Keistimewaan Anak Perempuan
Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.
Kanak-Kanak Overdose Vitamin
Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.
Resepi Bayi
Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda
Genius
Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif
Bestnyer Main Buih Sabun
Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun
Impak Kem Motivasi
Impak positif daripada kem motivasi
Tips Cepat Masak Untuk Ibu Sibuk Bekerja
Save cooking time
Senarai Simple Recepi For Breakfast
Pelbagai variasi senarai resepi ringkas
21 Tempat Menarik Di Malaysia
Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb
Ahad, 28 Oktober 2012
Doa Menghalang Anak Bergaduh
Ini
diikuti dengan bacaan surah al Insyirah sebanyak 7 kali
kemudian bacakan ayat 200 dari surah ali-Imran serta doa
berikut " Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ".
Selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada
anak anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak
anda pada setiap malam.
Doa Agar Mudah Mendidik Anak
Amalan agar dipermudah untuk mendidik anak untuk dikongsikan bersama.
Semasa nak menidurkan anak, baca dan tiupkan pada ubun2 anak;
(1) Surah Al-Fatihah
(2) Ayatul Kursi
(3) Surah Al-Insyirah








Maksudnya: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
(2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan
dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan
namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (5) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal
soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal
soleh yang lain) (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon
(apa yang engkau gemar dan ingini) (8)
(4) Surah Taha, Ayat 1 hingga 5





Maksudnya: Taa' Haa.
(1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya
engkau menanggung kesusahan (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi
orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy (5)
Doa Pelindung : Elak dirogol, dan elak Anak Perempuan dirogol (atau dizalimi))
Doa elak DIRI dirogol/dicabul/dizalimi

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Maksudnya:
“Ya
Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan
RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka
janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”
Doa
tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah
membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang
zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya) , doa tersebut boleh
diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir
Doa elak ANAK PEREMPUAN dirogol/dicabul/dizalimi

Maksudnya:
“Ya
Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman
denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk
suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan
orang zalim”
Sabtu, 20 Oktober 2012
Bijaknya Yahudi Menipu
BIJAKnya....
Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!
Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!
Khamis, 11 Oktober 2012
Doa Pelembut Hati Anak-Anak
DOA PELEMBUT HATI
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-
200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Bacaan dalam huruf rumi:-
1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la’a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)
Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika
memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut
bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.
إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya :
‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah
kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.
Bacaan dalam huruf rumi:-
2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta’luu a’layya wa’tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)
Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah
orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi
masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa
dan sebagainya.
Selasa, 9 Oktober 2012
Fever
8/10/12 My princess had fever. Secara kebetulan dia dah mula pandai membaca. My princess Dania memang jenis tak suka susahkan orang kot. Bila dia demam dia duk diam jer nampak baik betul dari kebiasaan yang aktif & ligat main dengan abangnya. After solat Maghrib ibu ajar abang dengan adik ngaji muqaddam then lepas tu ibu solat Isyak. Lepas solat ibu cari adik kt luar tak de abang haikal jer sibuk tengok TVIQ channel baru favorite dia sebab banyak program rekacipta. Rupanya adik dalam bilik tidur atas katil. Ibu tanya adik kenapa? Adik jawab adik tak sihat la ibu adik kena pegi hospital nie. Siannyerr check suhu tengok 40C ya Allah very high terus amik ubat demam then lumur dengan air asam jawa sangat kesian tengok die camtu. Esoknya tengok pipi dia bengkak macam kena benguk ibu memang tak dapat nak pegi keje tak sanggup tengok adik camtu. Then ayah terus bawak pegi klinik. Pelik betul tengok adik dengan abang memang suka pegi klinik maybe banyak toys kat situ tapi rasanya banyak lagi toys kat rumah maybe kt klinik jumpa friends yang sebaya diorang kot. Adik memang sangat sihat kat klinik. Kalau dulu budak2 takut pegi klinik sebab takut kena suntik dengan jarum tapi budak2 sekarang suka pegi klinik tak tau la my kids jer kot. Jumpa doktor cakap kena bengkak kelenjar then doktor bagi ubat antibiotik. Harap2 surut la bengkak kat pipi adik....Seronok duk rumah bila ayah beli banyak story since adik dah pandai banyak sket2. Abangnya sendiri pun belum lancar membaca.
Rabu, 3 Oktober 2012
Doa Siti Aminah bonda Rasulullah S.A.W
Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, maka molek benar lah dia membaca doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga lahir ke dunia.
Doa ini jika sentiasa diwiridkan oleh si ibu, selain selamat anak dalam kandungannya insyaallah juga akan memudahkan proses bersalinnya nanti. Boleh juga di doakan untuk keselamatan anak-anak kita yang berada di kejauhan. maklumlah mereka ini bukannya sentiasa berada di depan mata kita. sebagai ibubapa sudah tentu akan ada rasa khuatir akan keselamatan anak-anak. Inilah doanya di baca 3 kali sambil tangan memegang perut :
ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ
“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”
ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi
tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)