Khamis, 3 April 2008

Pengganti Susu

Kalsium adalah antara khasiat yang perlu didapati dalam makanan seharian kita... terutamanya untuk anak-anak kecil dan remaja anda, untuk wanita mengandung, wanita menyusukan bayi dan juga untuk wanita yang telah menopaus.... Jika anda atau anak anda mengalami masalah lactose intolerence atau anak anda tidak menggemari susu, anda masih boleh mendapatkan kalsium daripada sumber-sumber lain seperti....
  • Yogurt yang mengandungi kultur aktif
  • Produk susu dengan kandungan laktosa yang rendah
  • Minum susu sedikit-sedikit (1/2 cawan) dengan makanan lain
  • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis)
  • Ikan salmon, tuna juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi
  • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya seperti tauhu, tempe dan taufufah
  • Ambil lebih sayuran seperti bayam, kailan dan brokoli yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
  • Jus buah-buahan yang mengandungi kalsium seperti jus oren yang diperkaya dengan kalsium

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa