Ahad, 24 Februari 2008

Pembacaan Awal

Bercakap, menyanyi dan membaca boleh:
  • mengalakkan pertumbuhan penggunaan bahasa anak itu.
  • membantu bayi memahami ada hubungan bunyi perkataan dengan objek.
  • membolehkan anda mengeratkan hubungan dengan bayi anda.
  • merangsang minda bayi supaya mengenali bunyi.
  • merangsang minda bayi dengan melihat objek.
Bagaimana bayi menunjukkan reaksinya:

Bayi menunjukkan reaksinya dengan membeliakkan mata atau menggerakgerakkan
tangan dan kakinya. Mereka boleh memberi reaksi juga pada bunyibunyian.
Waktu yang sesuai memulakan pembacaan
  • Mulakan seawal yang mungkin biarpun selepas bayi dilahirkan.
  • Walaupun bayi anda tidak dapat melihat ia dapat mendengar dengan baik.
  • Cakap dan nyanyi menggunakan berbagai intonasi suara.
  • Bacakan cerita supaya dia dapat menumpukan pendengarannya kepada suara anda.

Bayi: 0-6 bulan
  • Baca berbagai cerita dan tumpukan perhatian kepada bunyi-bunyian
  • Nyanyi berbagai-bagai lagu kegemaran kanak-kanak dan tumpukan perhatian kepada bunyi-bunyi perkataan dan perkataan yang diulangulang.
  • Baca dengan kuat dan dudukkan bayi di atas peha anda.
  • Pilih buku yang mengandungi gambar-gambar yang mempunyai warna-warna yang terang. Corak dan warna putih dan hitam adalah pilihan yang baik untuk bayi anda.

Bayi: 6-12 bulan
  • Bayi anda boleh menumpukan perhatian kepada barang-barang yang berwarna terang, bentuk-bentuk dan gambar. Gerakkan tangan bayi untuk menarik perhatiannya sambil menunjuk pada gambar dan bercakap pada mereka.
  • Pilih buku-buku yang diperbuat daripada vinyl dan buku-buku yang berkulit tebal.
  • Gunakan intonasi suara ketika membaca. Bayi anda akan menunjukkan keghairahannya pada suara anda atau bunyi-bunyi yang berkesan.
  • Buku-buku yang mengandungi kesan bunyi dan butang-butang untuk ditekan adalah baik.
  • Cari buku-buku yang diperbuat daripada berbagai bahan. Pada usia ini, gunakan peluang untuk merangsang deria rasanya. Anda juga boleh memberitahunya melalui perbualan anda dengannya.

Kanak-kanak: 12-18 bulan


Anak anda sekarang dapat membuat kaitan di antara perkataan dan objek yang dilihat:
  • Galakkan anak anda bercakap dan mengenali objek.
  • Galakkan anak anda menamai bahagian-bahagian tubuhnya
  • Cuba tandakan barang-barang dan gambar-gambar.
  • Biarkan anak anda menukar-nukar muka surat buku semasa membaca.
  • Biarkan anak anda memilih buku yang ia sukai.
  • Galakkan anak anda mengambil bahagian semasa bercerita seperti membuat bunyi-bunyi haiwan dsbnya.
  • Ringkaskan masa membaca tetapi lakukannya dengan kerap.
  • Pastikan yang waktu membaca itu waktu yang menggembirakan.
  • Cari waktu yang sesuai untuk membaca bersama.
Kanak-kanak 18- 24 bulan:

Anak anda sudah mula memahami beberapa patah perkataan dan mereka akan mula belajar becakap.
  • Tunjuk kepada perkataan semasa membaca dan galakkan reaksi daripada anak ada.
  • Baca cerita yang disukainya berulang-ulang kali.
  • Simpan buku di mana saja untuk penggunaan anak anda.
  • Pergi ke perpustakaan sekerap yang mungkin dan cari buku-buku yang menjadi kegemarannya.
Mengapa bermain penting untuk bayi dan kanak-kanak kecil?
  • Bermain bukan sahaja menyeronokkan tetapi berguna untuk pendidikan anak-anak. Melalui permainan yang baik, seorang bayi boleh mempelajari tentang beberapa perkara berhubung dengan keadaan alam persekitarannya. Mereka akan mengenali diri mereka dan mengetahui apa yang mereka boleh buat dan tidak boleh lakukan.
Kebaikan bermain ialah:
  • Menggalakkan kebolehan berbahasa
  • Menggalakkan pertumbuhan minda, daya ingatan dan menggalakkan kebolehan menyelesaikan masalah.
  • Merangsang pertumbuhan fisikal seperti kekuatan pada tangan, kordinasi mata dan tangan, pergerakan.
  • Mengenali nombor
  • Memahami kejadian-kejadian di sekelilingnya.
  • Berinteraksi dan cuba berkomunikasi dengan orang-orang di
    sekelilingnya.

Apa yang boleh saya lakukan?
  • Gantungkan permainan berwarna-warni dekat bayi
  • Gantungkan mainan yang berwarna putih dan hitam
  • Mainkan muzik kepada bayi
  • Cakap dan bernyanyi
  • Dakap, hayun dan dodoi bayi
  • Gantungkan gambar-gambar yang menarik di sekeliling anak
  • Hitung barang-barang bersama bayi
  • Hitung sambil menunjuk pada bahagian badan

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa