Keistimewaan Anak Perempuan
Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.
Kanak-Kanak Overdose Vitamin
Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.
Resepi Bayi
Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda
Genius
Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif
Bestnyer Main Buih Sabun
Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun
Impak Kem Motivasi
Impak positif daripada kem motivasi
Tips Cepat Masak Untuk Ibu Sibuk Bekerja
Save cooking time
Senarai Simple Recepi For Breakfast
Pelbagai variasi senarai resepi ringkas
21 Tempat Menarik Di Malaysia
Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb
Ahad, 15 Januari 2012
Amalan Untuk Anak Pintar
Petua anak pintar
1. Bacalah YA LATIF 100 kali dan hembus pada ubun-ubun anak setiap malam ketika tidur
2.Bacalah Al-Fatihah 1 kali
3.Bacala Alam Nasyrah 1 kali
4.Bercakap-cakap anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dan berbinti ibunya. Contohnya memberi nasihat dan sebagainya.
5.Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak.
sumber: www.petuanenek.com
Khamis, 12 Januari 2012
10 Tanda Anak Manja dan Cara Mengatasinya
Kenali perilaku anak anda, apakah mereka termasuk anak manja ?
VIVAnews – Anak-anak tak dilahirkan manja. Hanya orang tua yang terlalu sabarlah yang menjadikan mereka menjadi manja. Pembawa acara radio Oprah & Friends, Rabbi Shmuley mengatakan, “Secara alamiah, anak-anak itu lugu dan sangat polos, yang membuat orang dewasa menjadi sangat ramah dan membantu mereka dengan semua hal terbaik yang kita punya, “ katanya.
“Ketika kita membesarkan anak-anak yang dimanjakan, kita mengeluarkan daya pikat kekanak-kanakan mereka yang alamiah. Bila anda merasa bersalah memanjakan anak anda, maka kemungkinannya anda akan memiliki anak-anak bandel yang tak bisa diatur di rumah anda,” kata Shmuley.
Karena itu, kenali 10 tanda perilaku anak di bawah ini, dan segeralah bertindak untuk menanganinya.
1. Mereka menangis dan berteriak bila ingin sesuatu.
2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan tak mau bangun.
3. Sering marah dan bahkan memukul anda ketika anda menghukumnya
4. Mengabaikan pertanyaan anda.
5. Bersikap kasar pada orang dewasa dan anak-anak lainnya.
6. Menolak berbagi mainan atau perlakuan tertentu dengan anak lainnya.
7. Suka pamer, dan menjadi pusat perhatian diantara kelompoknya.
8. Selalu menginginkan yang dimiliki orang lain. Bila telah berhasil memilikinya, mereka selalu menginginkan sesuatu yang baru.
9. Kamarnya berantakan dan tak mau membereskannya, hingga anda mengalah melakukannya.
10. Menolak untuk tidur.
Apa yang harus dilakukan anda sebagai orang tua ?
Biasakanlah memberikah hadiah bagi perilaku baik, dan hukuman bagi perilaku buruk. Bila anak anda berteriak karena menginginkan sesuatu, jangan berikan dan ambilah apa yang mereka suka.
Bila mereka tak mau beranjak dari lantai saat marah, angkatlah, dan masukkan mereka ke dalam kamar hingga tenang dan minta maaf.
Bila mereka mengabaikan perintah anda melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di sudut ruangan dan jangan boleh beranjak sebelum minta maaf.
Jangan belikan semua yang mereka minta. Biasakan mereka berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Bila kamarnya berantakan, jangan boleh keluar kamar hingga kamarnya rapi dan bersih.
Tetapkan waktu tidur. Secara teratur kembalikan mereka ke tempat tidur. Setelah itu mereka akan berhenti keluar dari kamar. Anda harus menegaskan pada mereka bahwa tak ada pilihan lain.Hargailah anak anda dan berikan hadiah ketika mereka melakukan hal yang baik.
sumber: VIVAnews best kinect games
9 Fadhilat Mengasihi Anak-Anak
Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..
Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..
- Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
- Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
- Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
- Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
- Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
- Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
- Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
- Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
sumber: ummu solihin
Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak
Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia.
Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.
Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan
kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Tuan/Puan,
mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini. Sekian, semoga Allah mengurniakan
rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.
rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.
sumber: http://blog.upsi.edu.my
Cara Bagaimana Untuk Tarik Minat Anak Mempelajari Perkara Baru

Selalunya kanak-kanak akan merasa tertekan bila dia dipaksa mempelajari sesuatu perkara yang dia tidak suka atau minta apatah lagi jika kita menggunakan kekerasan terhadap dirinya sudah pasti setiap ilmu yang dipelajarinya akan ingat, ingat lupa..atau paling tidak pun ilmu itu akan lepas begitu sahaja.
Bagi kebanyakan ibu bapa apabila melihat anak-anak itu belajar dengan tanpa disuruh atau dipaksa, sudah pasti akan membuatkan setiap hati ibubapa senang melihatnya. Bagi menjadikan hal-hal tersebut menjadi kenyataan adalah..
- Peranan ibubapa (mendidik atau memupuk) juga turut menyumbang pola pemikiran pada anak-anak.
- Pangkulah anak anda dan berikan perhatian kepada anak anda semasa proses pembelajarannya berlaku. Cara ini dapat memupuk semangar belajarnya.
- Ajaklah anak anda bermain dengan alat permainan yang mempunyai ciri-ciri penjelasan seperti contoh alat permainanyang dapat mengeluarkan bunyi cara ini dapat mebangkitkan minta anak itu sendiri untuk mengetahui sebab, mengapa, dan akibat. Hal sebegini akan dapat memancu anak untuk ingin tahu.
- Jangalah lupa berikan pujian dan penghargaan diatas hasil karyanya, maka ini akan menyuntik semangatnya untuk lebih berprestasi lagi.
- Jauhilah dari penggunaan kata-kata kesat pada anak anda, ini kerana ia akan menimbulkan rasa rendah diri pada anda itu sendri. Namun dikuhatiri anak tersebut akan membalikkan semuala bahasa kesat tersebut kepada anda.
- Sesekali berikan dia bimbingan serta kalimat atau sebarang ucapan yang bisa membuatkan hatinya senang sebagai motivasi saat belajar.
- Ungkapkan pujian Seperti contoh:- Wah! adik pandailah jawab soalan matametik hari ini. Bukan apa ini adalah cara untuk menyerlahkan lagi potensi kebolehan dia dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
- Bahaslah bersama anak apa yang telah dibaca. Dengan cara ini dapat membantu anak untuk mengingati semula apa yang telah dipelajarinya sebentar tadi.

sumber: http://pakarhowto.com
Langgan:
Catatan
(
Atom
)