Di Masa Hadapan
Anda tidak dapat menjamin anak anda akan mahir
membaca Al-Quran jika anda menghantarnya ke sekolah dan bukan anda sendiri yang
mengajarkannya. Tetapi jika anda
membiasakan anak anda dengan Al-Quran dan mula menghafalnya, InsyaAllah anak
anda akan mahir Al-Quran dan seterusnya mudah dalam matapelajaran yang
berkaitan dengan Al-Quran dan agama.
9- Nilai Ilmu Dan Rohani
Al-Quran
bukan hanya mempunyai nilai ilmu yang tinggi dikejar oleh barat. Malahan
Al-Quran penuh dengan nilai kerohanian yang mendekatkan diri hamba dengan Allah
SWT. Jika anak-anak tidak kenal dengan Al-Quran sejak dari kecil, bagaimana
agaknya dia akan dapat memiliki kedua-dua nilai dan asset yang berharga ini?
10- Langkah Untuk
Memahami, Mentadabbur Dan Mengamalkan Al-Quran
Mempelajari
Al-Quran bukan sekadar untuk membaca dan menghafal sahaja. Malahan kita
mestilah memahami apa yang terkandung dalam Al-Quran, mentadabburnya dan
mengamalkannya. Jika tidak, kita tidak ubah seperti keldai yang membawa
kitab di belakangnya, ia tidak tahu nilai ilmu di dalam kitab itu, ia hanya
memikulnya sahaja. Apabila anak anda sudah
menghafal Al-Quran sejak dari kecil lagi, InsyaALLAH dia akan mudah untuk
meneruskan langkah seterusnya untuk mentadabbur dan memahami Al-Quran
seterusnya mengajarkannya kepada orang lain.
sumber: Islamic Parenting
Jumaat, 12 Disember 2014
Aktiviti Cuti Sekolah 2014
This year Haikal standard one so
bermulalah rutin sebagai parent yang tidak lari mesti kena think about what activities should
be do when school holiday. Masa cuti penggal pertama for one week aku hantar
Haikal ke Kem Anak Soleh ingat Haikal membrontak tak nak pegi because for his age
it’s too young untuk involve ape2 program or aktiviti seperti kem motivasi dan
sebagainya because kem2 seperti tu we need to face the crowd everytime and we
have to stay in group. Tapi tak sangka Haikal sangat happy and enjoy siap cakap
nanti cuti sekolah nak pegi masjid lagi. Meaning eksperimen aku untuk aktiviti
cuti sekolah Haikal done and success. After this kalau nak hantar lagi tidaklah
janggal. Memang give a good impact padanya dia jadi lebih berani and
independent sketlah. It was good untuk umur sebayanya.
So masa cuti penggal kedua aku
hantar Haikal lagi ke masjid untuk kem Sahabat Al Mizan for one week sebab
tengok dia very happy tak tahulah ape dia buat tapi nampak agak terkesan
jugaklah pada dirinya. I will story soon about kem2 motivasi yang Haikal join
masa cuti sekolah. Then untuk cuti sekolah akhir tahun ni first week aku hantar
dia ke masjid juga untuk kem motivasi iaitu kem Mahabbah. And then fo 2nd
week aku and husband decided want send him to ‘kampung” heheh di Melaka mahu hantar ke Besut aku terpaksa korbankan cuti memandangkan cuti kehabisan so bawa balik Melaka sajalah but
Dania nak join juga tinggal budak berdua tu di kampung selama seminggu risau
gak bargaduh berperang ke ape bila duk kampung and takut jadi lemak pulak stay
di kampung dimanjakan nenek. So far nampak ok. So untuk 3rd and 4th
week we’ll plan untuk hantar Haikal untuk kem Syabab di masjid so the whole
school holiday 2014 for Haikal terisi lah dengan aktiviti yang positif. Maybe next
year kami akan fikirkan aktiviti atau program seperti ini juga or hantar ke
tahfiz or belajar seni pertahankan diri or maybe berkhatan.
sempat ber' pose sebelum naik cruise pak wan lak jadi photographer melayan kegedikkan kanak- pintar ini
Mase one week diorg di kampung
macam2 lah aktiviti diorang selain boleh bangun lambat banyak hasil art yang
diorg reka dengan lukisan …origami and macam2 lah di samping ada bapak sedara
yang sudi nak melayan. Masa kat kampung cousin diorg juga turut pulan so ramai
la sikit ape lagi gembira sangatlah diorg dekat kampung ramai rakyat jelata.
Then mak ngah diorg bawak pegi jalan sekitar Melaka bawak pegi tempat history
so bagus untuk knowledge diorang.
happy tak terkata...freedom ler tuh tak perlu bangun pagi2
aktiviti lukisan sape paling da bomb
first step gaya bersilat
kemahsyuran Melaka yang aku suka seni tangga batunya
Muzium Melaka
Hakim terlalu rindu pada kakak after a week kakak and abang stay di rumah nenek
Langgan:
Catatan
(
Atom
)