Rabu, 31 Julai 2013

Mengajar Anak Menangis dan Khusyuk

Sudah hampir ke penghujung Ramadhan kita semua. Rasa sangat pantas masa berlalu. dalina pergi bertarawih tak? Jika bertarawih, jangan lepaskan peluang untuk bawa anak sekali ke majlis yang akan menunjukkan pada mereka tentang ibadah kita sebagai orang Islam pada bulan Ramadhan. Ingat, mereka lebih kuat belajar daripada apa yang mereka lihat ibubapa terutamanya dan orang sekeliling mereka lakukan berbanding hanya belajar dari buku bila dewasa nanti. Jika mereka lihat kita melakukan tarawih ketika mereka kecil lagi, InsyaAllah bila mereka dewasa nanti, ia adalah rutin yang tidak akan mereka lepaskan setiap Ramadhan. Tidaklah mereka menjadi remaja yang liat hendak ke surau atau masjid nanti. Di tempat saya, ramai remaja termasuk kanak-kanak melepak di luar surau atau masjid sambil menunggu moreh (jamuan) dihidangkan selepas habis bertarawih kemudiannya. Tidak rasa mahu bersama melakukan tarawih lagi. Semoga hati mereka akan dibukakan oleh Allah untuk bersama kami satu hari nanti. Ia lebih baik dari mereka yang hanyut dengan cerita siaran TV dirumah hingga anak mereka tidak melihat dan tidak tahu adanya umat Islam bertarawih di bulan Ramadhan.

Bagi saya dan anak-anak saya pula,  telah banyak masjid kami pergi untuk bertarawih pada tahun-tahun sebelumnya, namun surau di dalam kawasan tempat kami tinggal juga adalah pilihannya. Surau ini adalah madrasah kedua anak-anak saya selepas dirumah. Disinilah anak saya Danish dan Dania belajar bersolat Tarawih ikut-ikutan tanpa dipaksa ketika umur mereka 4 dan 6 tahun lebih masing-masing. Pada tahun ini, solat mereka semakin sempurna sehingga ada yang menegur mereka bersolat lebih bagus dari yang lebih dewasa umurnya.

Semuanya kerana hidayah Allah. Allahlah yang melatih mereka. Allah gerakkan hati mereka untuk ke surau. Setiap malam mereka bersiap untuk ke surau lebih awal dari saya yang selalunya siap kemudian kerana mengemas meja yang bersepah dengan juadah berbuka puasa sebelumnya. Allah gerakkan hati mereka untuk solat dan saya percaya ada pelbagai lagi pelatihan untuk mereka dalam rancangan Allah. Mana mungkin saya dahulu dapat memaksa anak umur 3 tahun untuk ikut solat SUNAT Tarawih sedangkan solat fardhu itu pun perlu disuruh pada umur mereka 7 tahun? Alhamdulillah mudah tugas saya mengajar anak saya bersolat sebelum umur mereka 7 tahun. Mereka tahu dan telah pernah melakukan solat sunat tarawih, dhuha, hajat, tahajjud dan witir pada umur ini. Bila diingatkan kembali, pada umur ini saya dulu tidak tahu apa itu solat wajib pun!
Langkah seterusnya adalah melatih untuk mereka khusyuk dalam solat. Ia bukan suatu perkara yang mudah dan saya sendiri masih tidak tahu caranya dan terfikir-fikir bagaimana untuk melatih mereka kearah itu. Secara fizikalnya mereka kelihatan khusyuk kerana saya pernah terlihat ada kanak-kanak nakal yang sebaya mereka yang mengusik cak-cak ketika mereka solat, mereka tidak mengalihkan pandangan mata dari tempat sujud mereka. (Saya pula yang tak khusyuk ketika itu kerana memerhatikan mereka. Haha..).
Di surau, imam yang sama yang mengimamkan untuk solat waktu dan solat tarawih kelihatannya lebih tersentuh ketika membacakan ayat-ayat al Quran pada tahun ini. Sudah beberapa kali imam tersendu dan menangis ketika melantunkan ayat al Quran. Setelah selesai, Darwish yang sukar menangis berkata.. “I feel my heart is crying when the ustaz read that ayat’ Dania pula berkata, I almost cry mom’.. dan akhirnya mereka perpandangan antara satu sama. Saya pula berkata.. It is OK to cry when you hear the Quran although your are a big strong man one day. Umar Al Khattab did that and a lot of Allah’s fighter did that! It shows that you are closer to Allah and Allah give you special attention because you are willing to open up your heart for his words to sync inside you. If you want something from Allah, ask at that very special moment. That is the time where  whatever you wish for, Allah will realized it for you. Darwish menyambung,”Can you tell me the full story that make the Ustaz cry just now?. I did not memorize that surah yet!
Itulah salah satu manfaat mengajar mereka menghafal al quran. Mereka tahu surah apa dan jika tidak tahu mereka berminat untuk menghafalnya dan mengetahui ceritanya. Siapalah yang memberi perasaan itu pada anak-anak saya kalau tidak Allah. Saya cuma membawa mereka ke surau sahaja. Kerja seterusnya adalah kerja Allah. Hati mereka yang mahu bersolat dan imam itu yang membawa bacaan hingga menangis bagi memberi pengajaran pada anak-anak saya adalah kerja Allah. Ia untuk anak saya mendengar dan melihat tangisan orang yang khusyuk dengan al Quran dan solatnya.  Semoga anak saya mengenal erti khusyuk yang sebenar pada suatu hari nanti.

Perkongsian Cerita
Lina Karim..

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa