Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Ahad, 3 Mac 2013

Siri 3 - Selalu Bertengkar Suami Isteri Tentang Anak

Berbalik kepada Pengajaran Dari 3 Ibu (Ibu Imam Syafie, Ibu Muhammad Al Fateh, Ibu Mustafa Kamal Attartuk) . Maafkan saya jika kali ini saya ingin melencong sedikit. Saya ingin berbincang tentang BAPA sebelum berbincang tentang ibu-ibu ini. Dari 3 bapa ini, hanya bapa Mustafa Kamal Attartuk sahaja yang tidak mahu anaknya bersekolah di sekolah agama dan mahu dia di sekolahkan di sekolah yang baik pada tanggapannya. (biasa dengar cerita macam ni?) Ayahnya berkawan baik dengan orang Yahudi, sangat tertarik dengan kejayaan orang Yahudi dalam bidang ekonomi dan mahu anaknya bersekolah seperti anak mereka. (untuk senario zaman sekarang, mungkin kita pernah tengok orang kita hantar anak pergi Sekolah Cina dengan sebab yang sama) Ini menyebabkan ayahnya selalu bertengkar dengan ibunya tentang kemana arah hala tuju anaknya itu. Ayahnya mengimpikan anaknya untuk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti. Ibunya pula ingin dia menjadi seorang tahfiz. Rapat bapanya dengan orang Yahudi sehingga bila dia meninggal dunia, rakan Yahudinya itulah yang membantu menanggung persekolahan anaknya sehingga Mustafa Kamal Attartuk menganggapnya sebagai bapanya yang baru. Rasulullah telah mengajar kita untuk berhati-hati dengan orang Yahudi tetapi nampaknya dia mengejar cita-cita untuk anaknya lebih dari dia menyayangi Rasulullah. Tentulah Allah Maha Arif tentang niat buruk yang tersembunyi didalam hati mereka sehingga Rasulullah menyuruh kita berhati-hati dengan mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w, " Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai dari ayahnya, anaknya dan semua manusia"

Ingin saya perjelaskan disini, bagi negara Barat, tercatat dalam sejarah mereka bahawa Mustafa Kamal Attartuk adalah seorang wira. Beliau adalah seorang tokoh... satu contoh yang dipuja dan dihormati. Manakan tidak, Tentera Salib telah cuba menghancurkan kerajaan Kekhalifahan Islam selama berabad lamanya tetapi tidak berjaya. Rupanya ia perlu dihancurkan dari dalam dan boleh dilakukan dengan sekelip mata oleh Mustafa Kamal Attartuk. 

Saya harap jangan salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Tidak salah untuk menghantar anak ke sekolah mana pun tetapi jangan ketepikan al Quran. Alangkah baiknya jika Mustafa Kamal Attartuk menjadi seorang pemimpin seperti yang diimpikan bapanya DAN JUGA seorang tahfiz seperti yang diimpikan ibunya. Akhirnya hanya impian bapanya sahaja yang tercapai dan begitulah yang tercatat dalam sejarah.

perkongsian dari

Kak Lina Karim

Siri 2 - Jangan Memandang Al-Quran seperti Mustapha Kamal Attartuk

Sebelum kita ambil pengajaran dari ibu-ibu ini, saya ingin bercerita serba sedikit tentang Mustafa Kamal Attartuk. Saya menyentuh tentang beliau kerana saya rasakan dia begitu dekat dengan zaman kita. Meninggal pada tahun 1938 (zaman nenek atuk kita). Memang dekat jika dibandingkan dengan 2 tokoh lain yang zamannya terlampau jauh. Ibunya, Zubaidah Hanim, membesarkan dia sangat hampir dengan kebanyakkan ibu-ibu zaman sekarang membesarkan anak. Sebab itulah pentingnya kita mengkaji siapa Mustafa Kamal Attartuk ini dan kenapa dia jadi begitu sebagai pengajaran untuk kita dalam mendidik anak-anak kita. Mengapa Allah murka kepadanya hingga meninggalnya dalam keadaan tersiksa dan mayatnya tidak diterima bumi walaupun sudah beberapa kali cuba ditanam. 

Mustafa Kamal Attartuk adalah antara orang yang sangat tidak bersetuju melihat orang membaca al Quran tetapi tidak faham makna. Baginya membaca al Quran tanpa kita mengetahui maknanya adalah seperti orang mabuk atau seperti orang gila! Maka beliau memerintahkan supaya semua Quran ditukar kepada bahasa Turki. Membacanya mesti dalam Bahasa Turki dan tidak ketinggalan, azan juga ditukar sama. 
Sebenarnya bukan beliau sahaja yang beranggapan begitu. Ada ramai manusia diluar sana juga beranggapan yang sama. Cuma yang membezakan orang diluar sana adalah mereka bukanlah penguasa negara seperti Mustapha Kamal Attartuk yang boleh mengeluarkan perintah seperti itu. Saya sendiri pernah ditanya oleh seorang muslim.. kenapa al Quran tidak di buat seperti Bible yang dialih bahasa supaya kita faham membacanya dan tidak perlu tengok terjemahan. Juga tidak perlu belajar membaca al Quran (iqra). 
Ingin saya ingatkan, Rasulullullah s.a.w mempunyai lebih dari 1000 mukjizat dan tiada satu pun yang tinggal untuk kita yang berada di zaman ini kecuali al Quran. Mukjizat al Quran itu adalah benar jika ia dibaca dalam bentuk asal. Adalah wajib kita belajar membacanya dengan betul dan bertajwid terlebih dahulu. Memahami makna al Quran kemudian pun tidak mengapa. Sebuah kajian yang dilakukan, seseorang yang tidak tahu apa maknanya "La haulawala quwataillah..." bila menyebutnya berulang kali, akan memberi satu tekanan pada mekanoreceptor yang terletak didalam mulut yang menyebabkan timbulnya rasa tenang kepada penyebutnya. Mulut mempunyai beberapa bahagian yang agak sensitif dan menyebut perkataan didalam al Quran dengan tekanan di lidah dengan betul (tajwid yang betul) akan mengeluarkan neural signal yang disalurkan ke otak. Ia juga memberi kesan mengurangkan tekanan kepada jantung, baik mereka yang menghidap penyakit jantung. Kesan ini tidak terdapat di dalam mana-mana bahasa didunia yang mengeluarkan apa pun bentuk susunan perkataan mereka termasuk bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Pernah dengar kuasa bunyi (ultrasound) dalam bidang perubatan? Contohnya, doktor menggunakan ultrasound untuk memecahkan batu karang didalam buah pinggang tanpa pembedahan major. Ayat al Quran yang dibaca dengan betul, bila didengar akan mengeluarkan satu kuasa penyembuhan untuk tubuh. Membacanya memberi satu kesan, dan mendengarnya juga memberi satu kesan lain pada tubuh badan manusia. Saya akan kongsikan buku yang saya baca mengenai kajian ini di emel akan datang. InsyaAllah. 

Janganlah kita memberatkan maknanya dahulu ketika mengajar anak-anak kecil membaca al Quran.  Alif Lam Mim yang tidak kita tahu apa maknanya jika dibaca  akan mendapat 30 pahala kerana Allah telah berjanji setiap huruf dibaca mempunyai 10 pahala.  Kejarlah kesan kebaikkan membacanya dan pahalanya dahulu. Janji Allah, jika kita jaga kalam Allah, Allah akan jaga kita. Jika anak kita yang menjaganya, anak kita InsyaAllah akan terpelihara. Semoga anak kita terpelihara dari segala kerosakkan rohani ataupun kerosakkan jasmani. InsyaAllah, terlampau banyak terjemahan al Quran yang boleh dibaca di luar sana yang boleh dibacanya jika dia sudah boleh membaca nanti. 

perkongsian dari

Kak Lina Karim


Siri 1 - Pengajaran Dari 3 Ibu Dengan Cita-Cita Yang Sama

"3 nama iaitu Imam Shafie, Muhammad Al Fateh dan Kamal Attartuk mempunyai ibu yang kuat agama dan kuat beribadat. Ketiga-tiganya selalu berdoa untuk anak mereka dan selalu menyatakan harapan mereka kepada anak mereka supaya mereka menguasai al Quran. Tetapi kenapa 2 jadi kenyataan (Imam Syafie dan Muhammad Al Fateh) dan seorang lagi (Mustapha Kamal Attartuk) tidak? Malah dialah penghapus sistem kekhalifahan Islam di muka bumi, menukar azan, menghapuskan sekolah agama, menutup masjid dsb."

Sesiapa yang tidak tahu tentang 3 tokoh ini saya perkenalkan disini serba sedikit, Imam Syafie yang dimaksudkan adalah Imam Mazhab kita yang menghafal seluruh al Quran pada umur 9 tahun, Muhammad Al Fateh adalah penakluk Kota Konstantinopal yang diberitakan dalam hadis Rasulullah 800 tahun sebelumnya, dan Mustapha Kamal Attartuk adalah Presiden Turki yang pertama. Cita-cita ketiga-tiga ibu mereka ini adalah untuk melihat anak mereka menjadi penghafal al Quran namun saya telitikan banyak bezanya antara ibu-ibu yang berjaya dengan seorang ibu yang agak malang ini. Didalam setiap kejadian yang telah berlalu, memang Allah sematkan pengajarannya bagi orang yang berfikir dan mengambil pelajaran darinya. InsyaAllah saya akan kongsikan di emel yang akan datang. Namun saya ingatkan, bahawa sesuatu cerita, akan di nilai lain bagi orang yang berlainan. Maka, sama jugalah seperti buku ini. Saya mungkin menilainya lain dari dalina. Jika saya membaca buku seseorang tokoh (seperti 3 tokoh diatas), saya sentiasa ingin menyelidik orang dibelakang tabir yang membentuk ketokohannya iaitu ibubapanya dan saudara serta kawan-kawan sekelilingnya. Penumpuan saya tidak fokus pada subjek yang dibincangkan. Maka jika ianya berlainan dari pendapat orang lain pada buku yang sama, ia adalah kerana sebab-sebab tersebut. 

Bagi saya, membaca 3 buah buku ini adalah seolah membaca kisah berkisar cara mendidik anak dalam bentuk sebuah novel yang menarik dan terbukti hasil kisahnya dan bukan seperti membaca sebuah buku peraturan panduan mendidik anak  yang biasa-biasa di pasaran. Saya pasti tentu ada sebab Allah mempertemukan saya dengan buku-buku ini. Alhamdulillah.. Semoga saya mengambil pengajaran daripadanya. 


perkongsian dari

Kak Lina Karim


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa