Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Rabu, 7 Disember 2016

Krubal Komuniti Terbaikk...



PENGASAS KRUBAL

Diasaskan oleh Dato’ Panji Pudi Baharuddin dan Encik Zairul Zainal Abidin. Dato’ Panji Pudi ialah individu yang mempunyai pengalaman dalam sistem pengurusan dan penyimpanan data. Pernah bekerja untuk dengan Mr. Barry Downey (pengasas E-Gold) dan sebuah organisasi yang dikenali sebagai NACHA (Pusat Pembayaran Elektronik Amerika Syarikat) sebagai Pembantu Pegawai Data (Assistant Data Officer) pada tahun 1995-2010. Dato' Panji Pudi Baharuddin mempunyai pengalaman berniaga sejak berumur 19 tahun. Lahir dari sebuah keluarga yang besar, beliau berazam untuk tidak membebankan keluarganya. Beliau  memulakan perniagaan pertama beliau sebagai penjual ikan dan sayur di pasar malam. Setelah 5 tahun berniaga, beliau kembali menyambung pelajaran dan sekaligus berhijrah ke Amerika Syarikat. Dengan semangat yang benar untuk membantu orang, Dato’ Panji Pudi adalah salah seorang pengasas bersama KRUBAL. Salain idea-idea beliau yang bijaksana, beliau aktif dalam membantu masyarakat dan memberi kesedaran akan kepentingan perniagaan rangkaian (networking). 




Encik Zairul juga ialah pengasas bersama, penasihat syarikat dan pengatur strategi pemasaran online yang memainkan peranan penting dari awal kewujudan KRUBAL sehinggalah ia diaplikasikan dalam dunia perniagaan sebenar. Beliau benar-benar ghairah tentang idea-idea datang serta kesinambungan idea-idea ini untuk diadaptasikan dalam KRUBAL. Encik Zairul telah berazam untuk menjadikan KRUBAL sebagai satu Komuniti yang berjaya kekal dalam masyarakat sehingga ke akhirnya. 

APAKAH KELEBIHAN ANDA MEMILIH UNTUK MENJADI AHLI KOMUNITI KRUBAL?



πŸ” Anda akan menerima Pulangan secara pasif SETIAP MINGGU tanpa perlu menaja dan menjual. 
.
πŸ” Anda boleh memohon Dana (tanpa perlu bayaran balik). Maksima permohonan ialah RM250,000.00! YA! TANPA PERLU BAYARAN BALIK! 
.
πŸ” Anda berpeluang untuk memiliki emas dan Sijil Simpanan Premium. Selain itu, pelbagai Saguhati ditawarkan di KRUBAL, termasuklah Iphone dan Wang Tunai!
.
πŸ” Anda mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan. 
.
πŸ” Anda boleh Program Bimbingan Niaga secara PERCUMA. Di KRUBAL, kami menekankan perniagaan global. Bukan hanya menumpukan pada pasaran tempatan!



TIPS NIAGA DARIPADA KRUBAL. 


Apabila anda memulakan perniagaan, tak kisah waima anda berniaga secara online atau offline... Anda akan mendengar banyak kata-kata 'nasihat'. Kebanyakkan kata-kata ini datang daripada individu yang TIADA pengalaman langsung dalam menguruskan perniagaan! πŸ˜±πŸ˜±πŸ˜±
.
Jangan membuat kesilapan dengan mempercayai kata-kata mereka. Mereka digelar 'pemusnah masa depan.' Mereka tiada apa-apa dan mereka seronok melihat anda mengalah dan tidak berjaya. 
Jangan terlalu memikir berlebih-lebihan (overthinking). Ia akan membuatkan anda takut untuk mengejar impian anda. 
Anda berpotensi menjadi Jutawan, namun diri anda dibelenggu oleh 'pemusnah masa depan' dan sikap overthinking. 
.

Langkah pertama untuk anda berjaya dalam perniagaan ialah keluar daripada zon selesa anda, dan buat rangkaian! Tiada siapa pun yang mampu mencapai taraf Jutawan sekiranya bekerja sendirian. 
.
πŸŽ‘ KOMUNITI KRUBAL
πŸŽ‘ JADIKAN ANDA JUTAWAN!




BOLEH HUBUNGI TERUS ADMIN KRUBAL

Cik Suri  : 012-2513254
Che La     : 011-12126876

KETERANGAN LANJUT BOLEH LAYARI URL DI BAWAH

πŸ‘« Website: www.krubal.com









Selasa, 6 Disember 2016

Invitation Majlis Penyampaian Hadiah Hakathon


Firstly lepas abis presentation untuk pertandingan Hackathon sebelum ini aku dengan husband dah tertanya2 kenapa dipanggil lagi untuk 2nd presentation. Rupanya pihak urusetia inform yang dipanggil untuk 2nd presentation ni bukan semua tapi yang terpilih iaitu seramai sepuluh team, Masa tu dah rasa tak sangka jugaklah banyak2 team yang join team kami in listed wahh rasa bangga jap tp tak nak hanyut laa heheh. Memang tak sangka dalam list top 10 sebab penyertaan ni sekadar suka2 sahaja tiada niat nak compete apatah lagi target untuk menang. 


Mungkin rezeki yang tak disangka semuanya dah ditentukan. Alhamdulillah sangat2 team kami dapat tempat kedua dalam pertandingan Hackathon Data Terbuka 48 hours. Boleh baca penyertaan kami di sini.



Mungkin ini rezeki anak2 dan ma, mak serta abah serta adik beradik yang sentiasa bagi kami fully support dalam apa jua keadaan. Kemenangan ini mungkin menjadi momentum atau mungkin permulaan bagi kami untuk memulakan step yang lebih jauh mohon agar dipermudahkan. Amin.....Itulah harapan kami. Kalau arwah abah ada mesti sangat happy sebab sentiasa support apa yang terbaik kami lakukan....

Jumaat, 25 November 2016

Pakej Perkhidmatan Iklan TERMURAH di Blog Anakbonda.com



Masih mencari platform yang sesuai untuk mengiklankan perniagaan, perkhidmatan, ataupun produk anda???

Jika ingin mempromosi, memperkenal dan mendapatkan pelanggan serta prospek yang baru untuk perniagaan anda dengan price yang murah dan berpatutan anakbonda.com jawapannyaa

Data traffic di Blog Anakbonda:

Kami menggunakan data dari Google analytic yang dipercayai ramai sebagai tools yang paling tepat untuk mengukur traffic yang  datang ke Blog ini setiap masa.
Selain itu kami menggunakan juga analytics WP Starts yang juga diakui ketepatannya.
Kami lebih mementingkan organic traffic iaitu dari trafic dari hasil engine carian supaya pengguna mendapat maklumat yang relevan. Kami juga mempunyai rangkaian media sosial yang besar ( facebook page, twitter )  sebagai booster kepada trafic ke blog kami.


Contoh Iklan dari customers anakbonda.com yang advertise bersama anakbonda.com




Iklan dalam bentuk Advertorial (Advertisement + Artikel)


Pakej A
Bilangan Artikel 1
Panjang Artikel 600 – 1,000 patah perkataan
SEO Optimized
Harga RM70

Pakej B
Bilangan Artikel 2
Panjang Artikel 600 – 1,000 patah perkataan
SEO Optimized
Harga RM120

Pakej C 
Bilangan Artikel 4
Panjang Artikel 600 – 1,000 patah perkataan
SEO Optimized
Harga RM200

Pakej D 
Bilangan Artikel 1
Artikel perlu di sediakan sendiri oleh anda, dan akan di edit jika perlu
SEO Optimized
Harga RM20
Hubungi
whatsapp/tel : 0193009454
Emailkan Sini     : snowwhite4102000@gmail.com





Khamis, 17 November 2016

Ibu Bapa Yang Bijak Mesti Ajar Anak 20 Adab Penting Ini

Enam tahun pertama usia anak memainkan peranan penting menerapkan asas didikan positif dalam dirinya. Mohon papa dan mama ambil perhatian tentang hal ini. Maklum saja ibu bapa zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa melayan telefon bimbit berbanding memerhatikan perkembangan si anak.


Pada peringkat usia ini amat penting untuk papa dan mama menerapkan nilai-nilai ppositif kepada mereka supaya ia menjadi satu kebiasaan buat dirinya sehingga dewasa.

Dalam usaha tersebut, peranan papa dan mama sangat penting sekali. Contoh yang baik mesti ditunjukkan kepada si kecil kerana mereka gemar memerhati sambil meniru apa juga sikap atau tingkah laku individu yang berada di sekelilingnya.

Jika anda ingin si manja membesar sebagai anak yang mempunyak adab dan akhlak baik, mulakannya dari sekarang.

1. Apabila ingn meminta pertolongan, dahulukan dengan perkataan "tolong."

2. Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan "terima kasih."

3. Ajar si manja supaya memberi respons selepas ibu bapa selesai bercakp tentang sesuatu perkara dengannya.

4. Segera menyahut panggilan "saya, ibu/ayah", jika nama dipanggil.

5. Didik anak mudah mengucapkan kata "maaf ibu/ayah", jika mereka melakukan kesalahan.

6. Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain kecuali komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada orang tersebut.

7. Bila berkunjung ke rumah orang, jangan lupa ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah.

8. Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.

9. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diserap dalam minda anak-anak.

10. Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.

11. Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.

12. Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti positif. Tingkah laku ini akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil.

13. Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di khalayak ramai.

14. Apabila membuka dan melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.

15. Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan tanpa membebel atau merungut.

16. Apabila menerima bantuan, jangan lupa ucapkan "terima kasih". Tegaskan kepada anak bahawa ucapan terima kasih boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa akan datang.

17. Ajar si manja untuk mengemas dan membasuh perkakasan makanan yang sudah digunakan supaya dia tahu adab tersebut apabila di rumah orang.

18. Sentiasa membawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu kekotaran apabila diperlukan.

19. Latih anak untuk hanya berkongsi 'pandangan negatif' tentang sesuatu hal dengan individu rapat sahaja iaitu papa dan mama.

20. Ajar si manja untuk bertanya sekiranya ada perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.

Mempunyai anak yang bijak sahaja tidak cukup kerana apa yang lebih penting adalah anak yang bersopan dan berakhlak. Bijak itu boleh dibentuk kemudian!



source:pa&ma

Isnin, 14 November 2016

Ibu Kepada 3 Cahayamata

Aku rasa sangat bertuah dapat bergelar ibu kepada tiga cahaya mata yang sedang membesar. Meniti hari2 menyelami emosi, perangan dan perasaan anak-anak...

Danish Haikal seorang cool terlampau steady and relax buat ibu dan ayah bimbang kerana dalam dunia yang penuh cabaran ni fuyooo tak boleh blahhh.. but thats right... Haikal perlu agresif dan progresif dalam menrencana hidupnya. Trend sekarang semuannya harus diambil peluang its too chanllenging  for him. Tapi ibu dan ayah tetap menyokong apa sj yg hero ibu yang cool ini lakukan baik buatnya baik buat kami. Mungkin sometimes keupayaan diri teras kepada sesuatu yang mungkin untuk Haikal tapi bukan untuk orang lain. Setiap sesuatu kejadian ada hikmah tersembunyi dan ibu dan ayah memang sangat tahu Haikal anak ibu yang sangat bijak dan sangat baik...Doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi anak ibu sampai syurga....


Dania Hadijah my lil princess seorang helpful, but sometimes too agresive dan "berangin". Kadang2 ibu ayah mesti peka and alert dengan segala action nya dan percakapannya. Dania lebih kepada attention seeker but bukan trouble maker. Bila dia tantrum ibu dan ayah memang kena hanya memandang dan care pada dia seorang ibarat dia sj ada ketika itu. Ini lumrah bila hadapi jiwa anak tantrum pelukan dan kasih sayang adalah penawar paling berkesan. Setiap anak2 mempunyai sikap dan tingkah laku yang berbeza ada yang boleh menurut dan yang membrontak jadi ibu dan ayah kadang harus ambil pendekatan yang berbeza utk setiap anak2. Dania mempunyai jiwa sensitif dan beremosi tapi sangat baik dan sangat mengambil berat. Dia sangat pintar dan rajin membantu serta suka mencuba berbeza daripada abang Dania cepat give up jadi die memerlukan supportive family dalam life nya. Tapi dia sangat tabah. Moga anak ibu Dania Hadijah sentiasa cemerlang dan bahagia di dunia dan akhirat.


Dania Hakim my 2nd hero lebih kepada junior ayah sebab sometimes cepat melatah. Budak yang sangat active, cekal dan gigih. Anak ibu yang ibu harapkan menjadi Huffaz dalam family. Sometimes suka membrontak jika permintaannya tidak dipenuhi jiwa yang sensitif suka merajuk tapi ajuk yang tidak lama sangat cute...pandai ambil hati ibu dan ayah. Dia nampak seperti fast learner sebab mudah menerima apa yang diajar dan mempraktikkan. Kadang2 Hakim jenis baran mudah give up tapi tidak mudah mengalah dan sentiasa bersemangat. Moga anak2 ibu semua menjadi saham akhirat ibu dan ayah yang memimpin abu dan ayah ke syurga......

Menjadi ibu kepada anak-anak yang sedang membesar,mendidik anak-anak itu sebagai satu kesulitan, malahan itulah detik atau momen paling indah dalam hidup...

Aku mahu menikmati momen indah itu di depan mataku sendiri. Melihat mereka membesar dengan pelbagai keletah amat menghiburkan hati. Segala kepenatan bagaikan hilang melihat senyum dan tawa anak-anak. Aku tidak mungkin akan dapat mengulangi lagi detik-detik indah itu apabila mereka sudah dewasa kelak dan mempunyai kehidupan mereka sendiri.





Rabu, 2 November 2016

Membina Keyakinan Anak Melalui Cara Rasulullah SAW

Rasulullah SAW menggunakan beberapa kaedah dalam membina keyakinan dalam diri anak. Beliau melakukan pelbagai kaedah agar anak-anak membesar sebagai insan yang kuat dan berkeyakinan diri.



Di dalam kitab Manhaj at-Tarbiyyah an-Nabawiyyah lith Thifl karangan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dinyatakan antara kaedah-kaedah yang diguna-pakai oleh Rasulullah dalam membina keyakinan anak-anak adalah:


1.Menguatkan Keinginan Anak

Kanak-kanak mempunyai perasaan dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Untuk membina kekuatan mengawal keinginan, anak-anak harus dibiasakan dengan dua perkara berikut:

a. Membiasakannya menyimpan rahsia. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kanak-kanak di sekelilingnya seperti Anas dan Abdullah bin Ja’afar RA. Ini kerana apabila si anak belajar untuk menjaga rahsia dan tidak membocorkannya, pada masa itu juga, keinginannya menjadi semakin kuat sehingga timbul rasa percaya yang menebal pada dirinya.

Aplikasikan pada anak anda: Beritahu sesuatu rahsia pada anak anda dan katakan padanya ia adalah suatu rahsia yang harus dijaga. Contoh: “Along, minggu depan adalah birthday Umi. Jangan beritahu Umi hadiah yang kita beli ini!”

b. Membiasakannya berpuasa. Apabila si anak berjaya menahan lapar dan dahaga semasa berpuasa, dia akan merasakan dirinya mempunyai kekuatan untuk mengalahkan dirinya sendiri. Kesannya, keinginannya dalam menghadapi cabaran hidup semakin kuat dan tabah. Perkara ini sudah tentu dapat meningkatkan keyakinan dirinya.

Aplikasikan pada anak anda: Mengajar anak agar mengambil pengajaran dari ibadah berpuasa. Contoh: “Tahniah! Haikal dah berjaya berpuasa sebulan Ramadhan. Waktu berpuasa kita sentiasa bersabar dan menahan dari dari perasaan marah. Sekarang Angah harus lebih sabar dengan karenah adik!” 

2.Membina Keyakinan Sosial
Apabila seseorang anak berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan di rumah atau melaksanakan perintah kedua ibu bapanya, perasaan keyakinan dirinya akan tersemai kuat di dalam dirinya. Kebolehannya berdialog dan berkomunikasi dengan orang-orang dewasa, berkumpul dah bermain bersama anak-anak lain juga boleh menumbuh dan mengukuhkan keyakinan sosial di dalam dirinya.

Aplikasikan pada anak anda: Sewaktu menziarahi teman anda, jangan lupa belikan buah tangan dan suruhlah anak anda untuk memberi buah tangan tersebut. Contoh: “Haikal, nanti bila kita sampai di rumah Uncle Nizam, jangan lupa bagi kerepek ubi ni. Katakan padanya Abi belikan kerepek ni special untuk Uncle Nizam tau!” 

3.Membina Keyakinan Ilmiah
Keyakinan ilmiah dibina melalui pembelajaran Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan sejarah hidup beliau. Si anak akan tumbuh membesar dengan berbekalkan pengetahuan yang cukup mendalam. Pengetahuan yang terbina dari ilmu yang pasti dan bebas dari pelbagai khurafat dan khayalan ini lebih membentuk keyakinan anak-anak berbanding komik-komik yang bersifat imaginasi dan tidak realistik.

Aplikasikan pada anak anda: Jangan lupa untuk selalu bercerita pada anak-anak anda tentang sejarah hidup Rasulullah SAW terutamanya ketika mereka hendak tidur. Anak-anak mesti tidak sabar untuk mendengar kisah-kisah menarik daripada anda. Disebalik kisah-kisah tersebut, selitkan moral cerita yang boleh menjadi pengajaran berguna buat mereka.

4.Membina Keyakinan Kewangan
Anak-anak yang telah dapat menguruskan dirinya hendaklah dibiasakan untuk membantu dalam urusan menguruskan wang dan berbelanja.

Diriwayatkan oleh Malik dari Sulaiman bin Yasar: Makanan Sa’id bin Abi Waqqas telah habis. Dia berkata kepada pembantunya yang masih muda, “Ambillah tepung kemudian tukarkanlah dengan gandum. Timbangannya harus sama.” Rasulullah SAW melihat Abdullah bin Ja’far yang saat itu masih muda sedang melakukan transaksi jual-beli. Lalu beliau mendoakan keberkatan untuknya.

Aplikasikan pada anak anda: Ajarlah anak anda nilai wang yang diterima dan bagaimana mereka harus menjaga dan menggunakan wang tersebut dengan betul. 

Demikianlah dapat kita perhatikan betapa telitinya Rasulullah SAW dalam membina peribadi anak-anak sehingga mereka berjaya menjadi generasi pewarisnya yang terbaik.



Sumber: DiariMukmin

Jumaat, 28 Oktober 2016

48Hours Hackathon @ MAMPU

25/10/16  hingga 27/11/16 berlangsungnye 48hours Hackathon Competition. My participate lebih kepada mewujudkan sebuah group bersama suami yang diberi "apa nama" huh sampai tak boleh pikir nama group sendiri. Ianya untuk merealisasikan idea art husband dari open data.gov.my menjadi sebuah website yang memberi manfaat dan impak yang berkualiti buat semua yg suka memanfaatkan cuti at least sekali setahun bersama famili. Jika sebelum kita selalu lihat banyak web tentang tentang hotel dan penginapan jadi my husband merealisasikan data mengumpul pakej travel and tour beserta kenderaan persiaran percutian yang bedaftar. Web tersebut dilengkapi mapping yang boleh dilihat menggunakan google street tempat menarik yang dipilih menjadi lokasi percutian. Aku bertindak sebagai pembantu dan lebih kepada pemudah cara memberi idea di samping sebagai compiler projek berkenaan :D......






CYBERJAYA: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) menganjurkan pertandingan Hackathon Data Terbuka Sektor Awam yang berlangsung secara berterusan selama 48 jam. Ia adalah platform pertandingan bertujuan menggalakkan pembangunan aplikasi atau produk berasaskan data terbuka. Pertandingan berkenaan disertai 38 kumpulan membabitkan 132 peserta yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu penjawat awam dan industri, universiti awam (UA) serta pelajar sekolah menengah. Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), GITN Sdn Bhd (GSB) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC). Hadiah wang tunai RM10,000 ditawarkan bagi pemenang tempat pertama kategori penjawat awam dan industri serta UA, manakala RM3,000 bagi kategori sekolah menengah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun ketika berucap merasmikan pertandingan itu berkata, setakat ini terdapat 1,336 set data terbuka tersedia dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam dan berharap sasaran 1,500 set data terbuka dapat dicapai sebelum akhir tahun ini. "Sehingga kini, Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastruktur (MaCGDI) dan Kementerian Sumber Asli menjadi agensi pembekal utama set data terbuka sektor awam, antaranya termasuk statistik tenaga buruh mengikut negeri, statistik ladang getah di Malaysia sejak tahun 1965 hingga 2014 serta bilangan kampung dan penduduk orang asli mengikut negeri," katanya.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji


Seawal-awal umur anak yang mampu dan boleh mengenal serta mengingati huruf ialah dalam lingkungan 3-4 tahun bagi yang tiada langsung menerima dorongan daripada rumah (zero daripada ibubapa). Berbeza bagi yang anak yang selalu menerima pengajaran dan dorongan sejak bayi oleh ibubapa. Lebih awal anak-anak dirangsang, lebih cepat mereka mahir dalam satu-satu perkara. 



Jika kita kerap memberinya mendengar nyanyian Alif Ba Ta, makin cepat mereka belajar mengaji. Pilihan di tangan ibubapa sepenuhnya. Apabila mereka sudah besar, pilihan bukan sepenuhnya lagi milik ibubapa. 

Langkah & Prosedur 

1. Ajarkan anak cilik mengenal huruf hijaiyyah dalam bentuk yang menyeronokkan dan santai melalui penggunaan kad imbas. Tidak perlu terlalu serius hingga harus duduk diam menghadap buku. Boleh dilakukan sambil bermain. 

** Nota tambahan : Jika anak tidak boleh menerimapakai cara kad imbas, sesuatu harus dilakukan oleh ibubapa kerana kanak-kanak normal boleh belajar dan lebih suka belajar menggunapakai kad imbas. Intervensi awal sangat baik untuk diri dan perkembangan pembelajaran anak-anak. 

2. Mengajar sambil membuat cerita dengan imaginasi untuk menjadikan P&P lebih menyeronokkan sama perasaannya seperti menonton kartun atau memberinya makan terlebih dahulu (jika anak masih kelaparan) sebelum mengaji. 

3. Jangan memaksa anak-anak mengaji jika tidak mahu. Dan tidak perlu menggertak mereka. 

4. Beri anak-anak masa dan sedikit ruang untuk mengenali betapa seronoknya belajar Alif Ba Ta dan mengapa mereka perlu belajar membaca Al-Quran bagi orang Islam. 

Tips : Selepas mengajar anak mengenal huruf hijaiyyah yang tunggal sebagai asas bacaan, ajarkan anak bagaimana untuk menulis pula. Dicadangkan penggunaan pensel dan kertas atau papan putih dan marker yang di khaskan untuk mereka bagi tujuan belajar mengaji. Mereka akan menjadi lebih teruja kerana mereka memiliki alatan khas sendiri untuk menulis seperti orang dewasa. 

Melalui hafazan, anak-anak cilik boleh mengenali huruf-huruf di dalam Al-Quran. Melalui hafazan, anak-anak cilik mampu mengingat dan menghafaz kebanyakan Surah di dalam Al-Quran. Hanya melalui tulisan dan hafazan, anak-anak beroleh ilmu melalui pengalaman yang akan memberikan mereka kefahaman yang lebih mendalam mengenai apa yang dihafaznya. 

Jika anak-anak masih tidak suka dan tidak mahu belajar mengenal huruf hijaiyyah, biarkan dia. Ajaknya bermain. Semasa bermain boleh mengajarnya menyebut Alif Ba Ta sehingga Ya bersama-sama. Lebih seronok disampaikan dalam bentuk pengulangan nyanyian yang santai tanpa mengira masa. 

Kesimpulan : 

Untuk anak berumur di bawah 1 tahun, biasakan dia mendengar orang mengaji dan membaca Al-Quran. 

Untuk anak berumur 2 tahun, biarkan dia bermain sambil mengikut bacaan 'rakan sebayanya' (baca : adik beradik) yang sudah tahu membaca. Atau bermain sambil membaca melalui kad imbas. 

Untuk anak berumur 3-4 tahun, apabila sudah mengenal huruf tunggal dan baris-baris asas, mulakan dengan mengajarnya membaca Iqra' atau Muqaddam atau mana-mana buku bacaan yang lain. 

Lihat prestasinya. Jika boleh terus membaca Buku 1 / Iqra' 1, jalan terus! Jika belum, jangan memarahinya kerana tersilap huruf atau tidak tahu huruf. Pandu membunyikan huruf yang betul sahaja. Tidak perlu diperbesarkan kesalahannya. Lama-kelamaan, dia pasti boleh mengingat apa yang betul. 

** Nota tambahan : Asas pembentukan utama bagi anak 0-7 tahun ialah memperkenalkan huruf hijaiyyah (huruf-huruf dan baris yang terdapat di dalam al-Quran bukan huruf Jawi). Pentingnya memperkenalkan huruf tunggal dan baris-baris asas sebagai pelajaran pertama kepada anak cilik. Ini kerana asas bacaan perlu difahami terlebih dahulu sebagai dasarnya. 

Apabila kefahaman sudah kukuh dan teguh, mereka sudah tahu huruf tunggal yang asas berserta tiga baris asas dan fungsinya maka, tiada masalah baginya untuk membaca apa jua jenis kaedah buku bacaan Al-Quran di masa akan datang. Cara/kaedah yang pelbagai yang ada di pasaran sekarang harus datang hanya selepas kefahaman mengenai asas huruf tunggal dan baris-baris yang terlibat diketahui oleh anak-anak.

Teknik asas :
# Tutup‬ mata atas kesalahan, 
# Tidak‬ marah/membebel, 
# Tidak mengkritik, 
# Tidak menghukum/menggertak, 
# Berlemah‬ lembut dan bermain bersama, 
# Tidak memaksa, ‪‎
# Sebutkan‬ huruf dan bunyi yang betul sahaja, ‪‎
# Tunjukkan‬ tulisan yang betul sahaja, 
‪‎# Puji‬ atas kemahuan dan kesungguhannya mengaji dan belajar menulis, 
‪‎# Hargai‬tulisannya walaupun senget dan carca marba.


Isnin, 24 Oktober 2016

Memohon Pekerjaaan Di Australia

Bagi yang berminat mahu mencari suasana atau angin baru  dan ingin migrate saya kongsikan beberapa tips memohon pekerjaan profesional  salah satu tempat yang tinggal sekarang di Australia yang pernah saya baca dan berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh suami saya. InsyaAllah jika ada kelapangan, saya akan mohon tuan suami menulis sendiri panduan dan pengalaman yang telah dilaluinya.

 
1. Siapkan diri dengan mengambil pensijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebelum mula memohon pekerjaan. Ia sangat penting bagi menjadi kayu ukur tahap kepakaran anda dalam sesuatu bidang berdasarkan penilaian standard di peringkat antarabangsa. Boleh baca artikel mengenai 15 Top-Paying Certifications for 2015′.

 
2. Kemaskini resume anda dengan maklumat terkini dan mengikut format Australia. Sebaiknya, mohon orang yang lebih mahir tentang HR dan Bahasa Inggeris untuk menyemak resume anda. Jika anda ada sahabat berpengalaman dari Australia yang dapat membantu anda menyemak resume dengan sedikit bayaran juga ia amat berbaloi. Sebaik-baiknya resume tidak lebih daripada dua muka surat dan dapat di’scan’ dalam masa tidak lebih sepuluh saat.
 
 
3. Nyatakan dua orang referees yang berkaitan dengan kerjaya atau akedemik anda. Resume anda akan lebih berharga jika referee anda terdiri daripada individu dalam bidang yang sama yang bertugas di Australia.
 
4. Sediakan cover letter berbeza untuk setiap jawatan yang anda pohon. Anda perlu menyatakan kelebihan diri anda dan kenapa syarikat perlu mengambil anda sebagai staf mereka di dalam cover letter. Jangan lupa pastikan kelebihan yang anda miliki adalah selari dengan keperluan tugasan yang mereka nyatakan di dalam iklan pekerjaan.
 
5. Selepas menghantar permohonan kerja, hubungi agen atau staf HR terlibat melalui panggilan telefon atau emel dalam masa sehari atau dua hari selepas menghantar permohonan. Kenalkan diri anda, nyatakan anda telah menghantar permohonan untuk jawatan tertentu dan sangat berminat. Ambil peluang untuk memberitahu kelebihan anda dan anda adalah calon yang sesuai untuk jawatan tersebut. 
 
6. Jangan lupa sediakan tracking bagi senarai pekerjaan yang anda telah pohon beserta tarikh permohonan, tarikh tutup dan nama agen/ HR. Terdapat banyak format percuma yang boleh dimuat turun daripada internet untuk menyediakan tracking ini.
 
7. Boleh mula menghantar permohonan kerja tiga bulan sebelum anda bersedia untuk memulakan kerja. Hal ini penting bagi melihat sejauh mana anda laku di pasaran kerja Australia.
 
8. Sekiranya anda terpilih, kebiasaannya pihak HR akan menghantar emel dan menghubungi anda melalui talian telefon untuk mengatur masa temuduga yang sesuai. Jika anda belum tiba di Australia, kebiasaannya temuduga akan dijalankan melalui skype atau panggilan telefon. Temuduga face to face akan diadakan jika anda telah berada di Australia.
 
9. Pastikan anda tiba awal di tempat temuduga. Sebaiknya buat kajian dan datang melihat tempat temuduga sehari atau dua hari lebih awal untuk membiasakan diri. Pakai pakaian formal dan kemas semasa temuduga.
 
10. Perkenalkan diri anda secara ringkas dan kurangkan bercerita mengenai hal-hal tidak formal di dalam temuduga. Jika ditanya, jawab sekadarnya sahaja. Anda perlu confident tetapi jangan kelihatan terlalu yakin atau angkuh. Jika ada soalan yang tidak dapat dijawab, nyatakan dengan jujur dengan jawapan yang sesuai. Jangan sesekali menipu semasa temuduga.
 
11. Kebiasaannya terdapat dua peringkat temuduga yang perlu dilalui di Australia. Keputusan temuduga biasanya akan diketahui dalam tempoh terdekat sama ada pada hari yang sama atau keeseokannya. Sekiranya anda berjaya pada temuduga pertama, pihak HR atau agen akan menghubungi anda untuk mengatur sesi temuduga ke dua.
 
12. Anda harus bersedia dengan baik juga untuk temuduga ke dua ini, jangan terlalu yakin anda telah berjaya. Buat yang terbaik sebagaimana anda melakukannya pada temuduga pertama.
 
13. Paling penting selepas berusaha, bertawakallah kepada Allah. Lakukan solat tahajud dan solat hajat dan mohon Allah memudahkan urusan anda mencari pekerjaan yang sesuai. Pastikan anda memohon supaya Allah memberikan pekerjaan yang paling baik untuk dunia dan akhirat anda.
 

Khamis, 20 Oktober 2016

Mengajar Anak Menghargai Barang

Aku rasa semua ibu bapa akan alami problem yang sama bila anak susah mula bersekolah mereka perlu berdikari kerana di sekolah tanpa pengawasan ibu bapa. Hanya guru2 yang memantau tapi tidak sepenuhnya seperti di taska dan tadika. Mereka harus sepenuhnya bertanggungjawab terhadap diri termasuk pakaian mereka dan peralatan mereka bawa seperti beg, buku, dan alat tulis. Dan senario anak membaling pemadam sesama kawan, pensel warna jatuh bertaburan bawaj pulang tinggal kotak pensil warna jer, pensel dan pembaris patah la, pencil case hilang lah macam2 lagi. Jadi sebagai ibu bapa bertabahlah kalau kita terpaksa berganti setiap hari. Kadang2 rasa luluh jugak bila mengharapakn mereka menghargai barangan dan peralatan yang kita bekalkan buat mereka sekolah untuk belajar terpaksa berganti setiap hari. Pada tidak kira sama ada anak lelaki ke atau perempuan ke kadang2 kalau dah namanya budak tengah aktif bende2 camtu tetap hilang dari radar walau ada yang mengatakan kanak2 perempuan lebih cerma menjaga barang.

Jadi di sini aku jumpa tips dari persoalan parents menangani permasalahan ini agar anak2 lebih menghargai apa yang mereka ada bukan hanya peralatan sekolah tetapi juga barang lain2 seperti permainan. So buat parent mungkin ini boleh membantu.


Soalan:

Anak saya berusia enam tahun, apa yang merisaukan saya dia tidak pandai menjaga barangan yang diberi. Contohnya setiap kali diberi mainan atau alatan menulis, pasti hilang serta rosak. Saya bimbang sikap tersebut terbawa-bawa sehingga dewasa. Dia seolah-olah tidak menghargai apa yang dia dapat. Apakah cara terbaik untuk menasihatkannya?

Jawapan:

Saya percaya puan dan para pembaca pernah mendengar kata-kata ini  ‘senang dapat senang lepas’. Biasanya kalau kita rasa tidaklah susah untuk mendapatkan sesuatu benda itu, maka kita tidak terlalu menghargai barang itu. Tetapi, sekiranya barang itu sukar didapati tentunya kita akan lebih menghargai barang itu kerana sukarnya mencari ganti barang itu kelak.

Justeru, kita akan menjaga barang itu seperti menatang air yang penuh. Jadi, puan perlu memberi syarat ketika membelikan barang yang dimahukannya. Perlu diingat, syarat itu juga mesti dipatuhi oleh kita sebagai ibu bapa. Jangan hanya memberi syarat tetapi kita juga tidak patuhi. Maka jika ia berlaku anak-anak tidak akan kisah dengan syarat kita.

Contohnya sekiranya kita menyatakan “pensil ni boleh tahan dua minggu, kalau sebelum dua minggu semua dah rosak, ummi tak belikan sebab adik tak cermat…jadi,adik kena jaga pensil ini dengan cermat…”. Jadi, apabila sebelum dua minggu pensil itu sudah rosak, maka kita perlu keraskan hati dengan syarat yang telah kita buat. Memang kita kasihan apabila anak merengek mahu dibelikan barang yang baru, tetapi kita perlu mendidiknya agar belajar dari kesilapannya.

Dia akan merasa kesan terhadap perbuatannya yang tidak menjaga barang dengan baik. Ia bukan bertujuan untuk mendera tetapi  mendidik anak kita. Jika kita konsisten, maka anak-anak faham dan hormat pendirian ibu bapa. Dengan cara ini anak-anak belajar berdisiplin, mendengar kata, dan menghargai barang miliknya. Sebahagian besar kanak-kanak memang tidak faham dengan hanya nasihat, maka dengan nasihat melalui pengalaman sendiri itu lebih berkesan (ada orang dewasa juga begitu!).

Selain itu, anak-anak melihat kita sebagai contoh, kalau dia melihat ibu bapanya berbelanja boros sesuka hati, tentunya dia juga akan berfikiran begitu. Kadang-kadang, ibu bapa pula yang terlebih-lebih. Anak-anak tidak minta barang itu, tetapi kita yang teruja kononnya sayangkan anak. Jadi, apabila itu adalah barang yang bukan anak kita mahukan, maka dia pun tidak terlalu menghargainya. Sayang anak berpada-pada. Jangan terlalu memanjakan sehingga anak-anak ‘spoil’ atau menjadi tidak matang.


Sumber: kedaiberjaya.com


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa