Selasa, 25 Mei 2010

Mengajar Anak Ke Tandas

Sebelum membeli tandas duduk, ibu perlu mengenali tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas sendiri. Antaranya ialah:
� Apabila dia sering cakap, "Mama, dah basah" atau "Bibik, nak tukar lampin lain". Ketika ini anak sudah mula rasa kurang selesa dengan kebasahannya.
� Sudah mula membuka lampin pakai buang sendiri dan mengambil lampin lain. Si anak sudah mula rasa kurang selesa dengan lampin pakai buang kotor.
Anak mula bangun tengah malam dan memberitahu ibu untuk menukar lampin pakai buang lain atau memberitahu sudah ´poo poo´ sedangkan sebenarnya tidak.
� Apabila ke sekolah, anak selalu berkata, "Eeee...malu pakai lampin". Ini menunjukkan anak sudah ada perasaan malu untuk memakai lampin pakai buang.
� Memakai lampin pakai buang lebih sukar untuk melatih anak ke tandas berbanding memakai lampin kain. Ini kerana lampin kain menyebabkan kanak-kanak berasa basah dan ingin segera menukar lampin.
apabila anak sudah menunjukkan tanda berkenaan, suami isteri perlu bekerjasama untuk mengajar anak menjalani latihan ke tandas. Katakan pada anak, "Ini maknanya kakak dah boleh belajar buang air kecil sendiri".
Mendidik anak harus dimulakan dengan kesungguhan. Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah:
� Belikan tandas duduk kanak-kanak supaya latihan berjalan lancar.
Anak akan lebih berdikari kerana ibu bapa tidak perlu mendukung anak ketika dia ingin membuang air kecil di dalam tandas dewasa.
Sebagai motivasi, anak akan lebih bertanggungjawab apabila mengetahui tandas duduk itu adalah kepunyaannya dan lebih bersemangat untuk menggunakannya.
Namun, tandas duduk ini tidak sesuai untuk anak lelaki disebabkan ada anak lelaki diajar untuk membuang air kecil secara berdiri.
Namun untuk latihan membuang air besar, menggunakan tandas duduk sangat fleksibel dan mampu melatih anak lebih berdisiplin.
� Ajar anak mencuci sendiri bekas yang sudah dipenuhi najis di bawah pengawasan ibu bapa.
� Minta pembantu rumah alihkan semua karpet. Ini bagi mengelak anak terbuang air kecil di atas karpet mahal anda.
� Ibu harus memberitahu kepada anak rasa apabila ingin membuang air dengan sudah membuang air.
Ini kerana dua perkara ini adalah berbeza.
Bercakap dalam bahasa sendiri mengikut kebiasaan apabila berbual dengan anak kemudian minta anak anda memberitahu bila dia ingin membuang air atau sudah membuang air.
� Sentiasa prihatin dengan masa. Contohnya, jika dia sudah lama tidak membuang air kecil, ajak dia ke tandas untuk membuang air kecil.
Biasakan bertanya setiap satu jam atau terus bawa anak ke tandas dan tunggu sehingga dia membuang air.
Aktiviti menggembirakan di dalam bilik air ialah bermain air selepas membuang air.
� Beri pujian selepas dia pandai membuang air kecil.
"Saya katakan kepadanya dia memang sudah besar dan selepas ini dia boleh mengajar adiknya ke tandas pula".
Peluk dan cium anak jika dia berjaya ke tandas.
� Berdoa dan bertawakal adalah sebaiknya.
Beri dia masa jika ada hari dia tidak mahu ke tandas dan ada masa dia masih mahu memakai lampin.
� Di sekolah jika anak masih memakai lampin, berbincang dengan guru kelas untuk melatihnya ke tandas.
Begitu juga jika ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah.
Panduan dan cabaran:
� Ibu hendaklah sentiasa bersabar mengendalikan anak yang sedang belajar ke tandas. Semuanya memerlukan masa.
Ibu bapa tidak boleh mengharap anak mereka terus faham dan belajar dengan cepat.
Biar mereka menjadi diri mereka sendiri.
� Apabila ada kalanya anak mengalami sembelit, mereka mungkin sedikit terganggu dan takut untuk melalui latihan ke tandas.
Yakinkan mereka dan sentiasa berada di sisi mereka.
� Belikan mereka buku mengenai tandas duduk yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang sedang belajar ke tandas.
Tanyakan apa yang mereka tahu mengenai tandas.
� Berdoa paling baik dalam apa jua keadaan. Mintalah pertolongan daripada yang Esa untuk permudahkan urusan ini.


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa