Ahad, 28 Oktober 2012

Doa Pelindung : Elak dirogol, dan elak Anak Perempuan dirogol (atau dizalimi))


Doa elak DIRI dirogol/dicabul/dizalimi




 DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Maksudnya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”

Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya) , doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir



Doa elak ANAK PEREMPUAN dirogol/dicabul/dizalimi



Maksudnya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”


0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa