Keistimewaan Anak Perempuan
Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.
Kanak-Kanak Overdose Vitamin
Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.
Resepi Bayi
Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda
Genius
Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif
Bestnyer Main Buih Sabun
Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun
Impak Kem Motivasi
Impak positif daripada kem motivasi
Tips Cepat Masak Untuk Ibu Sibuk Bekerja
Save cooking time
Senarai Simple Recepi For Breakfast
Pelbagai variasi senarai resepi ringkas
21 Tempat Menarik Di Malaysia
Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb
Isnin, 30 Julai 2012
Amalan Surah-Surah Ketika Hamil
Amalan surah-surah yang boleh dibaca ketika hamil iaitu :-
Surah Al-Fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman - untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf - untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yassin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah - untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisplin.
Ahad, 1 Julai 2012
Doa Lembutkan Hati Anak,Isteri dan Suami

Maksudnya
Wahai
Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri..
Tafsirnya:
“ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas
kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah
yang maha kuat, lagi maha kuasa.”
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura
bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki
kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha
Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imranbermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
Langgan:
Catatan
(
Atom
)