Ahad, 4 Mei 2008

Pengenalan Tentang Bayi

Bayi dapat didefinisikan sebagai anak kecil yang baru dilahirkan.Umur bayi adalah ketika usia seawal satu bulan sehingga dua puluh empat bulan. Perkembangan bayi ini dapat dilihat daripada aspek fizikal, kognitif dan psiko-emosi. Ketiga-tiga kompenan ini amat penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan bayi. Bayi merupakan tapak asas perkembangan optimum peringkat seterusnya. Kebolehan menerima maklumat dan belajar melalui deria seperti sentuhan, rasa, bau, pendengaran dan penglihatan. Secara tidak langsung, ia berupaya bertindak-balas pada persekitaran melalui pantulan seperti menghisap, menelan, mengenggam dan berjalan. Pada amnya, perkembangan seseorang manusia ialah hasil daripada interaksi baka dan alam sekitar. Ketika seseorang bayi dilahirkan kemuka bumi ini, bayi tersebut akan menbawa bersama-samanya kod-kod genetik daripada ibu dan bapanya yang akan menantikan ciri-ciri sifat tabiinya. Bayi juga merupakan satu anugerah yang tidak terhingga yang diberikan oleh Allah untuk makhluknya



Detik- detik Kelahiran Bayi

Peringkat pertama kelahiran, otot- otot uterus mula berkontraksi dan bukaan serviks mula membuka. Pada masa yang sama, kepala bayi mula bergerak masuk ke dalam pelvis, lalu menekan servik dan justeru itu, membantu pembukaannya.Peringkat kedua kelahiran, kontraksi berterusan dan kepala bayi mula muncul di muka pintu faraj dan berada di situ untuk beberapa lama.

Kepala bayi mula keluar, lama-kelamaan kepala bayi mula keluar dari faraj. Ketika ini doktor perlu bersedia untuk menyambut kelahiran bayi. Setelah bayi keluar, uri turut akan keluar sama.Bagi bayi lelaki yang telah bersedia untuk dilahirkan, purata berat badan mereka adalah lebih kurang 7 paun manakala bayi perempuan pula adalah 7 paun.



Antara kaedah utama kelahiran adalah melalui perubatan, semulajadi, prepared dan ceasarean. Terdapat tiga jenis ubat yang lazimnya digunakan semasa proses kelahiran iaitu analgesia( digunakan pada tahap pertama untuk meredakan kesakitan di bahagian badan atau megelakkan kesedaran) dan oxytocics.

Pada masa kini, kelahiran secara normal adalah digalakkan. Dua kaedah diperkenalkan iaitu kelahiran normal (mengurangkan kesakitan ibu dengan mengurangkan ketakutan melalui pendidikan tentang kelahiran dan teknik relaksasi semasa melahirkan ) dan prepared childbirth (menggunakan strategi yang sama dengan kelahiran semulajadi tetapi menambah dengan teknik khas pernafasan untuk nmengawal peneranan pada peringkat akhir kelahiran dan memberikan pendidikan anatomi dan psikologi yang lebih terperinci).

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa