Jumaat, 18 November 2011

Twin Babies


Baru-baru ni anakku Haikal dengan Dania ada menonton rancangan Astana  siaran ulangan di Astro Ria waktu rumah tersebut rumah Sazzy Falak pelakon yang cute itu. I like her. Ape yang menarik perhatian mereka bukan rumah tersebut tapi baby Sazzy Falak dan suami Nazril iaitu Iman Lily dan Tiara Rose. Haikal spontan terus cakap "ibu nak baby". Tergaman aku tapi mmg selalu pun dia cakap macamtu. "Haikal suka baby..baby comel". keletah jadi ceria bila tgk baby. "Adik pun suka baby" mesti Dania jawab macam itu juga. Bila kita tanya "adik nak adik tak?" Dania mesti geleng, bila tanya nape tak nak adik mesti dia jawab "nanti ibu tak sayang adik lagi" budak sebesar Dania seusia 2 tahun boleh jawab macam itu . Budak2 zaman sekarang memang pandai menjawab. Tapi bila kita tanya "adik nak baby tak?" mesti dia jawab "nak!!..".

Tapi masalahnya Haikal cakap dia nak dua baby. "Haikal nak dua baby mcam kt tv nie". sungguh2 dia tunjuk kt tv tu. " Mak aii sampai dua" jawab ayahnya. "Sebab utk adik satu haikal satu" terang2 dia jawab. Adik dia lagi mengiyakan kata2 Haikal itu "Adik nak satu juga". Ayah dia pun jawab "Haikal ingat mainan ker"...sengih jer diorg. Seorang pun da cukup besar perut aku masa peknen ini kan pulak kalau dua camne la. Tapi tengok gelagat budak berdua tu pun da macam twins. Kalau pegi mana2 pun mesti org tegur & tanya "Kembar ker?"........



Untuk mendapat bayi kembar, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu. Ambil vitamin yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu lebihkan makan ubi kayu dan daging.

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa