Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Rabu, 28 Mac 2012

Pusat Sains Negara (PSN)

Returning to this place brought back sweet 'scientific' memories of about a years ago when I joined a school trip to Pusat Sains Negara. Last weekand baru nie tak tau nak buat ape nak tengok F1 tak dapt tiket ye laa nak yang free jer mane nak dapekkk...so kami pegi la PSN. Enjoy jugak bcoz kids can learned something so give advantage for kids because they can gain their knowledge. So ini beberapa pic yang kurang memuaskan because diambil dari hanset ibu yang sgt 'mahal' itu.

















We went back home at 5.30 pm, and many cars and buses were searching for parking spot at that time. Luckily we went there earlier and everything went smoothly.

Infectious Disease

.
Adik tak pegi sekolah dari selasa sampai jumaat (27/3/2012-30/3/2012) taska adik kena tutup sebab ada kes penyakit berjangkit (penyakit kaki tangan dan mulut). Puas die bertanya kenapa adik tak boleh pegi sekolah nanti adik nak belaja macam mana. Nasibla ayah dia yang banyak bagi reason. Mujur adik tak kena berjangkit tapi cuti ibu dgn ayah la yang hangus. Ayah cuti dua hari ibu cuti dua hari.

Abang haikal boleh pegi sekolah sebab kelas dia tak kena tutup. Tapi ayah tak bagi pegi risau takut ada jangkitan kat sekolah. Masa take this pic abang haikal tak mau sebab dia cakap rambut dia dah botak dah tak hensem macam ben 10.

Sabtu, 24 Mac 2012

Gambang Water Park, Kuantan Pahang









 Adik takut main air masa nie
adik tengok jer abang main air dengan kawan2

Khamis, 22 Mac 2012

Tease


Haikal dah mula pandai mengejek orang. Baru ni mase pick die dari taska die tunjuk kt seorang budak perempuan tengah pakai kasut dia bagitahu ayahnya. "Tu pun kawan Haikal juga", ayah die tanya yang mana satu. "Tu yang besar yang buncit tu laa" kuat pulak tu mujur bapak budak tu tak berapa dengar. Mak aii da pandai mengejek sejak belajar nie. Lepas tu cikgu dia ada kt situ cakap. "Nama dia Aisyah, Haikal".Sengih jer lepas tu.

Adiknya Dania pun da pandai jugak mengejek kawan. Baru2 ini ayahnya bawa die & abangnya berlibur di tasik . Sambil kayuh basikal adalah segerombolan budak2 kat tasik maybe lebih kurang sebaya Dania atau Haikal. Masa kayuh basikal adalah boy kid  tengok Dania sambil tersengih. Terus Dania cakap "Apa sengih2 dah la botak gigi pun gongak".Terkedu ayah dan ibu anakku baru tiga tahun dah pandai mengejek aduhai anakku....


Rabu, 21 Mac 2012

Cara Untuk Menangani Anak Yang Nakal

Apa akan kita buat apabila kita pulang ke rumah selepas penat bekerja, anak kita akan terus membuat semak rumah dengan mainan dan peralatan lain yang boleh dianggap sebagai mainan ataupun semasa kita sedang memandu, anak kita mengganggu kita atau apa sahaja perbuatan yang boleh membuatkan kita marah dan terus menengking mereka. Jawapannya mungkin kita akan marah dan tengking anak kita. Jika kita kata “JANGAN” mereka lagi akan buat perkara yang sama. Perkataan JANGAN ini seperti tidak “makan” pada diri mereka. Contoh : Jangan main gunting nanti luka jari!, Jangan lompat nanti jatuh!
Saya amat menyokong fakta yang mengatakan sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini kerana, apa sahaja yang dilihat dan didengar setiap hari ia seperti suatu pembelajaran bagi anak tersebut dan ia tersemat ke otak. Contohnya : Mereka suka menyebut perkataan “bodoh” tapi tidak tahu maknanya. Mereka juga suka meludah atau menjelirkan lidah seperti mengejek kita tapi tidak tahu sebabnya. 
Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari. 
Begitu juga sebaliknya, seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.
Mungkin juga fakta yang mengatakan setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya adalah benar. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.
Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?
Langkah 1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.
Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.
Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.
Langkah 2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.
Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.
Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.
Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.
Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.
Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.
Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.
Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.
Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.
Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.
Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf  sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.
Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.
Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.
Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.
Saya juga bukan sahaja mengingatkan anda malah diri saya sendiri terutamanya, mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan kenakalan mereka menggugat kesabaran kita pada setiap tikanya. Oleh itu, kita sebagai ibubapa haruslah bersabar dari menahan kemarahan terhadap anak kita.

Dipetik dan disunting daripada artikel :
CARA UNTUK MENANGANI ANAK YANG NAKAL
Sumber :http://anakkusoleh.com

Nia's Besday

Celebrating nia's besday on 17/02/2012 for a third years. Enjoy some candid pic from kids








Ahad, 18 Mac 2012

My Harimau Muda


Walaupun Malaysia agak down skg tapi bg heroku Team Harimau Muda Malaysia tetap di hati. Kalau tgk bola dia la paling teruja bola belum gol.... dah sibuk golll............This time masa perlawanan kelayakkan world cup Malaysia vs Lubnan dan pastinyer menang....sbb haikal tgk kan...itu jer jawapan die

Ahad, 11 Mac 2012

Bali



Bali I will come again with kids. Might be it was many change there since five years ago I leave this place which is my sweet memory honeymoon. If you are looking for accommodation in Bali , Penginapan Murah Di Bali

Ahad, 4 Mac 2012

Jangan Bandingkan Anak

Perbezaan Perkembangan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Sebagai ibu kepada sepsang cahaya mata dah tentu dapat melihat perbezaan perkembangan mereka. Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak. Spls mendidik mereka dengan cara yang sama, dapat melihat perbezaan keduanya yang begitu ketara. Menjadi salah satu keslaahan untuk meletakkan pencapaian atau target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza.

Dania lebih lebih jelas pertuturannya dan lebih lancar berbanding abangnya Haiqal bercakap laju namun kurang fahami butirannya. Namun begitu mereka berdua mempunyai kemampuan tersendiri dan berbeza. Anak2 ibu memang bijak sebenarnya tak perlu lihat dan bandingkan  anak orang yang sudah boleh itu dan ini sedangkan kita tahu keupayaan dan kepintaran serta keisitmewaan anak kite sendiri. Faktor perbezaan perkembangan boys n gurl kids: Ini diambil dari blog: http://darwishndarwisya.blogspot.com

1) Lebih bermain
2) Buas
3) Tidak fokus
4) Tidak boleh duduk diam walau dimarah (tak takut)


Didiklah anak-anakmu bersungguh-sungguh

"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala perkara yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala apa yang disuruh." (Surah At-tahrim: 6)

Sifat Ingin Tahu

KANAK-KANAK memang golongan unik. Walaupun tangisan mereka seolah-olah boleh memecahkan tingkap rumah kerana sakit terjatuh ketika bermain, tetapi sejurus selepas tangisan berhenti, si kecil ini boleh berlari dan bermain semula seperti tiada apa yang berlaku.
Inilah kelebihan kanak-kanak khususnya yang masih kecil mereka mudah lupa rasa sakit. Maka tidak hairanlah jika kanak-kanak sangat terdedah kepada kemalangan di rumah yang boleh menyebabkan kecederaan.



  • Saiz badan kanak-kanak yang kecil. Jika mereka jatuh, ada kemungkinan kesan hentakan akan terus terkena pada tulang.





  • Struktur badan yang berbeza dan kecil berbanding orang dewasa. Pada pesakit asma contohnya, serangan asma akan membuatkan saluran pernafasan orang dewasa mengecil sebanyak 25 peratus, tetapi pada kanak-kanak, saluran ini hampir tertutup sepenuhnya yang membuatkan mereka tidak boleh bernafas.






  • Sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka ingin tahu mengenai badan sendiri dan persekitaran menyebabkan ada yang memasukkan jari ke dalam hidung, di celah pintu atau ke lubang soket di dinding. Sifat ini jugalah yang membuat mereka menyentuh kuali panas atau menarik wayar cerek air.
    Darjah luka kebakaran antara orang dewasa dengan kanak-kanak juga tidak sama.
    Contohnya jika tempat terbakar (contohnya terkena air panas) bersaiz kertas A4, pada orang dewasa ia bukanlah masalah besar tetapi pada kanak-kanak mungkin jadi kes serius.






  •  Kecemasan biasa dan bantuan
    Abdul Rasheed berkata, antara kes kecemasan pada kanak-kanak yang biasa berlaku di rumah adalah:






  • Luka dan berdarah - Jika anak anda luka dan berdarah, tekap luka berkenaan dengan kain atau tuala bersih. Tekan (sederhana kuat) selama 10 minit bagi menghentikan pendarahan. Lekatkan kain berkenaan supaya ia terus berada di atas luka selama beberapa jam.
    Kaedah ini sangat penting kerana pendarahan yang tidak berhenti boleh membahayakan nyawa si kecil kerana jumlah darah dalam badan mereka sedikit.

    Sekiranya saiz luka besar, dalam dan berdarah banyak, tekap luka dengan
    kain bersih dan segera bawa ke klinik atau hospital berhampiran.

    “Ada ibu bapa bertanya, jika tangan luka, bolehkah tangan berkenaan diangkat tinggi (bagi mengurangkan aliran darah). Kaedah ini memang boleh dilakukan tetapi kajian mendapati ia tidak membantu mengurangkan pendarahan.

    Apa yang penting ialah memberikan tekanan pada luka supaya pendarahan berhenti,” katanya pada seminar kesihatan anjuran Pusat Perubatan Tropicana.






  • Hidung berdarah - Dudukkan anak di atas kerusi dan minta dia condongkan badan ke depan. Picit hidung betul-betul di bawah tulang hidung (pada bahagian yang lembut). Darah akan berhenti dalam masa beberapa minit.
    Mengapa perlu condongkan badan ke depan dan bukannya bersandar sambil mendongakkan kepala seperti yang selalu diamalkan orang dulu? Jika mencondongkan badan ke belakang dikhuatiri darah ini akan mengalir masuk ke dalam saluran pernafasan (dan sampai ke paru-paru) atau saluran makanan dan sampai ke perut. Kemasukan darah ke dalam perut juga ada kesan yang tidak bagus kerana ia boleh membuatkan kanak-kanak muntah.

    Sekiranya pendarahan tidak berhenti selepas 10 minit, bawa anak ke klinik. Ia boleh membahayakan kanak-kanak terutama yang ada masalah jumlah platelet darah yang rendah. Anda juga boleh menekapkan pek ais pada hidung anak untuk menghentikan pendarahan.






  • Lebam dan bengkak - Segera tekapkan bahagian yang lebam dengan pek ais. Ia dapat mencegah lebam berkenaan daripada membengkak.
    Dalam perkara ini, Abdul Rasheed mengingatkan ibu bapa supaya jangan sekali-kali menggosok atau mengurut bahagian yang lebam itu dengan sebarang balsam atau minyak. Seandainya lebam berkenaan besar saiznya dan anak berasa sangat sakit, ia mungkin menandakan keretakan tulang. Urutan hanya akan memburukkan keadaan.






  • Bantuan pernafasan kecemasan kanak-kanak. Teknik ini perlu dipelajari dengan teliti. Sebaiknya dapatkan guru (jururawat atau kakitangan perubatan bertauliah) mengajar anda. Jika anda lihat anak anda seperti pengsan, baringkan kanak-kanak berkenaan dalam kedudukan terlentang.
    Geletek kakinya untuk melihat tindak balasnya. Minta ahli keluarga menghubungi ambulans (dail 999). Dongakkan kepalanya sedikit dan cuba dengar bunyi pernafasan atau melihat pergerakan dadanya. Lakukan teknik ini dalam tempoh 10 saat.

    Jika dia tidak bernafas, bersedia untuk memberikan bantuan pernafasan kecemasan. Letakkan dua jari (jari hantu dan manis) di tengah-tengah dadanya dan tekan sebanyak 30 kali. Tekan sedalam empat sentimeter (satu setengah inci).

    Buka mulutnya dan hembuskan udara ke dalam mulut kanak-kanak itu sehingga nampak dadanya naik tetapi jangan hembus terlalu kuat. Beri dua hembusan. Ulang teknik ini sehingga kanak-kanak sedar atau bantuan sampai.

    Kecederaan kepala
    Perunding Paediatrik dan Neonatalogi, Dr Anushree Narayanan berkata, kecederaan kepala biasa berlaku pada kanak-kanak dan remaja tetapi kebanyakannya bersifat ringan dan tidak menyebabkan kecederaan otak serta komplikasi jangka panjang.
    Sangat jarang berlaku kecederaan kepala di rumah sehingga mengakibatkan komplikasi serius atau pendarahan dalam otak.

    Antara punca kecederaan kepala ialah jatuh, kemalangan motosikal, kemalangan ketika berjalan atau berbasikal, kecederaan sukan dan penderaan. Bagaimanapun, setiap kecederaan kepala tetap ada risiko kecederaan otak. Namun risikonya bergantung kepada beberapa faktor seperti di bawah.

    Risiko rendah berlaku kecederaan otak jika:





  • Jatuh dari tempat rendah contohnya sofa.





  • Jatuh ke atas permaidani atau lantai kayu.





  • Terhantuk dengan objek lembut.





  • Kemalangan pada kelajuan rendah.
    Risiko tinggi berlaku kecederaan otak jika:





  • Jatuh dari tempat tinggi.





  • Jatuh atas permukaan keras seperti lantai simen atau marmar.





  • Terhantuk atau berlanggar dengan objek keras seperti bola golf.





  • Penderaan termasuk menggoncang bayi dan memukul kepala kanak-kanak.
    Tanda dan gejala akibat �kecederaan kepala






  • Kepala anak anda bengkak biasanya pada dahi. Anda perlu lebih bimbang jika bengkak ini berada di tepi atau belakang kepala kerana ada kemungkinan berlaku keretakan tengkorak.






  • Anak anda pitam. Pitam dalam jangka masa sangat pendek iaitu kurang daripada satu minit. Walaupun perkara ini sangat jarang berlaku tetapi jika anak anda pitam, segera bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
    Jika anak jatuh dan menangis kuat, itu petanda baik kerana ia hanya membabitkan bahagian luar kepala saja. Tidak mengapa jika dia menangis lama kerana yang penting dia dalam keadaan sedar. Anda perlu risau kalau anak pitam, walaupun hanya untuk beberapa saat kerana itu petanda tidak baik.






  • Sakit kepala. Masalah ini biasa berlaku dan membabitkan 20 peratus kanak-kanak. Pada kanak-kanak kecil, mereka akan meragam.






  • Muntah. Jika anak anda muntah selepas kepalanya terhantuk, jangan bimbang kerana ia adalah perkara biasa. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan muntah sekurang-kurangnya sekali. Namun anda perlu berasa bimbang sekiranya anak anda muntah berulang kali terutama jika perkara itu berlaku lama selepas kemalangan (lima hingga enam jam). Segera bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.






  • Sawan. Ia jarang berlaku tetapi jika ada ia mungkin menandakan kecederaan otak.






  • Keliru. Ia biasanya disebabkan kecederaan otak. Anak anda mungkin menunjukkan tanda seperti tidak ingat perkara yang baru berlaku, muntah dan berasa pening.






  • Biasanya anak yang terjauh akan tidur seketika selepas kemalangan. Jangan bangunkan anak, sebaliknya biarkan dia berehat dan tidur secukupnya. Apabila anak bangun, dia sepatutnya boleh mengecam anda, ahli keluarga lain dan keadaan sekelilingnya.
    Bila ibu bapa perlu risau?
    Semua ibu bapa risau apabila kepala anak mereka terhantuk kuat. Mereka akan lebih risau apabila mendengar tangisan anak yang kuat dan tidak berhenti.
    Seperti disebut di atas, tangisan dalam keadaan sedar itu petanda baik kerana ia tidak membabitkan kecederaan otak.

    Kanak-kanak terutama yang masih kecil tidak ingat kesakitan dialami ketika jatuh. Biasanya selepas berhenti menangis, mereka akan bangun dan bermain semula. Bagaimanapun, ibu bapa perlu risau apabila anak menunjukkan tanda seperti:





  • Muntah berulang kali atau muntah selepas beberapa jam kemalangan berlaku.





  • Mengalami sawan.





  • Kemalangan berlaku pada bayi berumur kurang daripada enam bulan.





  • Pitam seketika.





  • Sakit kepala yang keterlaluan dan semakin teruk.





  • Perubahan tingkah laku seperti lesu, sukar untuk terjaga, sangat meragam dan perlakuan tidak normal yang lain.





  • Anak sukar berjalan, jadi kelam-kabut atau hilang keseimbangan.





  • Keliru dan percakapan menjadi tidak jelas.





  • Pening kepala yang tidak hilang atau berulang-ulang.





  • Keluar darah atau cecair badan daripada hidung atau telinga.





  • Pendarahan yang tidak berhenti walaupun sudah memberi tekanan pada luka selama 10 minit.





  • Anak jatuh dari tempat tinggi (yang lebih tinggi dari anda).
    Jika anak anda mengalami gejala di atas, bergegaslah ke hospital. Biasanya anak anda akan ditahan di hospital bagi membolehkan doktor membuat pemantauan dalam tempoh 24 jam.

    Perlukah dilakukan imbasan sinar-X atau CT pada kepala anak anda?
    Perkara ini tertakluk kepada keadaannya. Biasanya doktor hanya akan menyarankan imbasan sinar-X jika didapati ada benjolan atau darah beku pada kepala si kecil. Imbasan CT pula hanya dilakukan jika muncul tanda yang membimbangkan.
    Jika tidak, imbasan ini tidak perlu kerana setiap imbasan ada risiko radiasi.

    Perlu anda ketahui bahawa radiasi imbasan CT adalah 20 kali ganda lebih tinggi berbanding sinar-X.

    Pencegahan kemalangan di rumah
    Ada banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan di rumah. Antara langkah mudah termasuk:






  • Pasang pintu pagar pada tangga. Jika tangga tidak mempunyai susur tangan, peruntukkan sedikit wang untuk memasang susur tangan yang baik.






  • Pasang jeriji pada tingkap terutama bagi mereka yang tinggal di pangsapuri tingkat satu dan ke atas. Malah rumah teres dua tingkat juga disarankan memasang jeriji.






  • Elakkan sama sekali menggunakan kerusi duduk bayi beroda. Ia bukan saja memperlahankan proses berjalan, malah membuatkan bayi berjalan dengan cara yang salah serta berbahaya kerana mudah terbalik.






  • Jika mahu menghampar permaidani, pastikan ia mempunyai lapisan penahan yang tidak mudah bergerak atau teralih.






  • Jangan meletakkan bayi anda di tempat yang boleh membuatkan dia jatuh.






  • Beli penutup soket kerana bayi dan kanak-kanak kecil sangat ‘tertarik’ untuk memasukkan jari halus mereka ke dalam lubang yang kecil itu.






  • Beli kerusi bayi untuk diletakkan dalam kenderaan.






  • Pastikan semua peralatan elektrik dipadamkan suisnya selepas digunakan.






  • Jangan biarkan wayar alat elektrik terjuntai sehingga boleh dicapai anak kecil.






  • Ajar anak mengenai keselamatan di rumah dan terangkan kepada mereka mengapa setiap perkara itu penting.






  • Bagi anak yang aktif bersukan, belikan kelengkapan bersesuaian.




  •  Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/


    Get this widget here
    Ruang Iklan Untuk Di sewa