Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Selasa, 10 Ogos 2010

Rangsang Bahasa Si manja Walaupun Anda Ibu yang Sibuk



Gunakan masa dalam kenderaan

Banyak yang boleh dipelajari kanak-kanak semasa dalam perjalanan. Jangan hanya melabelkan benda seperti “lori”, “kereta”, “bas” sahaja tetapi mestilah dituruti dengan penerangan terhadap objek tersebut “ lori tu besarnya” “Eh! Eh! Bas tu berhenti... Adik, bas berhenti”. Dengan ini kita dapat merangsang lebih banyak bahasa si manja.

Gunakan masa di dapur.

Ketika sibuk memasak, tidak salah kita memberi peluang kepada anak-kita bermain di dapur. Berikan benda dapur yang tidak berbahaya seperti cawan dan pinggan plastik, periuk dsb. Sambil memasak, berkomunikasilah dengan anak anda. Ceritakan apa yang anda hendak masak, apa yang anda sedang lakukan, apa yang si manja anda sedang lakukan.

Gunakan masa di bilik mandi

Waktu mandi adalah waktu yang paling menyeronokkan buat si manja. Anda boleh membantu si manja mengenali anggota badan mereka, mengenali fungsi anggota badan mereka. Anda boleh membantu dengan membuat bunyi-bunyi yang menyeronokkan semasa mandi, bermain dengan buih, memperkenalkan perkataan seperti busuk dan wangi dan lain-lain.

Gunakan masa semasa menyuap si manja

Masa makan tidak seharusnya sekadar menyuap si manja sehingga kenyang. Ceritakan tentang makanan yang kita suapkan. Ceritakan tentang kebaikan makanan tersebut kepada si manja. Jadikan masa makan sesuatu yang menyeronokkan. Ubah cara suapan dengan berlakon seperti kapal terbang membawa makanan lalu terus masuk ke dalam mulut si manja. Komen rasa makanan dengan mimik muka seperti " Mmmmm.. sedapnya bubur ni"

Jika si manja ingin merasa makanan anda, berikan sebab kenapa si manja tidak boleh memakannya. Buat aksi panas, pedas, masam dengan mimik muka yang berlebihan.. Pasti si manja akan seronok dengan waktu makan mereka.

sumber:ratuhati

Isnin, 31 Mei 2010

Tips Ransang Otak Anak.(Teknik Jepun SHICHIDA).




Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan.Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri,tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya.Sebelum melakukan teknik ini ,tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks.

1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam,bisikan di telinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya,anak yang soleh,kuat,rajin pergi sekolah dan bijak.Ini kerana ketika itu,otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur.Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati,elakkan ketika sedang marah.Selepas anak mula pejamkan mata,ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam.Islam juga menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur,sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.
2) Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak.Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya.Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan.Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat.Ini kerana apabila kad itu bergerak laju,otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.
3) Galakkan anak melakukan kraftangan .Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan,oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat,mewarna,melukis,gunting kertas ,origami dan sebagainya.Memanglah selepas itu terpaksa mengemas,tetapi banyak manfaatnya.
4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar,contohnya rama-rama.Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan surh anak anda menyudahkannya.Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.
5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat,sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri.Andainya anda termarah anak anda,pujuklah dengan langkah pertama tadi.Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.
6) Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita.Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.
7) Bermain teka-teki bersama anak.Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu.Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi.Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari,tak perlu terlalu lama.
8) Jika boleh elakkan menggunakan perekataan Jangan kepada anak-anak.Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu,itulah yang anak lakukan..Gantikan dengan perkataan lain seperti,Tolong atau Marilah kita sama-sama.

Sumber: cari.com

Selasa, 25 Mei 2010

Mengajar Anak Ke Tandas

Sebelum membeli tandas duduk, ibu perlu mengenali tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas sendiri. Antaranya ialah:
� Apabila dia sering cakap, "Mama, dah basah" atau "Bibik, nak tukar lampin lain". Ketika ini anak sudah mula rasa kurang selesa dengan kebasahannya.
� Sudah mula membuka lampin pakai buang sendiri dan mengambil lampin lain. Si anak sudah mula rasa kurang selesa dengan lampin pakai buang kotor.
Anak mula bangun tengah malam dan memberitahu ibu untuk menukar lampin pakai buang lain atau memberitahu sudah ´poo poo´ sedangkan sebenarnya tidak.
� Apabila ke sekolah, anak selalu berkata, "Eeee...malu pakai lampin". Ini menunjukkan anak sudah ada perasaan malu untuk memakai lampin pakai buang.
� Memakai lampin pakai buang lebih sukar untuk melatih anak ke tandas berbanding memakai lampin kain. Ini kerana lampin kain menyebabkan kanak-kanak berasa basah dan ingin segera menukar lampin.
apabila anak sudah menunjukkan tanda berkenaan, suami isteri perlu bekerjasama untuk mengajar anak menjalani latihan ke tandas. Katakan pada anak, "Ini maknanya kakak dah boleh belajar buang air kecil sendiri".
Mendidik anak harus dimulakan dengan kesungguhan. Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah:
� Belikan tandas duduk kanak-kanak supaya latihan berjalan lancar.
Anak akan lebih berdikari kerana ibu bapa tidak perlu mendukung anak ketika dia ingin membuang air kecil di dalam tandas dewasa.
Sebagai motivasi, anak akan lebih bertanggungjawab apabila mengetahui tandas duduk itu adalah kepunyaannya dan lebih bersemangat untuk menggunakannya.
Namun, tandas duduk ini tidak sesuai untuk anak lelaki disebabkan ada anak lelaki diajar untuk membuang air kecil secara berdiri.
Namun untuk latihan membuang air besar, menggunakan tandas duduk sangat fleksibel dan mampu melatih anak lebih berdisiplin.
� Ajar anak mencuci sendiri bekas yang sudah dipenuhi najis di bawah pengawasan ibu bapa.
� Minta pembantu rumah alihkan semua karpet. Ini bagi mengelak anak terbuang air kecil di atas karpet mahal anda.
� Ibu harus memberitahu kepada anak rasa apabila ingin membuang air dengan sudah membuang air.
Ini kerana dua perkara ini adalah berbeza.
Bercakap dalam bahasa sendiri mengikut kebiasaan apabila berbual dengan anak kemudian minta anak anda memberitahu bila dia ingin membuang air atau sudah membuang air.
� Sentiasa prihatin dengan masa. Contohnya, jika dia sudah lama tidak membuang air kecil, ajak dia ke tandas untuk membuang air kecil.
Biasakan bertanya setiap satu jam atau terus bawa anak ke tandas dan tunggu sehingga dia membuang air.
Aktiviti menggembirakan di dalam bilik air ialah bermain air selepas membuang air.
� Beri pujian selepas dia pandai membuang air kecil.
"Saya katakan kepadanya dia memang sudah besar dan selepas ini dia boleh mengajar adiknya ke tandas pula".
Peluk dan cium anak jika dia berjaya ke tandas.
� Berdoa dan bertawakal adalah sebaiknya.
Beri dia masa jika ada hari dia tidak mahu ke tandas dan ada masa dia masih mahu memakai lampin.
� Di sekolah jika anak masih memakai lampin, berbincang dengan guru kelas untuk melatihnya ke tandas.
Begitu juga jika ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah.
Panduan dan cabaran:
� Ibu hendaklah sentiasa bersabar mengendalikan anak yang sedang belajar ke tandas. Semuanya memerlukan masa.
Ibu bapa tidak boleh mengharap anak mereka terus faham dan belajar dengan cepat.
Biar mereka menjadi diri mereka sendiri.
� Apabila ada kalanya anak mengalami sembelit, mereka mungkin sedikit terganggu dan takut untuk melalui latihan ke tandas.
Yakinkan mereka dan sentiasa berada di sisi mereka.
� Belikan mereka buku mengenai tandas duduk yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang sedang belajar ke tandas.
Tanyakan apa yang mereka tahu mengenai tandas.
� Berdoa paling baik dalam apa jua keadaan. Mintalah pertolongan daripada yang Esa untuk permudahkan urusan ini.


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa