Ahad, 3 Mac 2013

Siri 3 - Selalu Bertengkar Suami Isteri Tentang Anak

Berbalik kepada Pengajaran Dari 3 Ibu (Ibu Imam Syafie, Ibu Muhammad Al Fateh, Ibu Mustafa Kamal Attartuk) . Maafkan saya jika kali ini saya ingin melencong sedikit. Saya ingin berbincang tentang BAPA sebelum berbincang tentang ibu-ibu ini. Dari 3 bapa ini, hanya bapa Mustafa Kamal Attartuk sahaja yang tidak mahu anaknya bersekolah di sekolah agama dan mahu dia di sekolahkan di sekolah yang baik pada tanggapannya. (biasa dengar cerita macam ni?) Ayahnya berkawan baik dengan orang Yahudi, sangat tertarik dengan kejayaan orang Yahudi dalam bidang ekonomi dan mahu anaknya bersekolah seperti anak mereka. (untuk senario zaman sekarang, mungkin kita pernah tengok orang kita hantar anak pergi Sekolah Cina dengan sebab yang sama) Ini menyebabkan ayahnya selalu bertengkar dengan ibunya tentang kemana arah hala tuju anaknya itu. Ayahnya mengimpikan anaknya untuk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti. Ibunya pula ingin dia menjadi seorang tahfiz. Rapat bapanya dengan orang Yahudi sehingga bila dia meninggal dunia, rakan Yahudinya itulah yang membantu menanggung persekolahan anaknya sehingga Mustafa Kamal Attartuk menganggapnya sebagai bapanya yang baru. Rasulullah telah mengajar kita untuk berhati-hati dengan orang Yahudi tetapi nampaknya dia mengejar cita-cita untuk anaknya lebih dari dia menyayangi Rasulullah. Tentulah Allah Maha Arif tentang niat buruk yang tersembunyi didalam hati mereka sehingga Rasulullah menyuruh kita berhati-hati dengan mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w, " Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai dari ayahnya, anaknya dan semua manusia"

Ingin saya perjelaskan disini, bagi negara Barat, tercatat dalam sejarah mereka bahawa Mustafa Kamal Attartuk adalah seorang wira. Beliau adalah seorang tokoh... satu contoh yang dipuja dan dihormati. Manakan tidak, Tentera Salib telah cuba menghancurkan kerajaan Kekhalifahan Islam selama berabad lamanya tetapi tidak berjaya. Rupanya ia perlu dihancurkan dari dalam dan boleh dilakukan dengan sekelip mata oleh Mustafa Kamal Attartuk. 

Saya harap jangan salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Tidak salah untuk menghantar anak ke sekolah mana pun tetapi jangan ketepikan al Quran. Alangkah baiknya jika Mustafa Kamal Attartuk menjadi seorang pemimpin seperti yang diimpikan bapanya DAN JUGA seorang tahfiz seperti yang diimpikan ibunya. Akhirnya hanya impian bapanya sahaja yang tercapai dan begitulah yang tercatat dalam sejarah.

perkongsian dari

Kak Lina Karim

3 comments :

myfreeminded berkata...

Salam ziarah, terimakasih untuk kisah yang sangat menarik ini, sebab saya sememangnya menghantar anak ke sekolah cina, secara tidak sengaja tapi saya biarkan mereka terus belajar disana dgn harapan baru agar nereka dapat menguasai bahasa yang mana ramai antara mereka menguasai bhg ekonomi, tapi alhamdulillah, saya sememangnya sangat2 percaya hidup kita walau bagaimana maju atau pun pemikiran yang moden sekali pun Al Quran adalah satu2nya pilihan sebagai rujukan dalam apa sahaja situasi. Dan alhamdulillah walau pun anak2 bersekolah cina, saya seimbangkan mereka dengan hadir ke sekolah kafa untuk belajar tentang Islam kita.

Psstt: jika ianya tidak menyusah tuan empunya blog, boleh tak kalau diremovekan verified code untuk komen. :)

Akula berkata...

Maaf ye x phm nk remove verified code ape tu. Terima kasih atas pendapat yang diberi ini semua perkongsian Puan Lina dalam mendidik anaknya Darwisya dan Darwisy.....

Akula berkata...

Maaf ye x phm nk remove verified code ape tu. Terima kasih atas pendapat yang diberi ini semua perkongsian Puan Lina dalam mendidik anaknya Darwisya dan Darwisy.....


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa